Entri Terbaru

Satu Hari Menyepi

Assalamualaikum. Hari ni tak sentuh pun papan kekunci. Pagi tadi je tu pun semata-mata nak tunjuk dekat mak contoh bunga telur untuk kenduri kahwin. Hari ni pagi je setelkan jahit langsir sambil masak-masak. Petang pulak hang out dengan sepupu, kebetulan dia ada dekat sini, apa lagi habiskan masa jap dengan sepupu tersayang. Pegi la jalan-jalan. Sambil jalan sambil membeli. Malam ni kita makan choc sambil baca buku remaja keluaran terbaru, hamboi Yaya laju aje ye beli. Sory la korang Yaya tak dapat nak blogwalking lagi, besok lagi sibuk kerana ada kenduri. Nanti dah free Yaya singgah blog korang ye.


Posted via Blogaway

Tiba-tiba Bad Mood !!!

Assalamualaikum. Pernah tak menghadapi perasaan atau situasi seperti ini? Bad mood tetiba dengan tak semena-mena padahal punca masalah yang tak logik kadang-kadang. Mesti pernah kan? Yaya pun pernah gak macam ni. Tetiba je bad mood tak pasal-pasal.

Tiba-tiba kita tak de mood sebabnya adik buat bising(padahal kita dah biasa dengar adik kita memekak), dengar baby menangis, kawan sapa kita, pen buat hal, laptop hang, kekasih buat update status dekat fb, kekasih keluar dengan kawan-kawan, kawan tak tanya khabar, kawan terlupa nak ajak makan dan bermacam lagi yang tiba-tiba je benda kecik buat kita tak ada mood. Bertambah parah lagi bila kita tunjukkan bad mood kita tu dengan cara hempas barang, marah dan macam-macam sampai kita hilang pertimbangan.

Hati-hati bila kita disituasi ini. Saat ni lah syaitan dok bisik dengan riangnya biar kita ni makin marah dan orang sekeliling pun turut bengang sekali dengan tindakan kita tu. Sebab benda kecik macam ni je kita boleh bergaduh kan? Bila menghadapi situasi ini, kita kena tarik nafas panjang-panjang dan lepas, pergi ke tempat sunyi untuk tenangkan fikiran, kalau boleh jangan jumpa sesiapa yang kita rasa boleh buat kita berplus-plus bad moodnya, cuba fikir kembali kenapa kita bad mood, paling penting mengucap dan ambil wuduk, baca al-quran dan ingat Allah. Part2 macam ni la syaitan dok suka bisik kat hati kita ni.

Sebab apa kita bad mood? Mungkin sebab terlalu penat dengan tugas seharian sebagai ibu, pekerja, pelajar dan banyak lagi. Mungkin tetiba kita cemburu dengan kawan kita? Atau kita cemburu dan geram dengan makwe/pakwe kita bila kita stalk fb dorg, dorg dok chat atau komen dengan member dorg. Mungkin sebab kita stress dengan exam. Banyak sebab kenapa tetiba kita hilang mood tapi yang penting kita kenalah pandai mengawalnya kan?


Posted via Blogaway

Sanah Helwah ~ Syukran Ya Robb


Assalamualaikum. Tiada kata secantik bahasa, seindah dunia dan setinggi cinta untuk Yaya luahkan. Cuma satu iaitu syukur. Syukur atas apa yang selama ini Allah sudah beri kepada Yaya sepanjang hidup Yaya sehinggalah hari ini genapnya umor Yaya 21 tahun. Mengikut kalender Islamnya, umor Yaya baru 22 dan belum masuk lagi 23 tahun. Dihari bersejarah kita, pastinya kita mahu seseorang yang istimewa wish pada kita, call kita sambil wish ayat-ayat yang buat kita rasa dihargai. Tapi Yaya belajar untuk tidak mendapatkan semua itu. Biar tiada call tepat pada waktu asal si dia sentiasa ingat untuk mendoakan Yaya.

