Entri Terbaru

Kembali Pulang - Kangen band

Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang

Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Reff:
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Akan ku bawa dia terbang
Damai bersama bintang

Kekasih yang dulu hilang
Kini dia tlah kembali pulang
Betapa senang ku dendangkan
Dan takkan ku lepaskan

Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku

Repeat Reff [2x]

Result Exam


Assalamualaikum. 
Entri kali ni entri dah basi. Basi selama sebulan. Sebulan jugak la. Kai ni cerita pasal tamatnya sem 1 Yaya pada 5.1.2014 bulan lepas dan hampair dua bulan Yaya bercuti. Pejam celik pejam celik besok je nak balik rumah sewa dah. Alhamdulillah result yang disemak pada 24/2/2014 hari tu lulus. Menguntumkan senyuman indah walaupun tidak layak mendapat pangkat DEKAN. InsyaAllah untuk sem 2 ini lebih giat dan kuat lagi usaha Yaya dapat keputusan yang lebih memberangsangkan. Amin.

Kali ni Yaya duduk rumah sewa dan still dengan roomate yang sama. hurm...besok dah gerak balik Shah Alam, mesti rindu mak abah n keluarga. Eh kenapa tetiba boleh homesick  pulak ni? adoi...dulu sem 1 tak ada la pulak rasa macam ni...mungkin sebab kejap je cuti kan? Takpe, berjuang demi semua kejayaan. Semoga Allah redha ^_^

Manusia Semakin Terdesak


Assalamualaikum. Dunia semakin tak aman. Sebab apa? Ada suara-suara yang masih mengatakan dunia aman. Mungkin dari sesuatu sudut aman, tapi hakikatnya zaman sekarang dunia makin tak tenang. Bukan salah dunia, manusia, penghuni dunia ini yang menjadikan dunia tidak aman.

Apa motif Yaya cakap macam ni? Yaya ni selambe je kan keluarkan statement begini. Mana tak amannya, ekonomi sekarang ni tak tau nak habak macam mana. Pastinya disebabkan kewangan, ekonomi yang tak stabil, ramai yang mengambil keputusan mudah. Korang pernah dapat tak mesej atau pesanan daripada teman korang yang memberi peringatan tentang kes2 atau tektik2 penjenayah sekarang ni yang tamakkan duit. MANUSIA TERDESAK??? Nakkan duit dengan cara mudah tapi dorang tak fikir apa perasaan orang yang mengalami.

Banyak jugak Yaya dapat pesanan supaya berhati-hati bila keluar, memandu atau pun duduk dirumah. Sekarang pelbagai cara orang nak merompak. Alhamdulillah ada juga yang memberi peringatan supaya berhati-hati. Cara penjenayah zaman sekarang, ada yang jenis langgar belakang kereta, ada yang letak sticker dekat cermin belakang, ada yang bukak paip kat luar rumah kita tengah malam, ada yang datang rumah kononnya nak bagi surat BRIM dan pelbagai lagi. SEgala tindak-tanduk kita kena berhati-hati, berwaspada lebih lagi golongan wanita macam kita ni. Dalam handbag tu simpan la apa2 barang sebagai pertahanan diri. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau boleh nak keluar jangan sorang-sorang, berteman.

Entri ini peringatan untuk kita semua supaya berhati-hati.

Saat Seorang Wanita sedang Berbahagia, Ada Lelaki Lain yang sedang Berduka


Tetiba teringat pula ayat dalam babak cerita Ariana Rose yang diungkapkan oleh Harith..entah apa nama dia tah yang pasti lelaki ni suka Ariana. Ayat dia berbunyi macam ni, "Saat seorang wanita sedang berbahagia ada lelaki lain yang sedang menangis"..Eh betul ke? macam tu la ayat dia..kalau tak sama tapi makna serupa. 

"saat seorang wanita sedang berbahagia, ada lelaki lain yang sedang berduka"...Mungkin bukan seorang, mungkin dua atau tiga atau lebih (ayat sama je macam entri sebelum ni). Bukan salah wanita atau lelaki nak jadi seperti ini. Jodoh pertemuan ditangan Tuhan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan bukan? Cuma kita kena terima dan redha dengan keputusan yang diterima. Hidup ini tak boleh berputus asa. Kita tak tahu apa akan jadi selepas ini. Cuma kita perlu berdoa untuk mendapat yang terbaik. Nak dapatkan yang terbaik kita kena jadi yang terbaik dulu bukan? 

