Entri Terbaru

Hati

Kenapa kita sering membenarkan hati kita terluka? Disakiti. Berulang kali.

Kenapa kita teruskan satu perhubungan andai hati sudah tak rela?

Kenapa mudah ucap sayang tapi tidak reti menghargai?

Kenapa datang kalau tiada niat untuk terus tinggal?

Kenapa menyiksa satu perasaan demi kepentingan sendiri?

KENAPA???!

Kerja Lagi


Assalamualaikum dan selamat hari sabtu ^_^
Jalan depan ni pun sudah jem.
Ramai yang pulang ke kampung.
Yaya seperti tahun-tahun sebelum ni lah, tak balik kampung pun :'( (uuwwaaa sedih) nak rasa balik kampung.
Kampung dekat je kat belakang rumah satu dan kampung mak mengambil masa 10-15 minit untuk sampai.
Kita relax2 dulu kan dekat tempat kerja ni.
Bos kata kalau petang tu agak dah tak de orang boleh cau..hehe
Nasib baik baju raya kedua dah siap pagi tadi, lepas ni nak siapkan baju anak buah kesayangan pulak lepas tu tolong abah buat rendang daging dan serunding ayam.
Maklumlah adik-beradik sikit, kena lah lebih tangan sikit.
Lagi pun Yaya je tinggal anak perempuan, kakak dah kahwin jadi lebih tanggungjawab dia pada keluarganya.
Lagi 2 lelaki, abang dan adik. Boleh la mereka bantu-bantu jugak.
Oklah semua, selamat bercuti. Jaga diri jaga kesihatan.
Makan kawal jangan ikut nafsu nanti merana pulak.



Aurat Wanita


Assalamualaikum dan selamat petang.
Aurat wanita.
Mungkin kita tahu tapi tak semua.
Bersalam dengan bang ipar yang kita dah terbiasa.
Jadi, kita semak balik adakah boleh untuk aku bersentuhan dengannya?
Jom semak diri ^_^
semoga mendapat manfaat.

Diari dan Surat Cinta

  

Diari dan surat atau lebih dipanggil surat cinta sebab orang bercinta yang gemar berutus surat ni. Ala-ala zaman dulu kan. Tak kisah la surat tu nak bagi adik, abang, kakak angkat, mak abah, kekasih, sahabat atau sesiapa sahaja. Relevankah semua ini pada zaman kini?

DIARI | Masih ramaikah orang yang mempunyai diari? Pastinya lebih ramai kaum Hawa dari Adam. Kalau Yaya, Yes! I masih tulis diari walaupun dah tua begini. Diari adalah satu tempat dimana kita menulis semua rahsia yang tidak dapat kita kongsikan pada orang lain. Hanya pada diri kita sendiri. Sebenarnya kita kongsikan balik pada kita dan tulis diari merupakan inisiatif agar rahsia itu tak hilang. Cuba baca balik diari lama-lama, mesti korang akan tersengih sendiri dengan ayat yang berbunga-bunga (maklumlah tengah sakan bercinta), ayat yang skema poyo dan bermacam lagi. Yaya start menulis diari ketika form 1. Masa tu dok hostel kan, dan baru pulak nak meningkat remaja jadi macam-macam la kejadian yang berlaku. So kita simpan dalam tu. Lagi satu Yaya ni tak suka sangat nak kongsi dengan orang, jadi Yaya buat keputusan untuk mempunyai diari. 

Ada sebab kenapa seseorang tu berhenti daripada menulis diari. Antara sebabnya adalah :
  • Dia dah penat untuk menulis dan menganggap diari dah tak penting lagi.
  • Kekangan waktu yang membuatkan lama-kelamaan daya untuk menulis diari itu hilang.
  • Sudah serik kerana ada orang lain yang pernah membaca diarinya.
haa..untuk sebab yang terakhir tu kalau jadi kat Yaya memang nak kena la orang yang baca tu. Tak siapa suka diarinya dibaca orang. Nama pun diari kan? Kecuali la si empunya tu mengizinkan. Privacy weyh. Tapi kalau jadi kat Yaya, yaya takkan serik untuk terus menulis. ^_^ tapi sekarang masih ada yang menulis diari tapi bukan didalam buku, tetapi didalam telefon pintar mereka sebab senang orang tak boleh baca sebab ada password..haha.. padan muka.