Alhamdulillah, sudah Yaya ucapkan terima kasih kepada mak yang susah payah bertarung nyawa melahirkan Yaya. Tengah duduk-duduk tengok ceramah dekat tv, Yaya mintak peluk. Hehe. Budak Yaya ni memang suka mintak orang peluk dia. Pastu mak pelik. Baru la mak wish siap nyanyi lagi tu. Di hari ini Yay acuma berharap agar semua mendoakan kejayaan Adilah Binti Mohd Asari dunia dan akhirat. Supaya Yaya mampum enjadi muslimah yang solehah dan mujahidah. 

Rasa air mata ini mahu menitis, masih bersyukur kerana Allah beri peluang hidup sehinggalah sekarang. Allah beri peluang untuk Yaya menebus segala kesilapan dan dosa masa lalu. Ya Allah...luluh dan hibanya hati saat ini. Sedih, air mata peneman tidur, air mata tanda syukur kerana masih ada peluang untuk aku meraih cinta Yang Maha Agung. Allah (waaa mata sudah bocor meh).

Testemoni Keputihan


Assalamualaikum.
Alhamdulillah testemoni baru daripada pengguna produk Qaseh Gold Jus Adinda. Gembira Yaya bila cust menceritakan hasilnya yang memuaskan. Masalah keputihan memang kadang-kala mengganggu emosi wanita. Masalah ini jika dibiarkan bahaya kerana berkemungkinan petanda kanser. Jadi jika anda mempunyai masalah sebegini, jumpa pakar untuk cek tahap kesihatan anda.

Jus Qaseh bukan sahaja memberikan tenaga kepada pengguna malah membantu memulihkan balik masalah dalaman yang dihadapi wanita.
Anda mempunyai masalah?
- senggugut yang teruk?
- merancang mempunyai zuriat atau sudah lama menginginkan zuriat.
- kurang susu badan.
- keputihan dan pelbagai lagi.
- Boleh juga diambil ketika hamil.

-100% HALAL (produk bumiputra Islam).
- IMP (Islamic Manufacturing Practice)

Jangan segan untuk pm Yaya di page double love shop atau whatsapp : 016-3348239
InsyaAllah, Yaya disini untuk membantu anda, selebihnya kita berusaha dan memohon doa kepada Allah. 

Jom berQaseh, sebarkan qaseh, tingkatkan kesihatan. Jom bantu mereka yang lain, jika ada kenalan atau saudara yang mempunyai masalah yang sama, kongsikan Qaseh pada mereka. Nak tahu apa itu Qaseh? Klik SINI.



Alexa Rank - 28/1/2014


Assalamualaikum.
Ini ranking alexa untuk semalam patutnya tapi terupdate pepagi buta.
Banyak hal sampai lewat.
Semakin membaik.
Semalam punya cerita, SINI.


Awas Link Rosak


Assalamualaikum.
Tengok tu.
Lepas tu Yaya baca entri blogger Fizi tentang INI.
Terus Yaya pergi cek dan hasilnya macam yang ditunjukkan gambar dekat atas tu.
banyaknya link rosak. 660 ??? oh my
Lepas ni nak pergi follow tutorial blogger Kathy untuk buang link rosak.
Korang kalau nak cek meh SINI.


Blogwalking Yang Menyedihkan

Assalamualaikum. Tengok tajuk entry tu. Kenapa pulak sedih ni Yaya. Mana idak sedihnya sebab malam ni blogwalking guna fon je sebab tetiba mak ajak pergi keluar jejalan. Yaya pun ikut je la. Korang pun tahu kan kalau guna fon macam mana kah jadahnya. Dah la kecik, tak syok. Nak komen lagi. Sabar je la. Papepun blogwalking kan tetap berjalan sampai yang termampu sebelum Yaya muntah. Ngrrr.


Posted via Blogaway

Senarai Hadiah Meaningful Giveaway.

Assalamualaikum.
Ada giveaway mesti ada hadiah bukan?
Jom terjah hadiah yang awesome untuk giveaway ni.

V
V
V
V



wawa - gelang pandora x 3
 -shawl x 2



Topap oleh :

Syaza : RM 5 x 2

Fizi : RM 10 x 2

Norlida Hidayu : RM 5 x 4

Zayani : RM 10 x 1  &  Rm 5 x 1

Maisarah : RM 10 x 2



Syira : bloglist 2014 x 3



Bukan gambar sebenar.

