Entri Terbaru

Siksanya mencintai


Bukan mudah untuk menahan rasa cemburu tatkala melihat insan yang kamu sayang bersama dengan orang lain walaupun kamu hanya menyayanginya dalam diam.
Wanita..selalu bermian dengan emosinya.
Ya! wanita dan emosi tidak dapat dipisahkan.
Namun, seorang wanita itu tetap kuat saat membenarkan suaminya untuk bernikah satu lagi walaupun tiap hari dia terpaksa mengalirkan air mata. Walau dia tahu itu memang melukakan.
Saat cintanya seorang wanita kepada bakal imamnya, itu bermakna dia meletakkan sepenuh kesetiaannya kepada lelaki itu walau dia tahu lelaki yang bakal dinikahi itu akan bernikah lagi.
Kerana cintanya, wanita terluka.
Wanita sanggup menahan luka demi orang yang dicintainya.
Wanita mana yang tidak mahu melihat kekasihnya berduka?
Pengorbanan yang amat besar dan bernilai.
Wanita lebih banyak menangis apabila mencintai seseorang kerana dia akan lebih mementingkan perasaan kekasihnya berbanding perasaannya sendiri.
Wanita..kaum yang kuat walau fizikalnya lemah.

8 comments:

  1. Yupss.. it's true dear... hati wanita nie macam tisu

    ReplyDelete
  2. itulah wanita... sanggup sakit, bersusah payah untuk melihat insan yamg disayanginya bahagia...

    ReplyDelete
  3. Wanita memang tabah. Tapi jangan salah gunakan ketabahan itu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...