SURAT| Kalau surat rasmi masih lagi lah digunakan sekarang ni. Cuma macam surat2 luahan isi hati ke, surat cinta ke kan nak bagi insan tersayang. Yaya tak pasti ramai atau tak yang masih melakukan sebegini. Sekarang kan dah canggih, whatsapp je la kan? Tak payah nak bersurat bagai. Tapi Yaya ni masih lagi menulis surat kepada orang. Tak kisah la sesiapa. Sebab kadang2 ada benda yang kita tak boleh nak terus dari pesanan ringkas sms sahaja. Dan Yaya ni jenis suka baca balik dan boleh buat jadi bahan bukti kan? hehe. Tulis surat sweet apa. Cubalah. Cuba bagi dekat suami dan jangan lupa minta dia balas k. >_<

Take It or Leave It





Assalamualaikum.
Morning fella ^_^
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Amin.
Langkah dengan Bismillah.
TAKE IT or LEAVE IT.
Tak payah Yaya nak bebel pepanjang, mesti semua boleh faham kan maknanya.
Ambil atau tinggalkan.
Pilihan ditangan kita.
Jika kita rasa benda itu elok, ambillah namun jika kita rasa itu tidak baik, tinggalkan.
Tak tahu mana nak piih?
Istikharah.
Istikharah ni bukan untuk jodoh sahaja tau tapi niatkan untuk mendapat yang terbaik dalam setiap perbuatan paling senang dalam kehidupan lah kan.
Mimpi adalah selemah-lemah petanda, kata hati adalah jawapan bagi selamanya.
Kuat kata hati, itulah dia.
Tapi ada yang kata "ikut juga kata hati, tapi lain pula jadinya"
Antara bersedia atau tergesa-gesa.
Doa dahulu yang penting.
Semoga mendapat pilihan yang terbaik.

Rahsia|Tak semua boleh dikongsi


Rahsia kan tetap rahsia.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rahsia ialah benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja)

Rahsia adalah satu kisah hidup yang memberi seribu makna buat diri tak kiralah ianya manis atau pahit. Mengembirakana tau melukakan. Bahagia atau derita. Aib atau bangga. Ia akan tetap jadi rahsia.

Namun terkadang kita memerlukan teman atau seseorang untuk menjadi telinga buat kita kerana kita tak mampu menanggungnya sendiri. Bila berkongsi rahsia kita akan rasa lebih lega. Tak kisahlah masalah atau khabar gembira buat diri.

Tapi bukan semua orang boleh menjadi telinga buat kita kerana kadang-kadang mereka memberi jawapan yang jauh menyimpang malah lebih teruk lagi jawapan mereka makin menjatuhkan semangat kita dan terkadang mereka tidak mengalami seperti yang kita alami jadi mereka akan memberi jawapan yang tidak boleh diterima pakai. See. Bukan semua boleh jadi telinga. Kalau hari ni dialah telinga yang setia namun besok boleh tentu lagi sebab masalah kita tak sama.



Wahai bakal Zaujku



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintaiMu. 
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu 
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu. 
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. 
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu. 
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu. 
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. 
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu. 
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah berjumpa pada taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMU,telah berpadu dalam membela syariatMu. 
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. 
Tunjukkanlah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. 
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalanMu.



Wahai bakal Zaujku, saat kau membaca coretan ini..
aku mahu kau tahu bahawa aku disini sedang memperbaiki diriku untuk yang lebih baik..
aku tahu kau juga sedang mencuba untuk jadi yang terbaik untukku.


