Entri Terbaru

...Ruang...


Dalam hidup ini, kita harus beri ruang kepada yang lain,
Beri ruang kepada diri kita,
kepada keluarga, sahabat, teman dan pasangan,
Kita dan mereka perlu waktu,
waktu yang entah lama ataupun sekejap untuk kejap ruang yang bermakna itu,
Biarkan mata dapat lelap dan diulit mimpi indah,
biarkan minda terasa lapang,
biarkan hati terasa tenang.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni Yaya nak cerita pasal "ruang". Ruang? Apa yang korang faham dengan perkataan ni? Kali ni bukan nak cerita tentang ruang tamu tapi nak cerita tentang ruang kehidupan. Eh ada ke macam tu? Dalam hidup kita memerlukan ruang atau orang suka panggil masa. Contohnya, kalau kawan korang ada masalah ke kan, korang akan cakap "beri dia masa dulu".. beri dia masa untuk dia berfikir. Mungkin masa tu dia tengah berserabut dengan semua masalah yang ada. Hidup kita memerlukan ruang, beri ruang dalam hidup. Jangan terlalu sibuk dengan hal dunia sampai kita tak ada masa untuk diri kita sendiri. Lama-kelamaan kita akan jadi tekanan dengan semua kehendak dan tuntutan duniawi. Misal kata kita ada masalah dengan kawan kita, kita beri dia ruang dan dalam masa yang sama kita beri ruang buat diri kita juga, in shaa Allah nanti semua akan baik. Bila kita beri ruang pada diri kita, disitu pada keseorang baru kita dapat berfikir dengan tenang dan waras.  

8 comments:

  1. Morning Oot..

    Points taken, dear. :)

    ReplyDelete
  2. setuju tentang beri masa dan ruang untuk berfikir,,,kadang-kadang rasa tak sabar, mula la buat tindakan melulu dan tak tentu pasal..anyway thanks for share ! something to ponder

    ReplyDelete
  3. dan kita akan terfikir 'ruang' tu bila kita pulak amat memerlukan 'ruang' pada masa tu..... baru tefikir 'ruang' yang ada selama ni tak pernah digunakan dengan sebaiknya.....

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Kita pon kena bagi ruang untuk diri kita juga.

    ReplyDelete
  5. Betul...setiap mmg perlu sgt masa utk diri sndri...mmg xdinafikan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...