Entri Terbaru

Kahwin Muda Sebab Gatal


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah dapat lagi bernafas dimuka bumi pinjaman Allah ini. Hari ini Yaya tertarik untuk membuat entri mengenai perkahwinan muda. Akhir-akhir ini dalam dua tiga tahun jugak macam tu lah kita sering mendengar berita tentang perkahwinan di usia muda. Barakallah. 

Terkadang bila niat kita baik, ada yang akan menguji kita. Ujian dari kata-kata, ujian hati. Pernah tak korang terdengar "Ala ni kahwin ni sebab gatal la ni", "Ni ke yang gatal nak kahwin tu?"...kata-kata seperti ini terkadang mengguris hati insan yang hendak berkahwin itu. Jika mereka berkahwin sebab gatal tanpa memikirkan tanggungjawab, maka rumah tangga yang dibina itu akan mempunyai masalah kelak. Kahwin bukan sebab gatal. Sebab mereka sudah rasa ada tanggungjawab, sebab mereka sudah bersedia untuk melaksanakan tugas dan melakukan salah satu daripada tuntutan agama. Jom kita analisis gambar diatas.

#1 TUNTUTAN AGAMA - perkahwinan merupakan tuntutan agama, sunnah Rasulullah.
#2 MENGELAK DARIPADA ZINA - dengannya pernikahan dapat mengelakkan pasangan daripada melakukan zina. Apabila sudah sah bernikah, apa yang dilakukan mendapat pahala. Kan bagus begitu? terhindar daripada melakukan dosa.
#3 MENJADI LEBIH BERTANGGUNGJAWAB - Dengan perkahwinan..suami dan si isteri akan merasa tanggungjawab yang lebih. Akan belajar untuk menjadi lebih matang. Perkahwinan mengajar kita menjadi seorang yang bertanggungjawab. Percayalah!
#4 MENIMBULKAN KETENANGAN JIWA - Bila dah berkahwin, nak jumpa pasangan korang mesti korang tak la rasa susah hati kan macam korang tak sah dulu. Bila si dia jauh pun tak la korang risau semacam kan sebab nanti balik kita akan jumpa dia dekat rumah. Ada je depan mata. Tak la dok fikir kemana la si dia pergi? dah makan ke? sihat ke?
#5 FIKIRAN LEBIH MATANG - bila sudah berumah tangga, pemikiran kita pasti akan lebih matang demi perhubungan itu. Bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang kita akan lebih matang. Kalau dulu kita suka buat sesuatu kerja tanpa motif atau suka-suka, kali ini kita akan lebih berfikir tentang diri kita dan maruah pasangan kita.
#6 MEMBAIKI DIRI- dengan adanya pasangan hidup kita, kita saling melengkapi..melengkapi kekurangan yang dia ada dan dia adalah pelengkap kita. Semua manusia tidak sempurna jadi pasangan kita dapat melihat kekurangan kita dan dia akan cuba memperbaiki atau menasihati kita agar kita dapat perbaiki kelemahan yang kita ada.
#7 PLAN JANGKA PANJANG - kali ni kita akan lebih memikirkan masa depan kita. Bila dah ada plan jangka panjang, senang lah sikit..tak de la kita buat kerja tak bertujuan. Maksudnya kita akan lebih fokus akan tujuan kita.
#8 SEKS YANG BERKUALITI - bab ni yaya kurang ilmu untuk bercerita. Sama-sama kita fikirkan ye >_<
#9 REZEKI BERTAMBAH - Dengan niat kita nak membina masjid pun sudah ada mendapat rezeki. Rezeki mempunyai isteri. Pernah tak korang dengar atau mengalami situasi dimana pasangan ni mendapat rezeki sebelum diijabkabulkan. Tengok, Allah tu Maha Pemurah, baru nak bina masjid pun Allah dah mudahkan jalan kita. Rezeki ni datang dari banyak punca, anak pun juga sumber rezeki.
#10 JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA KALAU TAKNAK DIKEBAS ORANG LAIN - kalau rasa dah sedia, dah berkemampuan maka lamarlah sidia menjadi yang halal buatmu, pintalah si dia menjadi imammu. Mampu ni in Shaa Allah ramai lelaki yang mampu cumanya yang buat jadi tak mampu bila persiapan untuk majlis tu memakan wang yang banyak, tinggi, mahal..gadis-gadis, jangan minta sampai si dia tak mampu.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.”

Bukan gatal mereka berkahwin, tapi mereka nak pelihara agama kita yang suci ini daripada di cemari dengan pelbagai perkara terlarang. Bagi yang berkata dan berfikiran sebegini "gatal"..maaf..sila positifkan minda anda kerana ayat ini mampu menyakiti hati insan lain termasuk juga yaya. Memang sakit rasanya bila ada yang berkata begini. 

