Entri Terbaru

Andai Dia Bukan Untukku


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sudah lama tidak mencoretkan sesuatu yang indah disini. Oh tuntutan dunia. Kali ni nak cerita tentang jodoh. Selalu cerita ciri-ciri lelaki, cara mereka, tanda-tanda jodoh kita tapi kali ni nak cerita KALAU DIA BUKAN UNTUK KITA, KALAU DIA SEBENARNYA TAK TERTULIS UNTUK KITA

Fitrah manusia mahukan kasih sayang, menyayangi dan rasa disayangi. Siapa yang sanggup berpisah dengan insan yang di sayang? Couple boleh putus, tunang boleh putus dan kahwin boleh cerai. Tapi seeloknya bila sudah mendirikan rumah tangga, kita akan cuba pertahankan hubungan yang telah halal terjalin itu bukan? tapi andai itu memang sudah bukan jodoh kita, pasti kita berpisah juga. Bukan salah sesiapa, mungkin itu adalah petunjuk dari Allah. Kita yakin dan berserah dengan apa yang telah berlaku.

Ada sesetengah perempuan yang takut untuk membuat solat istikharah atau meminta petunjuk daripada Allah adakah si jejaka itu jodohnya setelah dia mendapat cinta dan kebahagiaan itu. Sebab? Sebab mereka tak sedia untuk berpisah? Takutkah kecewa dengan perancangan Allah? Yakin lah, walau cinta mana pun kita pada dia, tapi Allah kata itu bukan untuk kamu, maknanya bukannya. Cara untuk berdoa memohon petunjuk atau kekuatan hati kita untuk cinta. Meh sini Yaya kongsikan doa yang selalu Yaya amalkan. 

"Ya Allah, jika dia adalah benar jodohku maka satukanlah hatinya dengan hatiku, namun jika tidak pisahkanlah kami dengan cara yang terbaik."
"Ya Allah...aku menyayangi dia, tuntunkanlah hati aku dan hatinya dalam cintamu."

Bila doa begini, maknanya kita berserah dan bersedia sebarang kebarangkalian yang akan berlaku pada hubungan ini. Dengan cara begini kita lebih meredhai andai hubungan itu tak berakhir dengan lafaz halal. Namun, ada yang berdoa sebegini 

"Ya Allah, satukahlah aku dengan (sipulan bin sipulan) dan jangan pisahkan kami."

Tak salah berdoa sebegini, hak individu tapi cuba kita selidiki balik doa diatas. Kita meminta pada Allah untuk menyatukan kita dengan sidia. Andai kata dia bukan dan memang tak tertulis untuk kita, bermakna kita telah meminta sesuatu yang tidak baik. Maknanya Allah bukan rancangkan kita dengan dia, tapi kita tetap berdegil mahukannya. Sebab tu berdoa minta yang terbaik, bukan minta apa yang ada didepan mata. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, tapi kita still harap dia, takut kita akan menyesal dikemudian hari. Serupa macam bila kita nak kerja misalnya, tapi parents kita tak bagi suruh sambung belajar. Mungkin ada yang terbaik untuk kita. Kan?

*****
Masuk bab bagaimana sepasang kekasih itu boleh berpisah? Samaada perpisahan ini diminta oleh lelaki ataupun perempuan atau mungkin sebab orang ketiga. Kalau orang ketiga ni memang mudah la kan, tinggalkan aje. Tapi masih ada lagi kekasih yang sanggup bersabar dan menunggu andai kekasih dia ada orang lain.

Memang ada yang cakap bercinta selepas nikah itu indah tapi tak semua orang mampu. Yaya pun tak mampu. Ikatan pertunangan itu adalah tempoh untuk kita mengenali hati pasangan kita(ni bagi yang kenal terus tunang la macam Yaya). Yaya belajar kenal dia dan dalam tempoh itu Yaya dapat tahu cara dia. Dalam pertunangan adalah tempoh untuk mengenali, andai kita rasa kita mampu untuk hidup dengan dia, kita teruskan namun jika tidak masih belum terlambat untuk kita memutuskan. Mind set orang zaman sekarang ni, kalau tunang, kena kahwin jugak. Mungkin mereka melihat itu sebagai suatu yang memalukan bila kita putus tunang bukan? Tapi jangan hirau kata orang, yang nak hidup dengan dia bukan mereka tapi kita. Buat apa kahwin kalau tak bahagia? Betul tak? 