Pernah dengar tak ayat ni "Andai hidup ini menjadi punca perpisahan, biarlah maut menjadi penyatuanya"... Macam lain je bunyinya kan? tapi cuba fikirkan yang lain pulak. Mungkin dia nak cakap pasal hidup dia yang asyik berpisah dan dia harap dia akan bersama insan yang dia sayang tu dekat sana nanti.

Hidup ini memang banyak berteka-teki. Rahsia hari esok akan sentiasa menjadi tanda tanya hari ini tapi apa yang kita buat untuk hari ini agar hari esok menjadi hari yang dinanti? 

Ada Stalker Dalam Diam


Assalamualaikum. Tengok tajuk entri Yaya pagi ni, ala-ala perasan je kan gayanya. Perasan retis je la Yaya ni. Aku ni ada stalker ke? Eh popular idak la macam Syasya Solero tu ke, macam puteri Awani ke, macam-macam ke. Ekekeke..Gurau je ye, jangan marah pulak Syasya n Puteri ye kalau korang baca entri ni. 

Kali ni nak habak mai, bukan retis je ada stalker tau, kita ni yang biasa-biasa macam Yaya ni pun wujud stalkernya. Hei awak yang stalk tu jangan marah pulak, bukan tok awak sorang je la. Mungkin bukan sorang je yang stalk kita, mungkin dua atau tiga atau lebih. Kita tak pernah tahu bukan kita ada stalker? Tapi kadang-kadang mungkin kita akan terperasan yang individu itu selalu stalk kita, mungkin cara dia...like status kita dekat fb, kadang2 muncul komen dia tapi dia tak friend dengan kita. Stalker kita mungkin dari kalangan peminat kita, atau mungkin kawan kita atau mungkin bekas kekasih kita atau mungkin kekasih kita. Hamboi...maklumlah nak pantau aktiviti seharian kita la katakan.

Yaya pun suka jadi stalker ni..hehe..tapi Yaya bukan stalk seseorang je, sesiapa yang Yaya rasa nak stalk, Yaya stalk je..hehehe...memang hobi kot..Korang macam mana pulak? Adakah tergolong dalam kalangan "stalker"?

Bahana Obses Mahukan Kulit yang Cantik

Gambar pinjam google.

Assalamualaikum semua. Bila berbicara soal kecantikan ia tak lari daripada golongan wanita. Tapi sekarang terdapat sesetengah golongan lelaki yang juga mahukan kulit muka yang cantik. Maknanya yang betul2 jenis jaga kulit muka, pergi spa dll. Tapi disebabkan terlalu mahukan kulit muka yang cantik sehingga menyebabkan sesetengah wanita yang mengalami kerosakan kulit muka mereka. Bukan jadi semakin cantik tetapi semakin rosak. 

Sekarang ni banyak produk kecantikan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kita selalu mahukan yang cepat cantik tapi kita tak selidik dulu tentang sesuatu produk yang kita gunakan. kebanyakkan produk yang ada dipasaran mempunyai bahan kimia yang tinggi yang menyebabkan kesan jangka panjang. Yaya bukan mahir tentang produk2 kecantikan ni, Yaya hanya pakai yang biasa sahaja. Yaya berani pakai safi balqis je. Memang la teringin nak jugak bila tengok kawan2, sepupu mempunyai kulit yang cantik tapi Yaya takut bila dengar ramai yang mengalami kulit muka yang rosak bila menggunakan sesuatu produk. 

Dulu ada la jugak guna produk2 macam ni, tapi sekarang tak pe la. Pakai yang biasa2 je la. Takut nak amik risiko. Tapi sekarang Yaya sedang mengamalkan makan sesuatu yntuk mendapatkan kulit muka yang diidamkan ramai wanita. Nak tahu apa yang Yaya makan? Kita tunggu nanti bila Yaya dah ready nak kongsi dengan korang semua. Yang pastinya apa yang Yaya makan ni adalah tergolong dalam golongan buah. ^_^

Akhir entri kali ni, Yaya nak ingatkan diri sendiri dan kita semua agar berhati-hati ketika membeli sesuatu produk kecantikan. Selidik dulu, ada tak pengguna yang mengalami kesan buruk dari produk itu. 

