Entri Terbaru

Srikandi Syurga : layakkah kita?


Assalamualaikum dan selamat pagi korang semua. Saat Yaya menaip entri ini Yaya sedang berada di PTAR  1 iaitu merupakan salah satu library yang terdapat di uitm Shah Alam ni. Yaya overnight dekat sini. Yuuhuu my first time kot(ok batak). Kali ni nak borak mengenai SRIKANDI SYURGA. Idea ni datang selepas menghadiri ceramah di kolej tentang srikandi syurga. Tu yang rasa tergerak nak kongsi dekat semua. Semoga korang semua dapat la serba sedikit input yang berguna yang ingin Yaya sampaikan.

Srikandi syurga..Allah..layakkah kita? Mampukah kita menjadi seperti Siti Khadijah yang dijanjikan oleh Rasulullah tempat syurga baginya. Mampukah kita menjadi seperti Saidatina Aisyah dan tokoh wanita lain yang menghuni syurga yang kekal abadi? Mampukah kita menjadi srikandi syurga? Allah..aku mahu..mahu menjadi salah seorang srikandi syurga.

Siti Khadijah dijanjikan syurga kerana dua perkara iaitu satu kerana lisannya dan kedua kerana perbuatannya. Lisan, dari percakapannya dan kedua perbuatan iaitu tingkah lakunya. Lisan - berkata-kata, mungkin kadang-kadang apa yang kita ucapkan menyakiti hati orang lain, masih lagi membuat fitnah, tuduhan yang tiada bukti, mengaibkan, menipu, berbohong dan banyak lagi. Kata bukan hanya yang terluah dari mulut sahaja malah yang kata dari hati - keikhlasan, dendam, benci, iri hati dan sebagainya.

Bagaimana kita? Masihkah ada perasaan iri hati dalam diri? Allah, sungguh diri ini masih lagi tidak mampu. Bisakah kita ikhlas dalam semua perkara? ikhaskah kita jika tiba-tiba ada orang menumpahkan air pada pakaian kita? Mulut mungkin bisa cakap tak mengapa tapi hati? Allah sahaja yang tahu. Pasti ada sedikit marah bukan? Sungguh kita masih kurang.

Mampukah kita merelakan disetiap apa yang berlaku dalam hidup ini? Ujian, dugaan dan pujian. Mampukah kita redha dengan apa yang Allah berikan? Mampukah kita terus bersyukur saat kereta dilanggar orang tanpa mengeluh sedikit pun? Pasti ada keluhan dari mulut dan hati kita dengan setiap apa yang terjadi. Sukar untuk kita terus bersyukur bukan? Allah.. Layakkah diri ini?

Perbuatan - setiap perlakuan harian kita. Ibadah, solat, langkah kaki, aktiviti harian (sebagai isteri, ibu, anak, pekerja) dan banyak lagi yang dapat dilambangkan sebagai perbuatan. Mampukah kita untuk solat diawal waktu tanpa ada alasan? Bolehkan kita dengan rela hati mengutip sampah yang bukan milik kita yang berada di atas jalan atau dimana sahaja? Kuatkah kita untuk ikhlas menjadi sukarelawan untuk apa sahaja aktiviti? Terjagakah setiap tingkah laku kita? Kesopanan. Masih ada lagikah? 

Bagaimana perilaku Siti Khadijah yang mampu menjadi idola atau contoh ikutan buat kita di akhir zaman ini? Sungguh mulianya beliau. Diri ini masih lagi kurang dan terdapat cacat celanya tapi tak mustahil kita mampu untuk  menjadi salah seorang srikandi syurga. Perbaiki diri, sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan tapi istiqamah. Semoga kita peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.


3 comments:

  1. hai yaya..lama akak tak singgah sini..header pun dah tukar yer?

    ReplyDelete
  2. bagus awak...skit sebyk bleh buat tazkirah =)

    ReplyDelete
  3. tq yaya atas perkongsian.. tanya pada diri, layakah aku!???

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...