Entri Terbaru

Blogger dan diari

Blogger tumbuh bagai cendawan selepas hujan | Dahulu kalau kita sebut "blogger", tak ramai yang tahu. Asing rasanya ditelinga. Hanya yang ada dua tiga kerat. Tapi sekarang ni kalau sebut perkataan "blogger", ramai mengerti. Berpuluh ribu yang angkat tangan mengaku. Dahulu berblog hanyalah sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang buat si kaki celoteh, namun kini ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Buat duit dengan berblog. Tak salah pun asalkan betul jalannya. =)

Pelbagai peringkat umur yang menjadi blogger. Seawal usia 10 tahun pun sudah ada. Jangan tak percaya. Yes, memang ada. Tujuh tahun tu tak pasti pulak ada ke tidak. Disebabkan usia yang terlalu muda dan sangat terikut-ikut untuk berceloteh di media sosial, ada sesetengah blogger mentah ini tidak tahu isu apa yang perlu di tulis di blog mereka. Ramai yang suka menulis perihal diri masing-masing. Tidak salah, namun tidak patut rasanya untuk bercerita kisah kau dating pegang tangan dengan kekasih, heboh satu dunia. Tak perlu kot nak cerita kisah kau lepak rumah kekasih kau sampai lewat malam. Tak payah nak cerita kau pergi holiday dengan kekasih kau. Diam-diam sudah lah. Kau baru nak meningkat remaja dik non oi. Banyak lagi yang kau akan lalui. Belum pasti lagi dia jadi yang hala luntuk kau.

Sebelum menulis sesuatu di blog, timbang tara dulu apa kebaikan dan keburukan. Jangan disebabkan wujudnya blogger mentah yang sebegini, satu keturunan blogger dipandang serong. Entry kali ini bukan nak menghentam tapi nak bagi sedar apa yang patut kita buat sebenarnya. 

"Kadang-kadang kita perlu sentap untuk kebaikan"

Akhir kata, maaf dari hati.
Dengan penuh cinta,
Cik Yaya.

13 comments:

  1. qis berblogger sebab hobi je..sbb tu masih lg bertahan wpun da 6thn jdi blogger :)
    geng2 yg lain semua dah lesapp

    Miss Balqis

    ReplyDelete
  2. Lama yaya menghilang ye... welcome back. Dan terima kasih ata peringatan ye.. :)

    ReplyDelete
  3. sentap ni sentapp. kebanyakan entry pasal personal... but thanks for the reminder. heee :D

    ReplyDelete
  4. tak sangka budak 10 tahun zaman sekarang pun dah reti pakai blog, ina dulu 10 tahun facebook pun tak kenal

    ReplyDelete
  5. Peribadi..bila diwarwarkan dah bukan lagi peribadi lagi istilahnya..tidak salah untuk berkongsi..asal tidak mengaibkan diri sendiri..asal memberi manfaat pada diri dan insan sekeliling kita..silakan..teruskan..tapi harus diingat..setiap apa yang kita lakukan..kita bertanggungjawab ke atasnya..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cik yaya....rindunye lama x dengar citer...ingat mama darwiish lg x hu

    ReplyDelete
  7. Betul! Memang ramai yang jadikan blog sebagai 'diari online'. Tak salah, cuma kadang-kadang segelintir Blogger 'ter'sentuh isu sensetif yang patut diketahui diri sendiri sahaja.

    Eh, ada apa Blogger 7 tahun. Dekat Indon lagilah. Budak-budak yang umur tak cukup dua digit pun banyak yang ada blog. Dah jadi perkara biasa di sana.

    p/s: Komen macamlah budak ni dah 'besar' sangat. Lepas sekolah rendah pun belum. :p (12 tahun.)

    ReplyDelete
  8. salam singgah blog sponsor :) http://blogparihh.blogspot.com/2014/10/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html

    ReplyDelete
  9. SALAM :) SY DATANG DR GIVEAWAY NI... JEMPUTLAH KE BLOG SAYA :)

    http://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html

    ReplyDelete
  10. entahlah.. kebanyak yang muda remaja ni terlampau taksub bercerita tentang percintaan diorang kat blog.. hemm.. takut tersalah langkah aje..

    ReplyDelete
  11. anak akak 10 tagu dh ada blog.
    Setuju dgn Yaya. Nmpk sgt murahnya maruah bila hal sedemikian tanpa segan silu papar bg orglain baca. Moga Allah beri hidayah buat mereka yg mcm tu. Aamiin...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...