Entri Terbaru

Sudah Ketentuan



"Ya Allah, jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku,
berikanlah aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK
daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRMU
kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancangan-MU yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku."

Kehilangan adalah suatu yang berat untuk dipikul oleh hati dan sukar dikesat oleh mata. Keyakinan adalah penguat hati dalam meneruskan kata-kata. Takdir. Takdir yang menentukan segalanya. Takdir yang terindah adalah ketika kita merasa redha dengan segala yang berlaku dalam hidup ini walau terkadang luka itu membuatkan kau merasa sangat jauh sekali, sangat perit sekali untuk menanggung. Walau tiap hari kau mengalirkan air mata sehingga kering dan meninggalkan bengkak-bengkak yang pedih. Sakit! 

Sesuatu yang berlaku sudah diaturkan. Kebetulan? Dalam Islam tiada kebetulan. Everything is fate. Only interchanged by God's will, effort and doa. Takdir. Kenapa perlu salahkan takdir jika laptop berkecai jatuh dari tingkat 9? Kenapa perlu salahkan takdir jika anak meninggal dalam jagaan orang? Kenapa perlu salahkan takdir jika orang yang kita sayang pergi? kenapa salahkan takdir jika aib kita tersebar? Tidak redha dengan apa yang terjadi bererti kita menyalahkan takdir. Yaya bagi mudah melalui situasi dibawah.

Situasi 1 : Apabila bakal tunang minta putus kerana sudah ada kekasih hati yang lain. Si gadis mula menyalahkan orang ketiga dan pakwenya. "Dasar jahat! Penipu! Curang! Kaki rampas!" Bermacam cacian dan makian dilemparkan. Kenapa? Sedih. Terluka. Masih sayang. Dicampurkan dengan perasaan marah + benci +dendam. 

Situasi 2 : Apabila kisah kau mengandung anak luar nikah tersebar satu kampung. Kau salahkan si penyebar, kaki gosip. Memang la dia salah sebab jual aib orang. Pastu kau salahkan keluarga, orang sekeliling yang tak didik kau, tak ambil berat pasal kau. Memang salah diri kau juga sebab kau tak halang diri kau daripada buat benda yang tak baik tu.
Satu ungkapan untuk kedua-dua situasi diatas. Tidak redha.

Kalau kita redha akan sesuatu yang terjadi tidak kiralah baik atau buruk, kita pasti akan mengucap syukur dan tidak mempersoalkan lagi tentang perkara itu dan tidak menyalahkan sesiapa. Redha. Pasrah. Memang sukar tapi percayalah bilamana kita mengucapkan syukur disetiap kejadian dan perkara yang berlaku, pasti hati kita kan tenang dengan takdir itu.

Tidak terfikirkah kita kenapa Allah takdirkan kita bercinta dan akhirnya kita putus atau ditinggalkan oleh dia hanya kerana sebab-sebab yang kadang-kadang tidak masuk akal? Mungkin Allah nak kita jumpa yang lebih baik dan dari pengalaman yang pernah terjadi dalam hidup kita, kita jadikan sebagai pengajaran. Mungkin memang kau dan dia ditakdirkan sampai situ sahaja, hanya untuk mengenali tapi bukan sebagai teman hidup. Tapi kenapa orang memaksa sesuatu perhubungan itu padahal hati sudah tiada? Tolong redha.

Tidak terfikirkah kita kenapa bila baru pertama kali kita buat kesilapan dan dosa, Allah buka aib kita kepada orang lain? Disini maksudnya Allah itu bukan mahu malukan kita tapi mahu kita mengambil pengajaran dan tidak akan mengulangi hal yang sama lagi. Nampak tak? Allah nak selamatkan kita. Sungguh Allah sayangkan hambanya. Bersyukurlah kerana Allah masih pandang kita. Sesuatu perkara yang buruk itu terjadi bukan sebab Allah benci pada kita, bukan sebab Allah tidak sayang pada kita malah sebaliknya.

Redha adalah suatu yang susah tapi percayalah bila kita redha dengan perjalanan hidup kita,
pasti ada yang lebih indah. ^_^
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, tapi percayalah suatu hari nanti baru kau akan sedar sebab dan musabab setiap aturan hidup kau.

8 comments:

  1. susahnya nak kuat..tp kne yakin kekuatan itu dtgnya dari Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu dear..kuat tak susah tapi tak mudah

      Delete
  2. Takdir Allah. Dia yang menentukannya, kita just mampu merancang je. kann

    ReplyDelete
  3. perancangan allah adalah sebaik baik perancangan. segala masalah yang kita hadapi tu mungkin dia nak cuit hati kita, kembali pada dia. :)

    ReplyDelete
  4. Kuncinya..sabar..tabah dan tarbiah hati agar redha..

    ReplyDelete
  5. berul tuh..kena redha dan kuat hadapi ujian Allah

    ReplyDelete
  6. hurm...situasi pertama mcm pengalaman pahit Nurul. :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...