Sem 1




Gadis Menghilang 2 Hari


Assalamualaikum. Cuaca dekat tempat Yaya ni panas betul. Selangor je panas ke semua tempat panas? Tempat korang macam mana pulak? Tajuk entri Yaya kali ni hangat sikit. Eleh Yaya tu saja je nak buat gempak padahal biasa je. Comel kan gambar atas tu? Yaya curi dekat google. Hehe. Sorry. Maafkan saya.

Hari ni nak cerita pasal hilang. Baru 2 hari hilang, tapi rasa macam dah seminggu menghilang. Siapa yang hilang? mesti korang tak sedar kan? Yaya lah yang menghilang. Hilang? Punca? Merajuk sebab tak ada yang nak singgah teratak usang Yaya ni, Jadi Yaya membawa diri. Hehe. Eh2 tak ada lah, tak de maknanya nak merajuk bagai. Yaya kan kuat macam super Yaya (cerita boboboi tu). Korang pun kalau nak masuk blog Yaya tak boleh dalam 2-3 hari ni sebab di privatekan. Ni Yaya nak cerita, korang nampak tak berubaha yang drastik dekat blog Yaya ni? Ni la sebabnya menghilang, Yaya tukar kulit. hehe, Yaya edit blog ni haa dengan bantuan, eh bukan bantuan, memang dia je yang buat sorang...Yaya tempah dekat blogger Kiera Rashid ...sebab Yaya tempah dekat dia? Yaya dah lama usha sebenarnya nak order dekat kak kiera, tapi postpone dulu niat dihati. Selalu lepak2 je blog dia jap, tapi tak komen, jadi silent reader. Yaya tengok dia amik upah n design dia pun omei2 dan murah pulak tu. Dah lama jugak la baru contact kak kiera. Sebelum ni ada usha blogger lain y amik tempahan tapi tak mampu rasanya. 

Dulu kak Kathy yang selalu tolong editkan blog Yaya, jadi serba salah dibuatnya. Terima kasih akak dulu selalu layan karenah Yaya ni. free of charge lagi tau. Tu yang segan nak minta tolong sebab Yaya nak tukar semua. Jadi Yaya mencari dan jumpalah dengan pilihan hati. Penat jugak la kak kiera melayan karenah Yaya ni. Sorry kak dan terima kasih buatkan ye. Yaya suka. Cantik. Korang kalau rasa nak edit blog tapi nak yang bajet punya boleh la jengah blog kak kiera dekat http://dewqracintakita.blogspot.com/ . 

ppssttt...komen sikit muka baru blog Yaya ni. TQ ^_^

Walau Luka Sudah Sembuh tapi Parut Tetap Ada


Assalamualaikum.
Luka?
Kali ini Yaya bicara bukan soal luka yang berdarah dibadan kita tapi luka ini sering dibahasakan atau digantikan untuk memberi makna tentang sesuatu yang amat menyakitkan. Luka itu sakit bukan? Pedih, bila tersentuh mula la rasa macam nak mengamuk je rasanya. 

Luka akibat sesuatu perkara memang sukar untuk dilupakan. Mungkin perkara itu tentang putus cinta, dibohongi oleh insan yang amat kita percaya, dianiaya dan banyak lagi. Mungkin luka itu sudah sembuh. Mungkin perkara itu sudah dimaafkan, sudah dilupakan, hilang buat seketika tapi percayalah ia takkan hilang begitu sahaja. Parut masih ada. Terkadang pasti kita akan terkesan atau terkenang kembali dengan perkara yang pernah terjadi dulu. 

Kalau kita luka kan, luka yang paling teruk la..pasti ada parut kan? Dengan parut tu kita akan teringat apa yang pernah terjadi pada kita. 



Agak Sibuk

Assalamualaikum.
Hari ni lambat update, lately Yaya memang sibuk dengan pelbagai urusan..
Dengan menjaga anak buahnya lah, dengan membuat coklat homemade untuk dijual lagi.
Maaf sebab tak lepak rumah korang..
InsyaAllah ada masa free yaya terjah ye.
Maafkan Yaya ye korang.
Jom la singgah blogshop Yaya ni http://doubleloveshop.blogspot.com/
Kalau ada yang berminat boleh pm Yaya terus. ^_^

'segmen blogwalking beramai-ramai'


Selamat pagi sabtu korang..
Okay jom kita join sini..
Nak kenal Yaya?
Klik je bahagian page tu "owner"
Klik banner diatas okay syg semua..
jom support blogger..