Kathy : bookmark hadmade x 3


Contoh

Izza Sakura : illustrsi x 3



Eza Ridzwan : Tupperware x 2




Raja Norasiah : Inner Bawal x 3




Yumida : keychain england + mini sling bag (kid) untuk seorang pemenang x 1




Bukan novel sebenar (rahsia)

Madihah : novel x 1


Yaya?
Seorang peserta bertuah akan memenangi hadiah istimewa daripada Yaya.

Dah join belum?
kalau belum meh join SINI.


Belut Masak Tumis

Assalamualaikum. Korang pernah makan tak belut? Pandai makan? Sedap tau, kalau tak pandai boleh belajar makan. Abah kata belut ada vitamin o. Hehe. Baiklah, kali ni nak kongsi resepi belut masak tumis. Senang je.

Bahan-bahan:
Bawang putih, bawang merah, halia, cili padi (ditumbuk campo sedikit garam kasar)

Cara-cara:
1- Panaskan minyak, masukkan bahan tadi yang di tumbuk.
2- Tunggu sampai dah kuning-kuning, lepas tu masukkan belut dan air, tunggu sampai mendidih masukkan garam halus secukup rasa dan masukkan bawang besar yang telah dihiris.
3- Siap! Jom makan.

Nota kaki: belut ni kalau goreng pun sedap, wangi je bau. Kat pasar banyak belut, dah beli jangan lupa rendam dengan limau nipis dulu, dah lama rendam basuh lepas tu campur rendam dengan air asam jawa pulak. Baru boleh masak.


Posted via Blogaway

Bersangka.

Assalamualaikum. Bersangka buruk pada orang lain memang tak baik tapi jangan terlalu percaya pada orang sampai kita tak sedar kita ditipu. Mesti ada sikit perasaan bersangka tu agar kita lebih berhati-hati. Zaman sekarang ni makin bahaya, orang dah bermacam ragam. Bak kata pepatah "rambut sama hitam, hati lain-lain". Tapi kalau rambut dia blown tu macam mana pulak? Hehehe.


Posted via Blogaway

Alexa Rank - 27/1/2014


Assalamualaikum.
Sebelum menutup tirai entri hari ni.
Cek la dulu ranking alexa.
Menaik ^_^
Lailatul Saidah.
Semalam SINI.


Nak Jadi Sponsor?


Assalamualaikum.
Kali ni entry yang tak disangka-sangka.
Entry mengejut.
Tetiba je rasa nak buat giveaway sempena hari bermakna yang bakal tiba ni.
InsyaAllah dalam masa terdekat ni akan dilancarkan dan insyaAllah akan berlangsung selama 2 minggu.
Dalam 10 /2/2014 akan tamat.
Disini Yaya mengalu-alukan jika ada blogger yang sudi untuk sponsor barang atau topap atau ape-ape lah untuk pemenang.
Kalau berminat pm Yaya dekat fb ye SINI.
Kaunter dibuka sehingga pukul 10.00 malam ni. TQ

Nak tahu kelebihan jadi sponsor?

~ Follower meningkat.
~ Like page meningkat.
~ Dapat buat amal ^_^. InsyaAllah.

Nota kaki : Sponsor dah cukup.. Thanks ^_^


Ketika Zaman Kanak-kanak.

Assalamualaikum.
Bila terkenang zaman kecik-kecik dulu, beza dengan zaman kanak-kanak sekarang. Nak cakap rugi zaman sekarang ni pun Yaya tak tahu. tapi yang pasti Yaya beruntung dapat merasai zaman tu walaupun tak sama dengan zaman abah dan mak masa lepas perang jepun. Sebab apa beruntung? Sebab Yaya dapat rasa hidup susah dan Yaya akan biasa jika menghadapi situasi yang susah. Kiranya boleh handle la kan sebab ada jugak ibu bapa yang suka biasakan anak dengan kemewahan dan bila susah sikit lansung mati kutu. Dulu dan sekarang memang banyak perbezaan, mampu ke kanak-kanak sekarang hidup cara kanak-kanak dulu?

