Entri Terbaru

Tudung labuh VS Aurat

 

Assalamualaikum..
semoga kita semua dalam redha Yang Maha Esa..
sebelum memulakan entri kali ni, pertama kali Yaya nak minta maaf kepada tuan punya gamba, nak pinjam ye dan kedua Yaya nak minta maaf jika entri kali ini buat pembaca tersinggung dan sakit hati dan tidak puas hati. Maaf sekali lagi.

Cuba lihat dan bezakan gamba diatas. Bezakan tudung mereka.
Yang satu bertudung bulat labuh dan Diana Amir pula memakai shawl labuh. Memang berbeza tapi mereka dalam satu misi yang sama iaitu menutup aurat.
terdapat segelintir masyarakat yang berfikiran bila memakai tudung bulat labuh seperti gambar pertama, baru mereka kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Kenapa? kenapa bila bertudung labuh sebegitu sahaja dilihat menutup aurat? Maaf berkata, memang benar bertudung labuh sebegitu kelihatan cantik dan lebih indah. Sejuk mata memandang, manis bukan? tapi ada sesetengah muslimah yang tidak boleh memakai tudung sebegitu, mungkin mereka tidak biasa, tidak selesa..namun mereka masih cuba menjaga aurat mereka dengan pemakaian seperti Diana Amir itu.
Bertudung labuh atau bershawl labuh atau apa sahaja bentuk dan gaya tudung anda, tidak mengapa yang penting menjaga aurat dan janganlah sampai berlebih-lebihan. Kita sebagai muslimah tahu apa yang kita pakai. Kita ada cara kita yang tersendiri untuk menutup aurat bukan? 
Bila dia nak pakai tudung labuh yang menutup aurat, jangan paksa dia..jangan paksa dia pakai apa yang dia tak boleh, biar dia pakai mengikut keselesaan dia yang penting menutup aurat.
Yaya sebagai perempuan, yaya paham..ada sesetengah perempuan bila ada something yang menghalang cara pemakaian kami, kami akan rasa moody..lagi2 tudung..
Jadi sila hormat dengan apa yang kami pakai. Tak semua orang sama. Kau tak boleh minta Azura untuk jadi seperti Aminah bukan? (contoh)..

#apa yang Yaya tulis dalam entri ini merupakan pendapat Yaya. Jika tersalah kata dan bicara, Yaya memohon maaf pada semua.

5 comments:

  1. setiap manusia perlukan anjakan dari semasa ke semasa. tak salah anjakan tapi step by step

    ReplyDelete
  2. perlahan2 menuju kebaikan dan menjadi lebih baik...

    ReplyDelete
  3. semuanya kena bermula secara perlahan dan terus mencuba untuk ke arah yang lebih baik

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...