Wahai bakal Zaujku..
Aku akan sentiasa menunggu akan lafaz akadmu agar aku menjadi yang halal buat kamu.
Aku disini akan menanti sehingga saat itu.


Wahai bakal Zaujku,
yakinlah dengan janji Allah.
Andai tiba masanya, kita akan bersatu jua dalam ikatan yang suci ini.


Aku akan sentiasa menunggu dan menanti saat ini.
Semoga rasa ini diberkati.
Amin Ya Robb

Siksanya mencintai


Bukan mudah untuk menahan rasa cemburu tatkala melihat insan yang kamu sayang bersama dengan orang lain walaupun kamu hanya menyayanginya dalam diam.
Wanita..selalu bermian dengan emosinya.
Ya! wanita dan emosi tidak dapat dipisahkan.
Namun, seorang wanita itu tetap kuat saat membenarkan suaminya untuk bernikah satu lagi walaupun tiap hari dia terpaksa mengalirkan air mata. Walau dia tahu itu memang melukakan.
Saat cintanya seorang wanita kepada bakal imamnya, itu bermakna dia meletakkan sepenuh kesetiaannya kepada lelaki itu walau dia tahu lelaki yang bakal dinikahi itu akan bernikah lagi.
Kerana cintanya, wanita terluka.
Wanita sanggup menahan luka demi orang yang dicintainya.
Wanita mana yang tidak mahu melihat kekasihnya berduka?
Pengorbanan yang amat besar dan bernilai.
Wanita lebih banyak menangis apabila mencintai seseorang kerana dia akan lebih mementingkan perasaan kekasihnya berbanding perasaannya sendiri.
Wanita..kaum yang kuat walau fizikalnya lemah.

Wordless Wednesday|Tak selalu indah


Hidup tak selalunya indah, tapi yang indah akan tetap hidup dalam kenangan.
Kenangan memang tak dapat dilupakan walaupun si pelakonnya merupakan orang yang paling menyakitkan hati kerana kenangan itu tersimpan seribu satu makna buat diri. Mungkin yang pahit sukar muncul tapi darinyalah kita belajar tentang kehidupan. Yang manis pula memberi penyeri tiap langkahmu walupun ia hanyalah kenangan.

Wordless Wednesday|Lillahitaala


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Syukur dapat lagi menebus dosa-dosa lalu dengan dihidupkan hari ini.
Mulakan langkah kita dengan niat kerana Allah, in syaa Allah segalanya akan baik dan merasa ikhlas dalam setiap perbuatan kita.
Jangan lupa dimaniskan lagi dengan senyuman semoga aura positif sentiasa ada.
Selamat menjalani ibadat ^_^



Raya|Cuti Seminggu


RAYA|CUTI SEMINGGU | Bila blogwalking, hampir semua blogger bercerita tentang persiapan raya mereka. Cerita dari kisah pulang ke kampung, kuih muih dan kek raya, baju raya dan semua tentang raya. Yaya? Apa kaitan gambar diatas dengan persiapan raya Yaya?

Melihat tajuk tu, pasti ramai suka bila dapat cuti lama kan raya nanti. Yeah memang la Yaya suka tapi mood nak raya kali ni kurang sikit la. Mungkin disebabkan banyak perkara yang berlaku pada diri dan masih berduka mengenangkan saudara Islam kita di Gaza. Sedang kita bersuka, mereka masih lagi berduka. Itu salah satu punca Yaya rasa hiba. Kedua, mungkin sebab Yaya dah menginjak tua. Ecececeh (macam tua sangat je aku ni padahal baru 21 tahun.) Da matang kot kan? Perasan beno la Yaya ni. Bila tengok anak buah main bunga api, dah tak ada rasa melonjak-lonjak nak main sama. Bila dah makin dewasa, perasaan raya tu terasa lain dibandingkan masa kita kanak-kanak dulu. Kalau tidak kita la yang laju melompat-lompat main dengan sepupu sambil kira duit raya kan? Tapi sekarang, berbeza sangat. Yaya yang rasa berbeza. Cepat beno aku matang ni. Ketiga, mungkin Yaya tidak memanfaatkan bulan ramadhan ni dengan sebaiknya. Allahu :'( Semoga dapat lagi bertemu dengan ramadhan akan datang. 