Zaman dulu merasa lagi naik bas dengan mak kalau nak pergi bandar, yela masa tu pun mak tak ada lesen lagi, motor pun abah je ada. Berdiri la tepi jalan tunggu bas sampai bas lalu. Lepastu jalan kaki pusing pekan. Sekarang ni nak tengok bayang bas dekat kampung pun dah kurang, bas express je banyak. Kalau dekat bandar tu jangan cakap la, bas memang keperluan kan, mudah dan jimat.

Dulu teringat lagi mak hantar pergi tadika naik basikal. Kayuh la pepagi, terima kasih mak :'( (sedih tetiba). Yaya ingat lagi masa mak baru belajar bawak motorsikal, pernah sekali tu mak terbabas depan lorong rumah, nasib baik Yaya tak masuk dalam parit, cuma kaki la luka. Kalau kanak-kanak sekarang ni hantar pakai kereta. Yela ibu bapa semua kerja bagus kan, senang. Macam anak buah Yaya la.

Dulu pergi sekolah abah bagi duit belanja 50 sen je, pagi 50 sen, petang 50 sen. Dapat la beli keropok lekor 5 batang. Tak pun beli nasi lemak, nasi goreng dengan air secawan. Tapi dari dulu sampai sekarang ni dah masuk u pun Yaya bawak bekal air lagi. Senang. Tapi sekarang kalau bagi 50 sen dekat kantin, apa je la yang dapat, kuih pun sekarang dah ada yang 40 sen satu.

Zaman dulu dengan zaman sekarang memang jauh beza. Semua berbeza lagi-lagi harga. ~aku yang dulu bukanlah yang sekrang~ Ecewah. 





Lirik Lagu Opick - Bila Waktu Telah Berakhir


Assalamualaikum.
Pagi ni mula entry dengan lagu opick lagi.
Suka betul dengan lagu-lagunya.
Sangat menyentuh hati.
Akhir-akhir ni Yaya lebih suka bercerita soal kematian kan?
Kenapa Yaya ni?
Takut pulak rasanya.
Positif positif Yaya.
Doakan Yaya semoga berjaya dunia akhirat k korang.

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang
Dan pergi meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Alexa Rank - 26/1/2014


Assalamualaikum.
Alhamdulillah semakin membaik.
Well done!
Intai SINI untuk yang lepas.
Nak blogwalkng pelan-pelan.
Selamat malam korang.
Mimpi indah ye.
Sebelum tidur minta maaf dan memaafkan okay ^_^
Assalamualaikum.

Done wif Langsir.


Assalamualaikum.
Akhirnya berjaya jugak laksanakan salah satu target cuti sem.
Lebih kurang empat lima hari lah nak siapkanjahit langsir ni.
Simple je tak la kerawang-kerawang bagai.
Mana taknya, bukan focus, macam-macam lagi benda yang Yaya kena buat.
Slow-slow dan akhirnya siap. (senyum)
Lega.
Target cuti sem yang lain pun dah jalan dan ada yang dah siap jugak.
Tapi tu lain kali kena review sebab nak bagi kejutan buat korang (korang kena terkejut tau, kalau tak pun, buat-buat je la terkejut eh)
hehe.



Ada Apa Dengan Air Terjun?

Assalamualaikum.
Ada apa dengan air terjun?
Tajuk entry kali ni persoalan.
Air terjun...ada keindahan, kedamaian,
hati yang duka lara, marah, bisa tenang kembali tatkala melihat keindahan ciptaan Allah ini.
الله اكبر
Jom kita cuci mata lihat gambar pemandangan air terjun yang Yaya pinjam dekat google ni.
Tiba-tiba rasa dingin pulak kan?
Hehe










Cara Mengingati Diri Agar Dekat Dengan Allah.


Assalamualaikum. Kali ni Yaya nak kongsi cara Yaya untuk menyedarkan diri, bagi diri ni insaf bagi kita sedar kita ni siapa dekat muka bumi ni, apa amanah dan tanggungjawab kita. Yela kita ni kadang-kadang lupa bila leka dengan urusan dunia, lupa kita akan kembali dekat sana. Jadi jika cara Yaya ni memberi manfaat bolehlah di cuba dan jika tidak jadikan sempadan.

