Entri Terbaru

Tanda-tanda Wanita Tidak Berkeyakinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni Yaya nak berkongsi tentang tanda-tanda bila seseorang wanita itu tidak yakin dengan dirinya. Apa yang Yaya kongsikan ini juga merupakan salah satu tugasan Yaya sebagai seorang penuntut. Apa yang Yaya ingin kongsikan ini merupakan serba sedikit apa yang Yaya dapat sebab kalau nak kongsikan semua takut panjang berjela pula. Jadi Yaya kongsikan apa yang Yaya rasa menarik perhatian untuk kita semua.

Women's language atau dalam istilah Melayunya ialah bahasa wanita. Tajuk ini menarik perhatian Yaya untuk dikaji walaupun pada mulanya agak sukar untuk difahami. Penat jugak la pensyarah tu dok hadap muka Yaya je. Robin Lakoff an American linguist argued that women were using language which reinforced thier subordinate status; they were 'colluding in their own subordination' by the way they spoke. She identified a number of linguistic features which she claimed were used more often by women than by men, and which in her opinion expressed uncertainty and lack of confidence. Percaya tak kebanyakannya iaitu 9/10 wanita akan berasa tidak yakin walau dalam apa jua situasi. Tanda-tanda wanita itu tidak yakin adalah :

  1. Wanita kerap menggunakan perkataan atau ayat yang berulang-ulang dalam percakapan. Contohnya dalam pembentangan atau pertandingan, apabila seseorang wanita itu tidak pasti dengan jawapannya dia akan menggunakan ayat "um, aa"
  2. Wanita suka menggunakan bahasa tersirat apabila mahu mengatakan sesuatu. Contohnya apabila seorang isteri berkata kepada suaminya ketika melalui sebuah butik atau kedai baju "Cantiknya baju ini abang.." Sebenarnya si isteri mahu si suami membelikan baju itu buatnya. wanita menggunakan bahasa tersirat kerana tidak yakin apabila mahu mengatakan terus-terang kerana takut apa yang dikatakan itu tidak akan disetujui atau diterima. 
  3. Wanita akan memberi jawapan yang panjang berjela walhal jawapannya itu sepatutnya ringkas sahaja. Contohnya, "awak jadi datang malam ini?" Labih ramai wanita yang suka jawab begini "nanti saya kena ambil adik saya disekolah dulu lepas tu siapkan hidangan untuk makan malam lepastu baru saya boleh keluar tapi saya tak pasti lagi boleh ke tidak". Wanita gemar menjawap dengan panjang lebar sedangkan jawapan yang dimahukan hanyalah "ya @ jadi" atau "tidak" sahaja.
  4. Bila wanita membeli pakaian, mereka lebih gemar bertanya kepada orang lain kerana mereka tidak yakin dengan pilihan mereka sendiri. Mereka lebih suka mendengar pendapat orang lain walhal mereka selesa dengan pilihan mereka.
  5. Bila nak keluar pula, wanita akan bertanya adakah pakaian yang mereka kenakan itu sesuai atau tidak. Itulah salah satu punca kenapa wanita mengambil masa yang lama untuk bersiap dan membeli belah kerana mereka memerlukan masa yang laam untuk mendengar pendapat orang lain. Jikalau ada lima orang ketika itu bersamanya, maka kelima-lima itu akan ditanya agar sehingga mereka berasa puas.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang wanita itu tidak yakin. Banyak lagi sebenarnya tapi ini sahaja yang Yaya dapat kongsikan. Jikalau ada tersilap dengan apa yang Yaya sampaikan bolehlah tegur. Ingat...tegur dengan cara berkhemah. Terima kasih >_<

6 comments:

  1. kalo bab pilih pakaian, fae x memilih sangat. as long as i am comfortable with what i am wearing, tu sudah memadai without the need to ask pandangan dari orang. hehe. tiada keyakinan diri yang paling ketara dalam diri fae is when i do presentation huhu.

    ReplyDelete
  2. Salam Oot.

    For me words such as "um, aa" are not only apply to women but to men as well. Speaking of tanda wanita tidak yakin, yes! it applied to me as well. I am totally not yakin in certain things. Especially when it comes to soal jodoh. When I said to him (the current Adam) that I am not sure about my feeling towards him, he will say that itu adalah mainan syaitan yang tak nak tengok anak Adam berkahwin. Syaitan akan gembira selagi kita masih single. Sebab bila kita single, kita mudah buat perkara yang lagho. Then he will advise me to recite Ayat Qursi.

    Each time I said I don't have any feeling for him, each time he will "tipu!" He is so sure and so yakin that I love him and sayang him and he definitely so sure that I am his jodoh.

    Could you please explain to me that thing Oot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. u call me Oot..oh my.. >_<
      okay..dalam pembacaan Yaya la kan, memang syaitan tidak suka bila kita mendirikan rumah tangga..sebab tulah berlakunya penceraian. Syaitan tidak suka kita berbaik-baik. Berkahwin merupakan satu tuntutan dan ibadah agama.

      Soal jodoh, ikut kata hati dan minta petunjuk. Bagaimanapun orang selalu follow pada mimpin tapi mimpi adalah selemah-lemah petunjuk. Ikut kata hati, petunjuk bukan bagi bila kita minta hari ini hari ini Allah bagi, tapi mungkin petunjuk akan datang nanti. Ikut kata hati, bila kita tenang bersamanya, maksudnya dia memberi ketenangan dari segi layanannya, hormatnya pada kita, agamanya...itu mungkin jodoh kita..terima dia walaupun kita tak punya cinta kerana cinta yang datang selepas berkahwin lebih indah dan bermakna.

      Delete
  3. Klu bab no 1 mmg pon..xbkyakinan mmg ye.hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...