Entri Terbaru

Everybody Needs Love

Everybody Needs Love and someone to love..


Assalamualaikum..
Semua orang perlukan kasih sayang, cinta dan seseorang untuk dicintai..
Merasa dicintai dan mencintai adalah lumrah dan fitrah setiap manusia..tak kiralah dia seorang penjenayah terhebat ataupun dia pengemis jalanan yang selalu dipandang serong, dia tetap mempunyai hati dan ingin rasa bagaimana menyayangi dan disayangi.
Disayangi biarlah dari yang sudi bukan mengemis pada yang simpati..menyayangi, berilah pada yang punya hati..

Pernah dengar ungkapan begini tak?
"Sayang orang yang sayang kita bukan sayang orang yang kita sayang"
Apa beza?
Ada bezanya..
Pada pendapat Yaya, kalau sayang orang yang sayang pada kita walaupun kita tak ada lagi perasaan sayang terhadap dia, tapi dia tetap sayang kita. Kenapa terima orang sebegini? sebab..perasaan sayang tu lama-kelamaan boleh hadir dalam hati kita pada dia. Nak ragu apa lagi pada orang sebegini sebab nyata-nyata dia sayangkan kita. Lain pula dengan sayang orang yang kita sayang. Sebab? Sebab belum tentu dia sayang kita, kita je terhegeh-hegeh, melebih-lebih sayangkan dia. Kalau dia terima kitapun mungkin sebab dia kesian atau simpati. Simpati? Kesian? Siapa kata tak ada orang yang menerima seseorang dalam hidup dia sebab simpati. Simpati banyak cabang pulak bab ni. Tapi kali ni simpati yang sebab dia dah penat dan kesian tgk seseorang tu dok kejar dia hari-hari. Rimas? Mungkin. Akhirnya dia terima. Tapi kita tak pasti orang yang kita sayang ni akan sayang kita sampai bila. 

Itulah sebab kenapa lebih memilih orang yang sayangkan kita. Tapi ada kisah pulak dimana mereka saling sayang menyayangi tapi sampai satu masa hubungan tu putus. Tak kisah la berapa lama. Setahun. Dua tahun. Tujuh tahun. Kadang dan nak bertunang, dah bertunang atau pun dah nak bernikah tiba-tiba semua berakhir. Sampai disini saja.

Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin salah sebelah pihak atau mungkin dua2 belah pihak tapi yang pasti ini semua adalah takdir. Mungkin jodoh mereka sampai disitu sahaja. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih indah dan bermakna buat kita. Ingat tu. Walaupun kita rasa semua ini tak patut, tak logik..tapi inilah hakikat yang kita harus terima. REDHA. 

10 comments:

  1. betul tu, ena pun teringin disygi namun ena skrg penat dah mncari cinta manusia... ena cuba menyayngi org yang sayangkan kita walaupun diri ni tak ada secuit perasaan terhadap dirinya, but not for now, akan dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat kan rasanya bila sayang orang yang berjaya lukakan hati kita?

      in syaa allah ena..kalau kita ikhlas sygkn dia..pasti kita akan rasa suatu hari nanti..

      Delete
  2. yes! sokong! betul tu kak yaya.. sayang orang yang sayang kita. kene hargai dia. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear..
      hargai sebelum terlambat

      Delete
  3. it's complicated right... ppe pon, harap sayang yg kita ada sekarang nie, kita pelihara. but first, kena pelihara dulu syg dengan-Nya, barulah nnt dia jgakan syang yg kte rse kt someone. kann :)

    ReplyDelete
  4. mcm mana plak yg si dia juga turut mencari org yg menyayanginya?? kita plak menunggu org yg menyayangi kita.. bg husna bila dah jodoh memasing kita usaha utk trima buruk baik pasangan lah kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu..ada juga mcm tu..tapi kalau mahu yang terbaik kita buatlah yang terbaik dulu untuk diri kita kan ^_^

      Delete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...