Cara bagi menginsafi diri cara Yaya :
  • Mendengar lagu-lagu dan nasyid yang berunsurkan ketuhanan, keinsafan. Selalu Yaya dengar lagu Opick, Maher Zain, In team, UNIC, Wali Band.  
  • Memandang dan melihat keindahan alam semulajadi. Menngagumi ciptaan Allah. Dari sini kita akan sedar mana asalnya kita. Memuji kekuasaan Allah.
  • Beringat tentang hari kematian. Jadi kita akan sentiasa memperbaiki diri kerana kematian itu boleh datang bila-bila masa, mungkin kejap lagi, 5 minit lagi, malam nanti, besok dan bila-bila sahaja.
  • Berzikir dan menghayati maknanya.
  • Mengaji dan menghayati maknanya.
  • Mengenang dosa silam.
  • Mengambil pengajaran daripada cerita dan drama.
Baiklah, ini sahaja yang Yaya rasa. Semoga memberi manfaat buat semua.

Cuba Baca Balik.


Assalamualaikum. Tengok gambar atas tu. Curi dekat google je. Apa la lawak sangatkan Yaya ni. Cuba korang pulak buat macam Yaya buat, pasti geli hati. Apa yang Yaya buat?

Baiklah, cuba korang tengok balik entry korang yang pertama sekali lahir daripada blog ni. Entry pertama yang korang buat. Lepas tu baca yang selepasnya sebanyak mana la sampai korang rasa ada kelainan pada entry korang. Apa korang rasa? Geli hati tak? Haha. Bila Yaya baca balik entry mula-mula sekali dan seterusnya dalam 10 entry, geli hati sangat. Lawak la cara Yaya. Dulu sebelum membahasakan diri "yaya", Yaya guna "aku" je. Mula-mula dulu banyak gak la, boleh katakan entry mula-mula tu cerita pada perjalanan seharian Yaya ditempat kerja dan macam-macam lagi pasal diri Yaya, putus cintalah, kecewa, terluka. Wakakaka, sakit perut makcik gelak.

Masa tu tak ada orang komen pun, kalau ada pun satu dua orang je. Memang lah baru lagi kan. Masa tu tak pandai lagi nak mengoleh cerita apa, sebab blog sebelum ni yang dah didelete lebih menceritakan peribadi. Sebab apa Yaya delete? Baca SINI. Lepas tu korang singgah la entry selepasnya pulak. Hehe..lawak lawak, nampak ketidakmatangannya Yaya ni. Hehe. Selamat menbaca sejarah lama ^_^.

Lirik Lagu Maha Melihat - Opick ft Amanda

Assalamualaikum.
Pembuka entry pada hari ini dengan lagu daripada Opick.
Bagi Yaya ini antara lagu yang menyentuh hati Yaya, lagu keinsafan, kerendahan hati, kesedaran.
Selamat menghayati.


Seiring waktu berlalu
Tangis tawa dinafasku
Hitam putih dihidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Reff:
Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun

Yang dicinta 'kan pergi
Yang didamba 'kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus s'galanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata

Alexa Rank - 25/1/2014

Assalamualaikum.
Alhamdulillah makin kurang balik.
Bermula hari ini, entry pasal ranking alexa akan menjadi penutup tirai setiap hari.
Maknanya entry pasal ni akan menjadi entry last sebelum Yaya melelapkan mata.
Kalau Yaya dah update pasal entry ranking alexa, paham2 la ye.
Tu maknanya patik mahu beradu.
Ini cerita semalam SINI.



Cukuplah Kematian Sebagai Peringatan.



