Entri Terbaru

Hikmah disebalik steering lock


Assalamualaikum.
Ada apa dengan steering lock?
Pasti rata-rata semua tahu kisah yang berlaku berkenaan steering lock dan cdm25.
Kisah yang tengah hangat diperkataan..di facebook, twitter, insta, berita, surat khabar..semua media berkata tentang "dia".
Dia..kita semua sedia maklum..Kiki Kamaruddin.
Entri ini bukan nak memalukan atau mengaibkan.
Cukuplah sekadar untuk kita ambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Yaya pasti dia pun sudah mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Memang perasaan marah muncul bila kita lihat apa yang dilakukan oleh Kiki kepada uncle tu tapi dengan permohonan maaf dia dan perkara ni dah setel antara dia dengan uncle tu, jadi kita stopkan lah cerita pasal dia.
Gambar-gambar dia yang telah diedit dengan bermacam-macam gaya dan cara.

"Barangsiapa yang mempunyai kezaliman ke atas saudaranya sama ada harta atau maruah,maka datanglah kepadanya meminta halal (maaf) darinya sebelum sebelum akan diambil padanya dan tidak memiliki dirham dan dinar .Maka sesungguhnya jika baginya kebaikan,maka akan diambil kebaikannya dan jika tiada kebaikan padanya maka kejahatan akan diberikan padanya"

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Dosa dia dengan uncle tu dah pun selesai..tapi kita?
masih terus mengumpat, masih terus mengaibkan..dosa kita bagaimana pula?
Memang tindakan dia salah lebih lagi dia seorang wanita islam yang perlu untuk bersopan santun dan berbudi pekerti.
Agama kita tak ajar untuk bersikap sebegitu.
Bersabar. Itukan lebih indah.
Mungkin ini salah satu kifarah dosa seseorang.
Jadi kita ambil ikhtibar dengan peristiwa ini.
Jadikan pengajaran buat kita juga agar tidak mudah melenting jika berlaku kejadian seperti ini, bersabar dan menyelesaikan dengan cara yang waras dan agar rasa hormat kepada orang lain dapat dipupuk.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).
Cukuplah membenci tindakan yang telah dilakukan dan jangan pula kita terus mengaibkan dia.
Kita semua manusia biasa, pasti ada melakukan kesilapan. Jadi, beringatlah..takut perkara sebegini terjadi pada kita pula.
Jom muhasabah diri. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Nota kaki
#maaf jika ada terkasar bahasa atau ada buat pembaca terasa. 

12 comments:

  1. Sama-samalah kita jadikan pengajaran buat diri sendiri..Jangan ulang kesilapan tu..buat malu diri sendiri ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu..sekali silap selamanya orang ingat..

      Delete
  2. Manusia tak pernah sempurna..kalau ada yang rasa diriku cukup sempurna tu susah juga nak kata

    ReplyDelete
  3. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Jadikan apa yang berlaku sebagai penganjaran. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..buang yang keruh ambil yang jernih..
      yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan

      Delete
  4. Apabila hilang sabar apatah lagi dibulan puasa ni, terlondeh la segala perangai buruk. Kan dah kena bayar CASH di dunia..huh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini salah satu kifarah dosa..

      Delete
  5. yang buruk jadi pengajaran. tak perlu lagi kut nak mengungkit ungkit.. keje dia dgn uncle tu dah selesai. dah baik. tapi rakyat jelata di sosial media masih tak henti. haihh.. dosa je sume tu.

    ReplyDelete
  6. Yang baik jadikan tauladan..yang buruk buang sejauhnya..

    ReplyDelete
  7. betul tuh..cukup cukup la sebar citer yg bukak aib org kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...