Sekian, andai tersalah kata , maaf dipinta.

Menangani Kawan Panas Baran

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih dapat bernafas dimuka bumi pinjaman Allah ini. Macam mana cuaca ditempat korang? Hujan tak? Alhamdulillah semenjak dua menjak ni hujan membasahi bumi yang sebelum ini menanti dan terus berharap hujan kan turun dan akhirnya turun juga berlarutan. Tak silap Yaya kat Shah Alam ni dalam 2-3 hari la hujan pastu henti pastu hujan. Nak dapatkan sesuatu Allah tak bagi terus kadang-kadang. Allah nak kita usaha dan terus usaha meminta macam mana kita semua sedang mendoakan agar pesawat yang hilang tu dijumpai. Dah lama juga kan rasanya kita berdoa agar Allah menurunkan hujan dan baru kini Allah makbulkan. Kenapa? Ada hikmat dan musabab disebalik semua ini. Lepas ni dok sah merungut lagi ye.

Dah lari tajuk rasanya Yaya ni. Petang ni nak story mory pasal kawan yang panas baran. Ada masalah sikit je, cepat je dia melenting, naik angin dan marah. Tak kisah la sama ada pada kita atau pada orang lain. Tapi kalau asyik cepat panas je dekat kita, kita pun angin juga bukan? Baiklah, api tidak boleh lawan dengan api. Kita padamkan dia dengan hujan. Amboi hujan ha amik ko( bia cepat padam).. Hehe.. Bila korang ada kawan macam ni, mula2 sekali cuba tenangkan dia. Sedarkan dia dan minta dia beristighfar. Ingatkan kembali padanya bahawa marah itu kawan syaitan. Cakap dengan nada yang lembut. In shaa Allah marah dia akan berkurang perlahan-lahan. Ingat, handle dengan penuh hikmat. Kata-kata yang lembut mampu menyejukkan hati yang sedang panas.


Posted via Blogaway

Perkara Paling Dekat dengan Kita.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Okay dah mula rindu nak menaip dan berceloteh dekat teratak cinta Yaya ni. Sah tak boleh nak tinggal lelama. Kali ni Yaya nak kongsi sesuatu dengan pembaca semua. Sesuatu yang pasti akan terjadi. Pasti kita akan laluinya juga sama ada cepat atau lambat.

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab : "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu BENAR. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATISebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Q.S. Ali Imran [3] : 185 "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan".)

Sesungguhnya kematian itu adalah dekat. Sangat dekat dengan kita cuma kita saja yang terkadang leka, tidak sedar akan hal ini. Allah...Allah...tatkala berbicara soal kematian, banyak sangat tanda tanya. Bersediakah aku? Sudah cukupkah amalan aku untuk dibawa kesana nanti? Khilaf rasanya diri ini bila dibandingkan amalanku dan dosa yang pernah ku perbuat sehingga sekarang ini. Dosa...dosa tak pernah henti dan syaitan kan cuba berbisik serta menghasut kita sehingga saat kita sedang bertarung dengan sakaratul maut.

 Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha” (At-Tahrim: 8).

Taubat nasuha adalah taubat dengan bersungguh-sungguh. Sebagai seorang Islam yang berakal, pastinya kita mahu menjadi yang terbaik dan buat yang terbaik untuk diri kita bukan? Taubat lah, taubat bila melakukan kesalahan dan berjanji pada diri yang kita tidak akan mengulanginya lagi. Sungguh! Selagi kita berpeluang bernafas, selagi itu kita masih lagi bisa memohon keampunan. Masih ada lagi peluang untuk kita. Ia terpulang kepada diri kita sama ada mahu memanfaatkan peluang itu atau tidak. Pilihan ada ditangan kita jadi pilihlah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Tambah amalan kita, topap selagi boleh dan paling penting istiqamah. 


Masa yang Padat

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulilah masih dapat menapak dan bernafas dimuka bumi pinjaman Allah hari ni.
Alhamdulillah, Allah pinjamkan sehari lagi untuk hambanya yang khilaf ini.
الله اكبر
Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu yang bermakna disini.
Maaf.
Kekangan waktu.
Wujudnya entri ni bagi menceritakan bahawa lepas ini blog ni akan sunyi buat seketika.
Akan menghilang dan akan dilupakan semua.
Seketika sahaja.
Mungkin.
Dah masuk minggu kedua Yaya menyambung pelajaran dan sudah mula banyak tugasan yang diterima jadi memang sukar nak mengupdate blog.
Pagi-pagi dah memulakan langkah, dah pergi berjihad.
Tengahari atau petang karang baru balik dan semestinyalah penat bukan?
Sebelum tidur ulangkaji dulu.
See???
Yaya tak ada masa nak jengah blog.
Bukanlah tiada masa, boleh je nak jengah tapi bila jengah nanti tak terbuat kerja lain.
Itulah masalah Yaya ni.
Jadi lebih baik Yaya stop kejap, bekorban demi masa depan.
Chayok2!!
Pada semua yang singgah, TERIMA KASIH.
Maaf kalau Yaya tak dapat nak balas kunjungan.
btw, jangan lupakan diriku ini..
Ecececeh.. (ayat sedih)
Akhir bicara, SAYONARA 