Assalamualaikum.
Bila bicara atau terdengar tentang kematian, pasti terdetik dihati kita keinsafan walaupun seketika. Alhamdulillah. Itu bermaksud kita masih lagi sedar akan status diri kita dimuka bumi pinjaman Allah yang indah ini. Cukuplah dengan mengingati akan hari kematian akan buat kita sedar dan cuba sebaik mungkin meraih cinta Allah nan suci sebab kematian tak tunggu seseorang itu berubah, tapi kitalah yang harus berubah sebelum kematian datang menjemput. Raih sebaik mungkin, tambah sehabis yang mampu amalan yang perlu dibawa kesana nanti. Ilmu akhirat. Tazkirah hati. Ya Allah, cukupkah amalan aku untuk dibawa kesana nanti. 


Bukan Blog Gosip Artis.

Assalamualaikum. Bila blogger je mesti ada yang fikir gosip, gosip dan gosip. Pernah dah Yaya melalui perkara macam ni bila orang tahu kita blogger, ada yang fikir kita ni kaki gosip. Memang ada blog Yang personal tapi campur dengan gosip atau berita artis terkini dan ada juga yang memang khas untuk artis je. Itu terpulang pada individu atau blogger itu sendiri.

Tapi bila ada yang melabelkan semua blogger suka bergosip, itu yang buat Yaya terasa+sakit hati. Cuba betulkan pandangan anda semula ya wahai penilai. Cara dia mengatakan yang blogger ni memang kaki gosip buat Yaya rasa "eh hina sangat ke aku jadi blogger? Takkan la kerja aku nak bergosip je"

Bukan semua la blog cerita pasal gosip. Yaya pun tak suka la. Banyak lagi perkara yang Yaya nak share selain cerita gosip artis tu. Kalau tak betul jadi fitnah namanya. Akhir sekali Yaya nak tegaskan disini bahawa blog Celoteh Yaya bukan blog bergosip tentang artis ye. 

Terung Masak Kicap

Alhamdulillah. Selesai memasak. Dah lama dah nak masak terung masak kicap ni tapi tak terbeli-beli jugak. Tadi alang-alang dah singgah pasar terus beli. Korang pernah masak macam ni? Tak pernah masak pun pernah makan tak?

Meh sini nak kongsi resepi. Yaya ni bukan lah mahir, newbie lagi dalam memasak. Hehehe. Ala kadar ye boleh la yang biasa2 je.

Bahan-bahan:
Terung
Bawang kecik dan bawang putih
Ikan bilis

Cara-cara:
1- gaul terung dengan kunyit dan letak garam secukup rasa, lepas tu goreng. Nak garing boleh tak nak pun tak pe.
2- lepas tu goreng ikan bilis pulak, dah nak dekat garing masukkan bawang tadi yang telah dihiris.
3- letak terung dalam pinggan, lepas siap masak ikan bilis bersama bawang tadi, angkat dah tuang atas terung tadi. Letak kicap secukupnya dan gaul. Siap.

Selamat mencuba. Sodap weh rasanya. Kalau tengok gambar memang la tak mengancam, cuba dulu baru tahu.


Posted via Blogaway

Sebab Pembaca Bosan.

Assalamualaikum. Kali ni si kaki celoteh nak bebel pasal entry pulak. Setiap blogger ada gaya dan persembahan dalam entry mereka tersendiri. Pelbagai cerita yang dikongsi, personal, gosip, sejarah dan bermacam lagi.

Tapi...jangan taip panjang berjela lagi-lagi bab sejarah. Kalau dah panjang berjela lepas tu pulak dapat pembaca yang macam Yaya ni, memang Yaya cari butang pangkah lah jawabnya. Tak pun Yaya pergi lepak blog lain dulu baru datang balik baca. Bosan lah, kalau boleh la kan pada pendapat Yaya, pisahkan, maknya buat entry sambungan. Pendeklah sikit entrynya dan tidak la menimbulkan perasaan bosan terhadap pembaca. Lepastu letak la gambar yang indah-indah sejuk mata memandang ke macam gambar alam semulajadi, baru la pembaca rilex sebab dapat cuci mata. Ini pendapat Yaya la kan.

