Entri Terbaru

Wahai bakal Zaujku



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. 
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu 
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu. 
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. 
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. 
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. 
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. 
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah berjumpa pada taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMU,telah berpadu dalam membela syariatMu. 
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. 
Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.



Wahai bakal Zaujku, saat kau membaca coretan ini..
aku mahu kau tahu bahawa aku disini sedang memperbaiki diriku untuk yang lebih baik..
aku tahu kau juga sedang mencuba untuk jadi yang terbaik untukku.


Wahai bakal Zaujku..
Aku akan sentiasa menunggu akan lafaz akadmu agar aku menjadi yang halal buat kamu.
Aku disini akan menanti sehingga saat itu.


Wahai bakal Zaujku,
yakinlah dengan janji Allah.
Andai tiba masanya, kita akan bersatu jua dalam ikatan yang suci ini.


Aku akan sentiasa menunggu dan menanti saat ini.
Semoga rasa ini diberkati.
Amin Ya Robb

8 comments:

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...