Cheesecake Leleh


Assalamualaikum..
Alhamdulillah cubaan pertama menjadi <3
NI sebab terlampau suka sangat la dengan cake ni tu yang decide nak cuba.
Dan hasilnya beginilah..
Alhamdulillah..
Lepas ni boleh buat banyak2, senang...teringin tinggal bukak dan makan..
hehe..
Nak resepi?
Klik SINI.

Ke Hulu Ke Hilir Sebab Ubat Resdung.

Assalamualaikum.
Tengok tajuk entry tu.
Yaya ni semenjak dua tiga menjak ni kerap sangat ulang alik ke tandas.
Okay perut saya sakit =='
Mula-mula ingat keracunan makanan, jadi masa hari pertama sakit perut tu Yaya pun bedallah ubat sakit perut adik yang secara kebetulan dua tiga hari lepas adik keracunan makanan.
Tapi bila dan tiga hari dok kerap ke tandas, Yaya mula terfikir...
mungkin...jeng jeng jeng...
Yaya pernah cerita sebelum ni yang hidung Yaya kerap keluar darah kan?
itu mungkin dah biasa bagi Yaya, tapi...
bila jerawat yang tak diduga menetap dipipi dan sampai sekarang masih lagi tak mahu menghilangkan diri, Yaya mula hairan ditambah pula dengan bersin yang kerap dan tak henti.
Dalam hati Yaya "mesti resdung aku makin teruk ni"...
dan tindakan harus diambil (hamboi macam guru disiplin pulak dah)
Cadangnya pergi kedai nak beli kiub tok ubat resdung, bancuh jadi air tapi bila sampai kedai pakcik tu kata tak ada. Dia syorkan makan kapsul...dan demi cintaku pada diri ini, Yaya beli la nak cuba.
Alhamdulillah nampak perubahan..
Bersin?
Dah tak ada kedengaran dipagi hari sampai ke malam tapi yang lain pulak datang.
Yaya rasa maybe ramuan herba yang terkandung dalam kapsul tu panas kot tu yang perut Yaya tak tahan tu.
Lepas ni jawabnya kena cuba ubat jenama lain la pulak.
Nak cuba keluaran OK (orang kampung).
Baiklah, korang ada cadangan?

Tak Pernah Henti

Assalamualaikum. Kali ni nak kongsi sesuatu yang memang rasa dah penat pendam. Pernah dengar tak ayat ni "dok sebok jaga tepi kain orang, kain sendiri koyak tak sedaq" macam gitu lah maksudnya. Mesti pernah kan? Benda ni dari dahulu sampai sekarang masih lagi berlaku. Ni kes bila seorang perempuan dan alam perkahwinannya.

Bila ada perempuan muda kahwin awal dok sebok tanya "kenapa awal kahwin?" "dok fikir 25 jam pasal perempuan tu" "terlanjur ke(kan dah buruk sangka namanya)"

Bila ada yang membujang (andartu) dok sebok canang "tak laku la tu" "dulu masa muda dia ni liar, tu yang tak ada yang nak"

Tolong lah hentikan. Kita tak patut kata begitu. Kita pun tak tahu bagaimana kita nanti. Sebaiknya kita bersyukur dan bahagia bila ada yang nak mendirikan rumah tangga tak kisahlah dalam usia yang muda, at least dia cuba untuk mengelakkan daripada berlakunya maksiat. Jangan pulak kita kata. Bagi yang andartu pulak, bukan salah mereka masih bergelar bujang, mungkin Allah belum temukan lagi jodoh untuknya.

Jodoh itu rahsia Allah, kita bukan sesiapa untuk menghalangnya. 