Meniru Blogger Lain.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Meniru? Mesti time exam banyak la cakap pasal meniru ni dengan bawak toyolnya lah. Toyol? Toyol yang dibawa semasa exam bukanlah toyol yang hidup tu tapi toyol ini adalah sejenis, haa?? kertas jawapan. Kan senang nak paham. hehe... ^_^

Kali ni nak kupas(cewah), pasal kes tiru-meniru antara blogger. Ni selalu terjadi antara blogger senior and junior, tak pun yang popular dan newbie. Bukan newbie je, yang lama-lama pun ada jugak. Yaya tak masukkan semua blogger, tapi segelintir, ada beberapa juga lah. Yaya pun newbie jugak. 

Ini terjadi bila blogger A melihat blogger B ni popular, lepas tu mula lah nak tiru cara design blog, cara penyampaian entry, cara ayat dan bermacam lagi. Kalau bab-bab design ni memang Yaya tak mahir lah, buat setakat yang mampu je. Tapi ada jugak blogger cilik yang sangat pandai mendesign blog, bukan pandai mendesign tapi pandai menciplak design blogger lain. Ni yang tak gemar, habis huru-hara jadinya. Tak mahu lah macam ni, kita nak berblog secara sihat kan? Bila macam ni akan timbul ketidakpuashatian blogger lain.

Habis pasal ciplak design, cerita pasal gaya penyampaian pulak. Setiap individu mempunyai gaya dan cara penyampaian mereka sendiri dan dengan cara itulah mereka akan diingati oleh blogger lain. Misalnya dia ada trademark sendiri, pasti orang akan ingat. Bila kita cuba meniru cara blogger lain, pasti timbul ketidakselesaan dalam menulis entry. Pasti korang akan rasa, ngrrrr. Kalau korang pun rasa ngrrr tapi taip juga, pembaca lagi la double triple ngrrrr dan peliknya dengan penulisan anda. 

Tuntasnya, (kan dah masuk ayat karangan) berblog lah secara sihat. Jadi diri sendiri dan jangan cuba menjadi diri orang lain. Cara kita tak akan sama dengan orang lain dan dengan cara kita itulah kita diingati. 

Alexa Rank - 24/1/2014


Assalamualaikum.
Baru sempat nak on lappy, kalau tak update entry guna Hp je la.
Tengok la ranking alexa pun menurun balik dari semalam.
Sedih, mungkin sebab tak update banyak entry la ni.
Tak pe la, hati ni itu je la yang sempat nak update.
Kena usaha lebih ni.
Ni Yaya nak pergi blogwalking.
Dah dua hari tak bw.


Again!!!

Again!!!
Tauhu bakar.
Memang feveret betul la Yaya ni dengan tauhu bakarnya.

Nota kaki : Dah lama tak makan tauhu bakar dekat Putrajaya. Rindu pulak.


Posted via Blogaway

Selamat Datang Ubat.

Assalamualaikum. Setelah sekian lama menanggung rasa gatal dimata(pergh ayat macam ape je Yaya ni) akhirnya harini dapat fak gak jumpa doktor. Semalam patutnya dah pergi klinik tapi doktor pulak rehat, kalau nak tunggu kene sampai pukul 7 malam. Memang tak la jawabnya. Harini alang-alang keluar cari barang lagi, Yaya singgah la klinik. Budak yang tak suka makan obat ni terpaksa la telan segala ubat yang dapat. Semoga cepat baik.
Nasib baik tak banyak.


Posted via Blogaway

Syafakillah.

Assalamualaikum. Pagi-pagi adik sepupu dah hantar sarapan dengan berbaju sekolah. Waah kelas gitu. Rindu pulak nak bangun pagi-pagi, kemas buku, pakai baju sekolah, naik motor pergi sekolah yang penting motor skuter ye. Huhu. Santai dan rilex je bila bawak.

============================

Pagi-pagi ni dalam masa yang sama dah berpuluh kali bersin(melampaukan? Berbelas je sebenarnya saja wat gempak). Tekak ni pun dah sakit dah ni.

============================

Nyamuk kat kampung ni dua tiga menjak ni gemok- gemok dann besar-besar pulak. Ngeri tengok. Dia hinggap je terus pukul. Nampak sangat takut kene gigit.


Posted via Blogaway

Lampu Isyarat.

