Entri Terbaru

Persatuan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah berminggu tidak melunagkan masa bersama kecintaan Yaya ni. Maaf, sangat sibuk dengan tuntutan-tuntutan lain. Tengok tajuk entri "PERSATUAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL". Apa benda yang Yaya nak cerita kat semua malam ni? Baiklah, persatuan ini merupakan persatuan untuk course Yaya iaitu Pengajian Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Persatuan ini juga di panggil BMKP. Kenapa Yaya bercerita mengenai persatuan ini? Kerana Yaya mendapat pengalaman yang bermakna yang bukan semua orang boleh dapat.

Untuk pengetahuan semua Yaya telah diberi amanah untuk memegang jawatan bendahari dalam persatuan. Walaupun dengar macam biasa je jawatan ni, tapi sebenarnya mencabar jugak. Kerja baru bila kita kena uruskan pelbagai perkara seperti urusan keluar masuk duit, kira-kira dan banyak lagi kerja yang berkaitan bendahari. Itu satu, bila dalam persatuan, akan ada program lain yang diadakan dan bagi setiap program, ajak akan berubah. Maksudnya kita tidak akan memegang jawatan hakiki kita.


Baru-baru ini iaitu pada hari Ahad lepas, telah berlangsungnya program #KamiCEMERLANG14 di auditorium akademi pengajian bahasa dan Yaya telah dilantik sebagai setiausaha. Mula-mula weyh macam susah je nak jadi tukang catit ni. Semua benda kena catit, perjalanan prigram semua lah. Tapi at the end masa nak siapkan report keseluruhan program ni, baru Yaya rasa senang sebenarnya kerja s/u ni janji kita tahu bagaimana nak buat. Tapi kalau tahu je tapi still malas susah jugak. Tak dinafikan banyak kerja kena buat, buat surat tajaan, minit mesyuarat, siapkan report dan banyak lagi lah. Tapi memang best. Bagi Yaya ini pengalaman yang baru dan bermakna sebab Yaya takkan dapat didalam kelas. Mungkin didalam kelas memang kita diajar bagaimana cara membuat surat rasmi, minit mesyuarat dan sebagainya tapi kita tidak praktikkan diluar bukan? Kalau dalam periksa je la mungkin. Program akan datang Yaya dilantik menjadi timbalan pengarah. Tugas baru lagi dan saya sukakannya ^___^

1 comment:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...