Marah vs Sayang

Assalamualaikum.
Pernah dengar tak korang ayat ni "jangan buat keputusan ketika marah dan jangan menabur janji ketika sedang sayang/bahagia"
Ayat ni tersangat lah Yaya setuju.
Bila marah, jangan jangan dan jangan buat sesuatu keputusan.
Bila marah syaitan suka, macam-macam dihasutnya.
Boleh jadi keputusan yang kita buat itu diluar akal waras.
Nanti sebab satu keputusan je kita menyesal seumur hidup.
Jangan tetiba je kita nak marah, selidik dulu apa yang berlaku dan terjadi kan?
Bila marah, kita perlukan masa dulu untuk bertenang.
Tapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Walau apapun kita buat, sejuta kali ulang kata maaf pun, apa yang kita dah lakukan masa kita marah tu memang dah tak boleh ulang.
So...beware when u are angry..Ececeh kelaur ayat omputih dia.

Bila sedang bahagia pulak (ni kes bila dilamun cinta la ni)
Jangan mudah tabur janji, takut nanti kita tak turuti.
Kan dah mungkir janji, lagi-lagi buat pasangan yang hangat bercinta.
Serius, kita tak tahu siapa yang akan menjadi insan terakhir dalam hidup kita sebagai pasangan kita.
Jumpa dengan pelbagai orang, tapi belum tentu dia yang akan menjadi yang HALAL buat kita.
Jadi, fikir dahulu sebelum berkata-kata.


Jangan Mudah Buat Kesimpulan

Assalamualaikum.
Kita insan serba kekurangan, tidak sempurna jadi kita kena sentiasa perbaiki diri kita.
Kadang-kadang orang mudah buat kesimpulan diatas apa yang terjadi tanpa mengetahui asal-usul kejadian.
Bak kata orang putih "don't judge the book by it cover"
Nak tahu kebenaran?
Siasat dulu apa yang tejadi jangan main serkap jarang je.

Promote! Promote!

Assalamualaikum.
Lama dah tak menjengah disini sambil menaip nota cinta.
Mood masih lagi tak terkejar.
Ni lah jadinya bila kita terstop berblog, nak dapat balik mood menulis entri memang la payah.
Idea banyak, nak taip tu....teeettt...

Petang ni Yaya nak kongsi dengan pembaca semua tentang blogshop baru Yaya.
Bagi yang menjadi friend Yaya di facebook, pasti ada yang sedia maklum bahawa Yaya sekarang ni membuat bisnes doorgift dan banyak lagi.
Bagi sesiapa yang nak buat majlis tapi tak tahu nak bagi doorgift apa, boleh la intai2 di blogshop Yaya.
Klik header bawah ni dan anda akan dibawa terus ke blogshop Yaya.
(Jangan lupa follow sekali ye) >_<

Double Love Shop

Pemenang Barangan Pos dan Blog.

Assalamualaikum.
Macam yang Yaya dah janjikan semalam, hari ni Yaya akan umukan pemenang bagi barangan pos dan blog pula.
Bagi yang terlepas untuk tengok nama pemenang semalamboleh tengok SINI.
Bagi pemenang barangan pos, anda diminta menguhubungi pihak sponsor dengan menyatakan 
Saya..............................(Nama) pemenang barangan pos...............(apa) bagi meaningful birthday giveaway by cik yaya dari............................................(link blog)
Sertakan ...................nama, alamat dan no hp anda ye.
Bagi pemenang hadiah blog, korang boleh bagi nama dan korang menang ape ye.

Boleh cek no korang dekat SINI okay.

Sponsor oleh Wawa tuntut hadiah pada Yaya ye.

Gelang pandora x 3



shawl x 2



sponsor oleh Syira bloglist 2014 x 3





sponsor oleh Kathy bookmark hand made x 3





sponsor oleh Izza Sakura Illustri x 3





sponsor oleh Eza Ridzwan tupperware x 2




sponsor oleh Raja Norasiah tuntut dekat Yaya dulu.

Inner Bawal x 3





sponsor oleh Yumida  keychain england + mini sling bag (kid) x 1



sponsor oleh Madihah novel x 1



Alhamdulillah.
selesai hutang umunkan pemenang.
Thaniah kepada pemenang.
Dan kepada yang tidak, insyaAllah boleh cuba lagi kan ^_^
Kita join sebab nak enjoy ^_^
Nanti jangan serik join lagi GA Yaya tau.




