Entri Terbaru

Pemberian Vs Sendiri


Assalamualaikum dan selamat malam..beginilah life Yaya sekarang yang macam burung hantu..pagi tidur malam berjaga tapi pagi tu tak lah tidur memanjang, ada kelas, ada aktiviti lain dan sebagainya..Yaya akan memperuntukkan tidur sehari selama 6 jam sahaja..tak kiralah kalau siang dah tidur 2 jam kan, nanti Yaya akan tidur lagi 4 jam je..macam tu la seterusnya..

okay, kali ni Yaya nak cerita pasal pemberian dan sendirian berhad..apa beza perasaan kita bila ada yang beri kita hadiah?? mestilah best kan? rasa macam nak lompat-lompat..senyuman tu dari first dapat hadiah sampai tidur malam besoknya bangun pagi tak lekang-lekang lagi..macam tu la rasanya..seronok tak terkata sebab rasa ada yang hargai kita..tapi kalau kita yang beli sesuatu barang itu sendiri dengan duit kita, mesti kita rasa biasa-biasa je bukan? memang la suka tapi lagi double triple sukakan kalau orang bagi?

Hadiah walau murah mana benda tu, walau biasa sahaja tapi pasti kita akan harga bukan? misalnya, sebatang aiskrim, memang boleh je kalau kita nak beli tapi kalau orang yang bagi pasti kita rasa..Ya Allah..bersyukurnya aku..sebab apa? sebab ada yang sudi hargai aku, ada yang sudi belanja aku, ada yang sudi beri sesuatu pada aku..betul tak?? kalau macam tu jangan lupa beri hadiah pada yaya ye..eh..apa motif?? bukan lah, maksud Yaya kalau nak buat orang sekeliling kita gembira, beri la mereka sesuatu..lagi2 kalau mereka tengah berduka, pasti kurang sikit sedihnya..

3 comments:

  1. betul betul betul... suka diberi hadiah sbb rasa dihargai... rasa mcm org tu ambil berat kt kita... :D

    ReplyDelete
  2. ohhh kan kan. hahaha cik yaya bagilah df something. tgh bersedih hati ni hahaha

    ReplyDelete
  3. bagi husna beli sendiri dengan titik peluh keringat sendiri, lagi husna akan hargai.. sebab kita taw macam mana payahnya nak dapat something tu.. tapi tak bermakna husna akan sia2kan pemberian org..:)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...