Entri Terbaru

Andai Dia Bukan Untukku


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu yang indah disini. Oh tuntutan dunia. Kali ni nak cerita tentang jodoh. Selalu cerita ciri-ciri lelaki, cara mereka, tanda-tanda jodoh kita tapi kali ni nak cerita KALAU DIA BUKAN UNTUK KITA, KALAU DIA SEBENARNYA TAK TERTULIS UNTUK KITA

Fitrah manusia mahukan kasih sayang, menyayangi dan rasa disayangi. Siapa yang sanggup berpisah dengan insan yang di sayang? Couple boleh putus, tunang boleh putus dan kahwin boleh cerai. Tapi seeloknya bila sudah mendirikan rumah tangga, kita akan cuba pertahankan hubungan yang telah halal terjalin itu bukan? tapi andai itu memang sudah bukan jodoh kita, pasti kita berpisah juga. Bukan salah sesiapa, mungkin itu adalah petunjuk dari Allah. Kita yakin dan berserah dengan apa yang telah berlaku.

Ada sesetengah perempuan yang takut untuk membuat solat istikharah atau meminta petunjuk daripada Allah adakah si jejaka itu jodohnya setelah dia mendapat cinta dan kebahagiaan itu. Sebab? Sebab mereka tak sedia untuk berpisah? Takutkah kecewa dengan perancangan Allah? Yakin lah, walau cinta mana pun kita pada dia, tapi Allah kata itu bukan untuk kamu, maknanya bukannya. Cara untuk berdoa memohon petunjuk atau kekuatan hati kita untuk cinta. Meh sini Yaya kongsikan doa yang selalu Yaya amalkan. 

"Ya Allah, jika dia adalah benar jodohku maka satukanlah hatinya dengan hatiku, namun jika tidak pisahkanlah kami dengan cara yang terbaik."
"Ya Allah...aku menyayangi dia, tuntunkanlah hati aku dan hatinya dalam cintamu."

Bila doa begini, maknanya kita berserah dan bersedia sebarang kebarangkalian yang akan berlaku pada hubungan ini. Dengan cara begini kita lebih meredhai andai hubungan itu tak berakhir dengan lafaz halal. Namun, ada yang berdoa sebegini 

"Ya Allah, satukahlah aku dengan (sipulan bin sipulan) dan jangan pisahkan kami."

Tak salah berdoa sebegini, hak individu tapi cuba kita selidiki balik doa diatas. Kita meminta pada Allah untuk menyatukan kita dengan sidia. Andai kata dia bukan dan memang tak tertulis untuk kita, bermakna kita telah meminta sesuatu yang tidak baik. Maknanya Allah bukan rancangkan kita dengan dia, tapi kita tetap berdegil mahukannya. Sebab tu berdoa minta yang terbaik, bukan minta apa yang ada didepan mata. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, tapi kita still harap dia, takut kita akan menyesal dikemudian hari. Serupa macam bila kita nak kerja misalnya, tapi parents kita tak bagi suruh sambung belajar. Mungkin ada yang terbaik untuk kita. Kan?

*****
Masuk bab bagaimana sepasang kekasih itu boleh berpisah? Samaada perpisahan ini diminta oleh lelaki ataupun perempuan atau mungkin sebab orang ketiga. Kalau orang ketiga ni memang mudah la kan, tinggalkan aje. Tapi masih ada lagi kekasih yang sanggup bersabar dan menunggu andai kekasih dia ada orang lain.

Memang ada yang cakap bercinta selepas nikah itu indah tapi tak semua orang mampu. Yaya pun tak mampu. Ikatan pertunangan itu adalah tempoh untuk kita mengenali hati pasangan kita(ni bagi yang kenal terus tunang la macam Yaya). Yaya belajar kenal dia dan dalam tempoh itu Yaya dapat tahu cara dia. Dalam pertunangan adalah tempoh untuk mengenali, andai kita rasa kita mampu untuk hidup dengan dia, kita teruskan namun jika tidak masih belum terlambat untuk kita memutuskan. Mind set orang zaman sekarang ni, kalau tunang, kena kahwin jugak. Mungkin mereka melihat itu sebagai suatu yang memalukan bila kita putus tunang bukan? Tapi jangan hirau kata orang, yang nak hidup dengan dia bukan mereka tapi kita. Buat apa kahwin kalau tak bahagia? Betul tak? 