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni Yaya bukan nak cerita pasal lampu isyarat yang warna-warni tu yang ada merah, hijau, kuning. Kali ni nak cerita pasal isyarat lampu dari kereta. Pernah tak korang perasan terutamanya yang memandu, bila tengah memandu tiba-tiba kereta depan dilaluan bertentangan dengan kita bagi lampu. Sekali, dua kali. Double la. Pernah? Korang rasa ada sebab tak dorang buat macam tu? Mesti yang mahir tahu kan. Kalau macam tu selalunya ada PAK POLISI. 

Al-kisahnya, tengah Yaya memandu nak balik dari Sungai Besar, mula-mula ada sebuah kereta warna gold macam tu bagi lampu. Tapi tak sedar lagi tu dia bagi dekat sape. Kejap je lepas tu ada sebuah kereta lain bagi lampu lagi, hai mulalah lain macam kan. Mak kata "kalau macam tu selalunya ada polis". Ku pandang kiri ku pandang kanan, ku cari tak jumpa. Mungkin mata ku sudah kabur kali ya? (endon la pulok). Mak dah sedia dah pakai setbelt. Lepas tu tengah mak sebuk pakaikan Yaya setbelt, tiba-tiba membutang mata ko Yaya tengok bapak polis dok pegang kamera yang kesan had laju tu dekat pondok. 

Hadoi...dia main sorok-sorok lak ye. Nasib baik la Yaya bawak 60 km/j je. Tak teringin pulak hari ni nak bawak laju. Santai2 je. Kecut perut seram sejuk dibuatnya kalau la polis tu perasan aku tak pakai benda alah tu. Hadeh. Tak pasal2 kena. 
============================================================
Beberapa jam kemudian...

Bila abah balik je cepat je Yaya tanya "abah, kalau tembak (kamera) tu dia kesan tak kalau kita tak pakai setbelt?" "tak" Fuuhh.. jawapan abah buat aku rasa cool...hehe...
Pengajarannya pakailah setbelt ye ketika memandu, jangan melanggar undang-undang. Sayangi diri anda. (pesanan penaja).

Alexa Rank - 23/1/2014

Assalamualaikum. Ranking alexa untuk hari ini. Alhamdulillah semakin baik. Well done!!! Untuk yang lalu klik SINI.


Pekena Cendol Batu 9

Jalan-jalan sambil cari barang yang patut, aish teringin pulak nak makan cendol. Dah lama tak makan kat sini. Jemput makan korang. Sedap ni makan time cuaca panas.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

Berakhir Semester 1.


Assalamualaikum. 
Petang ni Yaya nak cerita benda yang dah basi.
Macam makan je kan. (Ape la Yaya ni)
5 Januari lalu berakhirlah peperiksaan akhir Yaya iaitu subjek BMP422 (MALAY GRAMMAR)
atau dalam Bahasa Melayu nya Tatabahasa.
Dengar macam senang kan?
Cuba dulu baru tahu senang ke idok.
Siapa yang kata Bahasa Melayu ni senang?
Huhu. Tak de benda yang dekat dunia ni mudah.
Betul tak korang?
Habis je 5 Januari, tapi 4 hari kemudian baru Yaya balik.
Maklumlah nak luangkan masa dengan sahabat dulu.
Mana taknya, time exam dok terperap 24 dalam bilik pandang buku pandang bantal.
Agak rasa dah sarat sangat otak ni, alih pandangan ke bantal. Baru lega.
Subjek last ni lah paling mencabar sebab Yaya tak tidur semalaman.
Pecah rekod wow. Yaya ni mana tak pernah tak tidur time exam, kali ni je terpaksa. Fuuuuh!
=====================================================
Tiba masanya nak balik, dengan sayunya hantar kunci bilik + kad pelajar yang selama ni duduk setia depan pintu dekat pejabat.
Tata. Kita pasti takkan berjumpa lagi.
Sebab?
Sebab next sem Yaya dah stay luar.
ok lah, sampai disini sahaj cerita yang dah basi ni.
Assalamualaikum.

Nota kaki : Tak sabar pulak nak masuk sem 2. Sebab? Tunggu nanti entrynya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...