Ada sesetengah orang pula, mereka suka mengenali pasangan mereka bertahun-tahun dan dari situ kita dah masak dengan perangai dia. Sebab tu ada yang dah kenal 6 tahun, tunang kejap je then terus nikah. Mereka yakin dengan keputusan mereka. Mereka tahu mereka boleh bahagia dengan pilihan mereka. Tapi ada juga yang sudah bercinta bertahun-tahun tapi at the end mereka bawa haluan masing-masing. why???
Mungkin.....
  • Mereka sudah tidak tahan lagi dengan pasangan mereka, mungkin pasangan mereka selalu marah, kuat cemburu, tuduh yang bukan-bukan. Ada sesetengah kekasih yang akan berfikiran pelik-pelik yang meragukan kekasihnya kerana terlalu sayang. Parah ni. Namanya cemburu buta. Jangan buat selalu dan better hindarkan sebab orang punya tahap kesabaran masing-masing. Mungkin bila pasangannya dan penat + bosan kena tuduh, then dia tinggalkan korang. Cane? 
  • Pasangan yang tidak memahami. Mula-mula dulu kata akan cuba faham tapi akhirnya macam-macam masalah timbul. 
  • Pasangan berubah dari 0% ke 100%. Berubah ni bukan dari hati saja, perangai yang berubah. Dulu masa mula-mula kenal, sikit pun nak jentik..sayang, tapi bila dah lama mula la tunjuk belang dia. Bila dah dapat mula la rasa macam dia tu milik kita, sesuka hati je nak buat ape kan? Hei ingat, dorang ada mak bapak okay. 
  • Pasangan dah tiada hati dengan pasangannya. Sebab? sebabkan perangainya yang still tak berubah. Dah bagi peluang berkali-kali tapi tetap tak nak berubah. Ingat hati ni lembut tau lebih lagi hati perempuan tapi sekali hati perempuan tu dah jadi keras, tak mahu dekat awak, sorry to say la. 
Sebabkan Yaya ni perempuan, jadi Yaya nak bagi tahu kepada Adam-Adam sekalian bahawa hati perempuan ni lembut. Bila dia sayang seseorang, maknanya tak akan ada lelaki lain dalam hatinya. Tak kisahlah dia beritahu atau dia sembunyikan. Tapi jika ada yang melukakan hatinya, susah kami ni nak maafkan. Mungkin maafkan boleh tapi dah tak boleh nak menerima. Jadi, tolong jaga hati kami-kami ni jika tak nak kehilangan. 


Yaya suka gak dengan kata-kata UAI ni.. Hati rasa tenang. Mungkin dulu dengan dia kamu happy, tenang..tapi ditengah, kamu asyik bergaduh sahaja, ada sahaja yang tak kena. Doa pada Allah, "Ya Allah, betulkah dia." Nak berkata soal hati dan jodoh ni, Yaya bukanlah pandai dan mahir. Kahwin pun belum, tapi mungkin pengalaman yang mengajar bukan? Pernah dengar tak ayat ni "Allah temukan kita dengan orang yang salah sebab Allah nak jumpakan kita dengan orang yang betul selepas itu." Ambillah sesuatu dari pengalaman kerana pengalaman adalah guru kita. Pengalaman memberi kita pengajaran yang bermakna. Indahnya pengalaman itu hanya kita sahaja yang tahu andai kita ambilnya sebagai suatu yang positif walaupun sebenarnya pahit untuk ditelan. Lailatul saedah ^_^.




Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

 

Assalamualaikum semua. Mungkin tak terlambat untuk Yaya ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya untuk ditemuduga bagi bidang ini. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Ada adik-adik sekolah lama Yaya pm Yaya bertanya mengenai persediaan untuk temuduga. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka :

Apa yang akan ditanya oleh penemuduga?
  • Masa akak dulu mereka suruh cerita mengenai latar belakang.
  • Kenapa pilih bidang ni.
  • Terdapat satu, dua soalan yang berkaitan Bahasa Melayu (yang ni Yaya tak boleh nak bagi tahu dan agak apa yang akan ditanya la) Masa Yaya dulu dia tanya nama tokoh Bahasa.
  • Lepas tu dia suruh kita cerita hobi kita tapi kena speaking. (Dia nak tengok kebolehan kita berbahasa Inggeris).
Apa yang korang kena sedia?
  • Mental (penting wow)..hehe..jaga kesihatan, kalau agak macam nak sakit ke cepat-cepat makan ubat tau.
  • Fizikal (dari segi penampilan kena kemas, jangan pulak pakai selipar pergi temuduga, pakailah kasut bersarung).
  • Pakai baju cantik-cantik
Apa perlu buat masa temuduga.
  • Tenang sahaja. (kalau seram ke, bedebar ke buat cool je, jangan nampak sangat.) sebab sesetengah orang bila bedebar mulala ayat dia tonggang tebalik.
  • Masuk bagi salam dan kalau ada penemuduga yang non-muslim ucap selamat sejahtera ke selamat pagi ke kan.
  • Senyum (ini penting) Yaya dulu suka senyum sebab nak cover debornye tu.
  • Panggilan hormat, tak kisah la penemuduga itu dilihat macam kerani sekali pun, ingat bahawa mereka adalah dikalangan pensyarah. Sebab kadang-kala penampilan pensyarah ni sempoi2 je sampai dianggap macam kerani.
  • Kalau dia muda, jangan panggil kak. Ingat! Puan. Panggilan hormat walaupun kita tak tahu samaada dia dah kahwin atau belum  sebab pensyarah dekat APB ni walau dah anak dua masih nampak macam bujang lagi tau.
  • Jawab dengan yakin. Ingat! YAKIN!!! kalau tak yakin macam mana nak yakinkan penemuduga tu kan?
Baiklah, ini sahaja yang Yaya dapat kongsi, kalau ada pape yang nak tanya boleh tanya dekat fb Yaya dekat [SINI].

Persatuan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

Assalamualaikum dan selamat malam. Dah berminggu tidak melunagkan masa bersama kecintaan Yaya ni. Maaf, sangat sibuk dengan tuntutan-tuntutan lain. Tengok tajuk entri "PERSATUAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI PROFESIONAL". Apa benda yang Yaya nak cerita kat semua malam ni? Baiklah, persatuan ini merupakan persatuan untuk course Yaya iaitu Pengajian Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Persatuan ini juga di panggil BMKP. Kenapa Yaya bercerita mengenai persatuan ini? Kerana Yaya mendapat pengalaman yang bermakna yang bukan semua orang boleh dapat.

Untuk pengetahuan semua Yaya telah diberi amanah untuk memegang jawatan bendahari dalam persatuan. Walaupun dengar macam biasa je jawatan ni, tapi sebenarnya mencabar jugak. Kerja baru bila kita kena uruskan pelbagai perkara seperti urusan keluar masuk duit, kira-kira dan banyak lagi kerja yang berkaitan bendahari. Itu satu, bila dalam persatuan, akan ada program lain yang diadakan dan bagi setiap program, ajak akan berubah. Maksudnya kita tidak akan memegang jawatan hakiki kita.


Baru-baru ini iaitu pada hari Ahad lepas, telah berlangsungnya program #KamiCEMERLANG14 di auditorium akademi pengajian bahasa dan Yaya telah dilantik sebagai setiausaha. Mula-mula weyh macam susah je nak jadi tukang catit ni. Semua benda kena catit, perjalanan prigram semua lah. Tapi at the end masa nak siapkan report keseluruhan program ni, baru Yaya rasa senang sebenarnya kerja s/u ni janji kita tahu bagaimana nak buat. Tapi kalau tahu je tapi still malas susah jugak. Tak dinafikan banyak kerja kena buat, buat surat tajaan, minit mesyuarat, siapkan report dan banyak lagi lah. Tapi memang best. Bagi Yaya ini pengalaman yang baru dan bermakna sebab Yaya takkan dapat didalam kelas. Mungkin didalam kelas memang kita diajar bagaimana cara membuat surat rasmi, minit mesyuarat dan sebagainya tapi kita tidak praktikkan diluar bukan? Kalau dalam periksa je la mungkin. Program akan datang Yaya dilantik menjadi timbalan pengarah. Tugas baru lagi dan saya sukakannya ^___^

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.


"Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih"


Pemilihan pemenang:

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20

KLIK BANNER untuk sertai.

Sem 2 yang mencabar


Assalamualaikum semua..ZZzzzzZzzz..dah lama rasanya tak update blog..tapi tak update pun tetap jengah blog sebab rindu kot..eeerrr..macam mana nak explainkan perasaan ni ye? Mesti nanti orang cakap Yaya tak betul..whatever.. >_<

Sem ni rasanya mencabar bagi Yaya berbanding sem lepas. Memang mencabar dengan assignment individunya yang agak senang dan assignment kumpulan yang bakal bentang..ngrrr..ditambah lagi dengan jawatan Yaya sebagai bendahari persatuan dekat akademi..bertambah kot mencabarnya..mana taknyer masa tu sangat-sangatlah berharga.

Jawabnya dah 2-3 minggu jugaklah tidur tak menentu tapi lately dah boleh biasakan tidur kejap je then terus berjaga buat assignment. Memang la tak baik untuk kesihatan kan tapi nak buat macam mana. Nampak gayanya blog ini akan benar-benar terabai (tak berupdate) untuk beberapa minggu..tunggu betul-betul free baru la boleh bermanja balik dengan blog ni..k la korang..masa terhad..selamat malam..nak sambung assignment..


Contact Me

Assalamualaikum semua.
Kepada sesiapa yang nak yaya review produk, online shop, butik, kumpul dana atau apa sahaja urusan sila email kepada flih.atoz@gmail.com atau pm Yaya di page dan facebook Yaya di [SINI]

pakej yang ditawarkan

  • review blog + promote di facebook/page dan twitter = RM 10
  • review produk + promote di facebook/page dan twitter =  RM 15
  • review online shop/butik + promote di facebook/page dan twitter = RM 30
  • review lain-lain = bayaran akan dipertimbangkan


Review


PRODUCT

 BLOG

in progress

ONLINE SHOP/BUTIK

in progress

OTHERS

in progress

Pemberian Vs Sendiri


Assalamualaikum dan selamat malam..beginilah life Yaya sekarang yang macam burung hantu..pagi tidur malam berjaga tapi pagi tu tak lah tidur memanjang, ada kelas, ada aktiviti lain dan sebagainya..Yaya akan memperuntukkan tidur sehari selama 6 jam sahaja..tak kiralah kalau siang dah tidur 2 jam kan, nanti Yaya akan tidur lagi 4 jam je..macam tu la seterusnya..

okay, kali ni Yaya nak cerita pasal pemberian dan sendirian berhad..apa beza perasaan kita bila ada yang beri kita hadiah?? mestilah best kan? rasa macam nak lompat-lompat..senyuman tu dari first dapat hadiah sampai tidur malam besoknya bangun pagi tak lekang-lekang lagi..macam tu la rasanya..seronok tak terkata sebab rasa ada yang hargai kita..tapi kalau kita yang beli sesuatu barang itu sendiri dengan duit kita, mesti kita rasa biasa-biasa je bukan? memang la suka tapi lagi double triple sukakan kalau orang bagi?

Hadiah walau murah mana benda tu, walau biasa sahaja tapi pasti kita akan harga bukan? misalnya, sebatang aiskrim, memang boleh je kalau kita nak beli tapi kalau orang yang bagi pasti kita rasa..Ya Allah..bersyukurnya aku..sebab apa? sebab ada yang sudi hargai aku, ada yang sudi belanja aku, ada yang sudi beri sesuatu pada aku..betul tak?? kalau macam tu jangan lupa beri hadiah pada yaya ye..eh..apa motif?? bukan lah, maksud Yaya kalau nak buat orang sekeliling kita gembira, beri la mereka sesuatu..lagi2 kalau mereka tengah berduka, pasti kurang sikit sedihnya..

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




(Minum Ephyra setiap hari,
Ephyra diminum oleh Syamimi,
Semakin cantik semakin berseri,
Menjadi pemikat hati suami.)

Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...