Pemenang Topap Meaningful Birthday Giveaway

Assalamualaikum.
Macam yang Yaya war2kan dalam page tadi, malam ni Yaya akan umunkan pemenang toap dahulu kerana sponsor bahagian topap ni agak ramai. Pemenang bagi barangan pos dan yang lain akan diumunkan esok.
Semoga berjaya.

Bagi pemenang, anda diminta untuk menghubungi terus pihak sponsor dengan menyatakan
Saya..............................(Nama) pemenang topap bagi meaningful birthday giveaway by cik yaya dari............................................(link blog)
Sertakan ...................(jumlah) yang dimenangi dan rangkaian apa (maxis, celcom, digi)

Dan pemenangnya...


sponsor oleh Syaza Rm 5 x 2

http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://alyaa302.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html


sponsor oleh Fizi Rm 10 x 2

http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://diandiyanz.blogspot.com/2014/02/14-meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html


sponsor oleh Norlida Hidayu Rm 5 x 4

http://gurlgemini.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://superpapaya.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://sayasukagiveaways.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html


sponsor oleh Zayani

rm 10 x 1
http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

rm 5 x 1
http://johndownloadfree.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html


sponsor oleh Maisarah Rm 10 x 2

http://contenganmesra.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

http://www.fatindiana.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

Korang boleh cek no dan link disini mana tahu Yaya salah letak ke kan







Senarai Peserta Bermakna

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, semalam dengan rasminya tamatlah sudah GA yang telah Yaya langsungkan.
Sebelum nak random pemenang, molek lah korang cek link korang ada atau tidak.
Kalau ada jangan lupa mention no berapa ye.
Cara paling senang nak cari link korang { tekan ctrl tekan f }

  1. http://lorong-cinta.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  2. http://harxenharley.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  3. http://shafyqahazahar.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  4. http://sitizawiah95.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  5. http://sayasukaimaginasi.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  6. http://muslimahsejati96.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  7. http://littledayanastory.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  8. http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  9. http://fatinamdzfr.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  10. http://thesupersomething.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  11. http://missnadia26.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  12. http://diyanawan.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  13. http://ainexo96.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  14. http://gurlgemini.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  15. http://girlanddiary.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  16. http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  17. http://cek-asayangawak.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  18. http://ynarazali.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  19. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  20. http://aishotlovecontest.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  21. http://mamadarwiish.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  22. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  23. http://johndownloadfree.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  24. http://www.syuhadasalleh.my/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  25. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  26. http://rusukiri.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  27. http://eiraaikawa.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  28. http://vidolaaa.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  29. http://mardiahdiana.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  30. http://greennnpanda88contest.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  31. http://jihahjihahjihah.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  32. http://farraanuar.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  33. http://idreyldreams.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  34. http://lalazarryn.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  35. http://fairytaleeeeeee.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  36. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  37. http://nurulbalqisathirah.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  38. http://superpapaya.blogspot.com/2014/01/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  39. http://www.duniashida.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  40. http://balqislifestyle.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  41. http://awansamudera.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  42. http://aisyasakura.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  43. http://hunyieda.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  44. http://alfasyamimi.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya_1.html
  45. http://artisarainbow.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  46. http://babysiiwan.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  47. http://norshafikahaf.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  48. http://alyaa302.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  49. http://siniadagiveaway.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  50. http://permatacahayailmu.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  51. http://dramaticyang.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  52. http://diandiyanz.blogspot.com/2014/02/14-meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  53. http://www.nasznadzeri.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  54. http://www.mohdnaser.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  55. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  56. http://nenektanjung.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  57. http://liamsjuliet.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  58. http://acikdila.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  59. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  60. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  61. http://contenganmesra.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  62. http://sayasukagiveaways.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  63. http://nuurfarhani96-misswhiterose.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  64. http://ku-muslimah-biasa.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  65. http://dayathesixthblogtest.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  66. http://zahraslytherin.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  67. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  68. http://zafirahcahayakejayaan.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  69. http://batucoklat.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  70. http://nadcontestandgiveaway.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  71. http://akuayut.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  72. http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html?m=1
  73. http://puyibl.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  74. http://ceritahatiputriayu.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya_8.html
  75. http://giveawayterbaik.blogspot.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html
  76. http://www.fatindiana.com/2014/02/meaningful-birthday-giveaway-by-yaya.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...