Ada sesetengah orang pula, mereka suka mengenali pasangan mereka bertahun-tahun dan dari situ kita dah masak dengan perangai dia. Sebab tu ada yang dah kenal 6 tahun, tunang kejap je then terus nikah. Mereka yakin dengan keputusan mereka. Mereka tahu mereka boleh bahagia dengan pilihan mereka. Tapi ada juga yang sudah bercinta bertahun-tahun tapi at the end mereka bawa haluan masing-masing. why???
Mungkin.....
  • Mereka sudah tidak tahan lagi dengan pasangan mereka, mungkin pasangan mereka selalu marah, kuat cemburu, tuduh yang bukan-bukan. Ada sesetengah kekasih yang akan berfikiran pelik-pelik yang meragukan kekasihnya kerana terlalu sayang. Parah ni. Namanya cemburu buta. Jangan buat selalu dan better hindarkan sebab orang punya tahap kesabaran masing-masing. Mungkin bila pasangannya dan penat + bosan kena tuduh, then dia tinggalkan korang. Cane? 
  • Pasangan yang tidak memahami. Mula-mula dulu kata akan cuba faham tapi akhirnya macam-macam masalah timbul. 
  • Pasangan berubah dari 0% ke 100%. Berubah ni bukan dari hati saja, perangai yang berubah. Dulu masa mula-mula kenal, sikit pun nak jentik..sayang, tapi bila dah lama mula la tunjuk belang dia. Bila dah dapat mula la rasa macam dia tu milik kita, sesuka hati je nak buat ape kan? Hei ingat, dorang ada mak bapak okay. 
  • Pasangan dah tiada hati dengan pasangannya. Sebab? sebabkan perangainya yang still tak berubah. Dah bagi peluang berkali-kali tapi tetap tak nak berubah. Ingat hati ni lembut tau lebih lagi hati perempuan tapi sekali hati perempuan tu dah jadi keras, tak mahu dekat awak, sorry to say la. 
Sebabkan Yaya ni perempuan, jadi Yaya nak bagi tahu kepada Adam-Adam sekalian bahawa hati perempuan ni lembut. Bila dia sayang seseorang, maknanya tak akan ada lelaki lain dalam hatinya. Tak kisahlah dia beritahu atau dia sembunyikan. Tapi jika ada yang melukakan hatinya, susah kami ni nak maafkan. Mungkin maafkan boleh tapi dah tak boleh nak menerima. Jadi, tolong jaga hati kami-kami ni jika tak nak kehilangan. 


Yaya suka gak dengan kata-kata UAI ni.. Hati rasa tenang. Mungkin dulu dengan dia kamu happy, tenang..tapi ditengah, kamu asyik bergaduh sahaja, ada sahaja yang tak kena. Doa pada Allah, "Ya Allah, betulkah dia." Nak berkata soal hati dan jodoh ni, Yaya bukanlah pandai dan mahir. Kahwin pun belum, tapi mungkin pengalaman yang mengajar bukan? Pernah dengar tak ayat ni "Allah temukan kita dengan orang yang salah sebab Allah nak jumpakan kita dengan orang yang betul selepas itu." Ambillah sesuatu dari pengalaman kerana pengalaman adalah guru kita. Pengalaman memberi kita pengajaran yang bermakna. Indahnya pengalaman itu hanya kita sahaja yang tahu andai kita ambilnya sebagai suatu yang positif walaupun sebenarnya pahit untuk ditelan. Lailatul saedah ^_^.




7 comments:

  1. yaya..lama akak tak singgah sini..

    ReplyDelete
  2. sori bertanya, saya sudah terputus talian dengan kekasih saya. tetapi dia still terima saya sebagai kawan. tapi cinta dia memang takde. Tetapi secara jujurnya. feeling cinta dan sayang saya sangat berbeza dari sebelum ni. Walaupun pada mulanya saya tak boleh redha, tetapi selepas berkawan saya nampak tanda2 yang dia memang tak cinta sy. saya dah boleh redha.

    Dan secara jujurnya lagi, saya masih berharap ia akan menerima saya. Dan pada masa yang sama, saya akan cuba berhadapan dengan keberangkalian. Mungkin ini ujian kepada saya.

    Tetapi saya nak tau, jika dalam perkenalan ini. Walaupun dia mengatakan dia tiada cinta. tetapi saya berusaha. Ada keberangkaliankah saya diterima. ?

    Sebab saya rasa kali ini saya berbeza dan hati saya masih kuat mengatakn dia jodoh saya, walaupun saya redha.

    Adakah pernah seseorang itu akan jatuh cinta kembali. Atau memang pada hakikatnya. Memang pintu itu akan tertutup selamanya.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat membalas pertanyaan anda.
      kalau awak rasa dia kuat untuk awak walaupun awk tidak tahu isi hatinya, go on. teruskan berkawan, mungkin pintu hatinya akan terbuka kembali untuk menerima awak.. ^_^

      Delete
  3. assalam,sy knal ngan si dia sdah 2 thun lbih,lpas tu dy mtak stop hbngn kteorg,sbb kapel tu hram..sy xdpt trima wpdhal prkara yg elok dminta nya,sy xbleh klau xbrhbung dngn nya,sy cbe tuk redha,tp sy ggal.apkah ade hikmah yg xkan sy sngka akn brlaku?sy slalu trpkir adakh dy sdah xcnta sy,xkn bgitu mdah stlah 2 thun lbh brsame..tp jaoh d sdut haty sy mngatakn dy msih syg,cnta sy,dy buat sume nim sbb takot allah..sy bntu.kte nye dy brtuah dpt sy,sbb sy sllu ad nga dy,stia nga dy,sy bntu,sy xfham.nga dri sy.sy xykin..bg sy pndpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar couple tu haram sbb boleh mengundang pelbagai dosa..mungkin dia sedang cuba memperbaiki dirinya...dia sygkan awk, sbb tu dia nak kamu berdua menjaga jarak...insyaaAllah kalau ada jodoh tak kemana...jd jgn bersangka buruk...mungkin ada yang terbaik utk kalian

      Delete
  4. Terima kasih atas pencerahan yang sis yaya berikan. Insyaallah semoga pencerahan ni berguna kepada kita semua.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...