Welcome sem 2





Assalamualaikum. Bagi pengetahuan semua, sem 2 Yaya di uitm Shah Alam telah pun bermula minggu ni. Itu sebab lah terdapat kekangan waktu dalam mengupdate entri. Buat yang singgah ke teratak cinta saya ni, maaf diucapkan kerana tiada balasan kunjungan. In Shaa Allah nanti bila berkesempatan, sampailah Yaya ke tempat korang pulak. Sebelum habis, lihatlah gelagat kami2 ni.

I'm Lost !!!


Assalamualaikum.
Ni kisah cemas plus lawak petang tadi lepas habis kelas.
Yaya dengan penuh yakin pun memandulah dengan tenang, tetapi tiba di suatu persimpangan...
jeng jeng jeng...
baru aku sedar yang aku dah salah jalan!
aku sesat woo!!
oh tidak..
si budak gabra ni mula lah nak meleleh air mata rasanya..
sampai masuk lebuh raya..
nasib baik dekat je lepas tu ada simpang masuk shah alam...
tapi Yaya still tak reti n hafal lagi jalan dekat sini..
nasib baik lah ada app waze ada(install atas nasihat abang Yaya)
Yaya pun stop la kejap then on waze..
Alhamdulillah...
dah sampai seksyen 2...
tapiiiiii...
still sesat dalam taman tu, dah la tetiba teringat cerita rumah murah rm 50 dekat taman ni..
dengan jalan yang sunyi, aku mula seram sejuk...
yaya stop, bertenang dan taip terus alamat rumah..
kalaulah dari lebuh raya tadi yaya taip alamat rumah kan senang..
bak kata ARJ, ini adalah ujian untuk hari ini.
Alhamdulillah dapat hadapinya..

Nota hati : lepas ni kena hafal betul ni kalau tak parah.


Too Tired


Assalamualaikum semua.
Kan dah cakap, 2 hari tak terusik blog ni.
Nak jenguk pun tak lalu.
Sekarang ni pun penat mengemas rumah tak hilang lagi.
Biasalah kan kalau pindah rumah ni, memang banyak kena kemas.
Mata ni pun berat lagi rasanya, jap lagi pkol 10 dah kene pagi kelas dah.
Sem2 selamat datang ^_^ walaupun badan kurang sihat dan mata tak rasa bertenaga.
Ya Allah berilah aku kekuatan.
Yaya kembali ke bumi Shah Alam untuk meneruskan kembali perjuangan.
Adakah ini yang dipanggil monday blues? =='
Ok lah, Yaya masih mencari mood nak update entri..
Tunggu lah malam ni kalau ada, Yaya sempat update blouse muslimah je dekat page niaga..
Nak cari blouse muslimah yang sesuai?
saiz dari S hingga 4XL..
jom singgah SINI.

Menghitung Detik


Assalamualaikum dan selamat pagi. ~ menghitung hari detik demi detik ~ okay fikiran ku melayang-layang wajahmu terbayang-bayang, orang yang ku sayang sayang kini tlah diambil orang. pagi ni mood tak menentu, agak2 kurang sikit. Lagi beberapa jam je lagi nak berangkat pergi balik rumah kedua. Sejak bila Yaya ada rumah ke dua ni? sejak I daftar menjadi pelajar UiTM Shah Alam. Arrggghhhh!!! tak mahu balik boleh? =='
Semalam mak kata "cuti lagi lah Yah"..Dalam hati Yaya (mak sedih la tu)..hei aku pun jadi sedih jugak ni. Dulu masa sem 1 tak de la rasa homesick macam ni. Kui kui. Apa nak jadi ni Yaya?

Semalam abah dah siap-siap anta my baby pegi servis, maklumlah Yaya ni bukannya reti sangat pun. Banyak jugak la habis. Thanks abah. Gambar kat atas ni bukan my baby tau, ni gambar pinjam google je, yang pasti my baby pun omai macam ni jugak. Okay la, Yaya nak sambung kemas apa yang patut. Jumpa lagi korang. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai ye ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...