Entri Terbaru

10 days challenge!! - day 3 - 3 songs

Assalamualaikum..
hari ni Yaya meneruskan cabaran yang ketiga iaitu 3 lagu..
setiap lagu pasti mempunyai dan membawa makna yang tersendiri buat kita..
antara banyak lagu yang bermakna, Yaya pilih 3 ni..


Cinta Kita - Teuku Wisnu dengan Shireen Sungkar
Jalan kita masih panjang
ku ingin kau selalu disini..
Biar Cinta kita subur harum mewangi 
dan dunia menjadi saksinya..
untuk apa kita membuang-buang waktu
dengan kata-kata perpisahan
Ini merupakan sebahagian lirik yang ada dalam lagu ni.. bermakna dan sangat bererti.. dalam perhubungan pasti inginkan kebahagiaan bukan? bait-bait lagu ni mampu memberi kekuatan saat anasir luar cuba pengaruh fikiran..


Rapuh - Opick
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu
Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya 
dirimu yang bertahta
Lagu kedua adalah nyanyian Opick iaitu rapuh..salah satu lagu bila Yaya rasa "I need something"..sesuatu yang buat aku kuat dan balik pada realiti dan keinsafan..kita tak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan dosa tapi kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat..jadi teruslah bertaubat dan meminta ampun kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun..


Wanita - de Hearty
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok..
jikalau datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk..
Lagu terakhir yang Yaya nak kongsi adalah lagu wanita by de hearty.. merupakan lagu keinsafan dan semangat juga buat Yaya..hidup kena terus bersemangat..Yaya suka mengingatkan diri dengan mendengar lagu-lagu dan nasyid2 sebegini kerana Yaya kurang gemar untuk membaca..membaca boleh tapi kena ambil masa, sebab ada sesetengah orang yang boleh membaca satu buku terus habis..jadi ini adalah inisiatif Yaya untuk bagi tidak lalai daripada dunia..



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...