Pastinya Syawal kali ini membawa makna yang berbeza dengan syawal yang lepas. Pahit, suka dan duka yang dilalui pasti takkan sama. Namun ia tetap memberikan erti dan membawa seribu makna. Allah. Semoga setiap hari yang mendatang memberikan kebaikan kepada kita semua. Amin. 

Keep smile

Sudah Ketentuan



"Ya Allah, jika suatu saat aku KEHILANGAN harapan dan tujuanku,
berikanlah aku KEYAKINAN bahawa TAKDIRMU adalah LEBIH BAIK
daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
KAU DAMAIKAN hatiku untuk menerima TAKDIRMU
kerana aku YAKIN dan PERCAYA perancangan-MU yang terbaik dan TERINDAH untuk diriku."

Kehilangan adalah suatu yang berat untuk dipikul oleh hati dan sukar dikesat oleh mata. Keyakinan adalah penguat hati dalam meneruskan kata-kata. Takdir. Takdir yang menentukan segalanya. Takdir yang terindah adalah ketika kita merasa redha dengan segala yang berlaku dalam hidup ini walau terkadang luka itu membuatkan kau merasa sangat jauh sekali, sangat perit sekali untuk menanggung. Walau tiap hari kau mengalirkan air mata sehingga kering dan meninggalkan bengkak-bengkak yang pedih. Sakit! 

Sesuatu yang berlaku sudah diaturkan. Kebetulan? Dalam Islam tiada kebetulan. Everything is fate. Only interchanged by God's will, effort and doa. Takdir. Kenapa perlu salahkan takdir jika laptop berkecai jatuh dari tingkat 9? Kenapa perlu salahkan takdir jika anak meninggal dalam jagaan orang? Kenapa perlu salahkan takdir jika orang yang kita sayang pergi? kenapa salahkan takdir jika aib kita tersebar? Tidak redha dengan apa yang terjadi bererti kita menyalahkan takdir. Yaya bagi mudah melalui situasi dibawah.

Situasi 1 : Apabila bakal tunang minta putus kerana sudah ada kekasih hati yang lain. Si gadis mula menyalahkan orang ketiga dan pakwenya. "Dasar jahat! Penipu! Curang! Kaki rampas!" Bermacam cacian dan makian dilemparkan. Kenapa? Sedih. Terluka. Masih sayang. Dicampurkan dengan perasaan marah + benci +dendam. 

Situasi 2 : Apabila kisah kau mengandung anak luar nikah tersebar satu kampung. Kau salahkan si penyebar, kaki gosip. Memang la dia salah sebab jual aib orang. Pastu kau salahkan keluarga, orang sekeliling yang tak didik kau, tak ambil berat pasal kau. Memang salah diri kau juga sebab kau tak halang diri kau daripada buat benda yang tak baik tu.
Satu ungkapan untuk kedua-dua situasi diatas. Tidak redha.

Kalau kita redha akan sesuatu yang terjadi tidak kiralah baik atau buruk, kita pasti akan mengucap syukur dan tidak mempersoalkan lagi tentang perkara itu dan tidak menyalahkan sesiapa. Redha. Pasrah. Memang sukar tapi percayalah bilamana kita mengucapkan syukur disetiap kejadian dan perkara yang berlaku, pasti hati kita kan tenang dengan takdir itu.

Tidak terfikirkah kita kenapa Allah takdirkan kita bercinta dan akhirnya kita putus atau ditinggalkan oleh dia hanya kerana sebab-sebab yang kadang-kadang tidak masuk akal? Mungkin Allah nak kita jumpa yang lebih baik dan dari pengalaman yang pernah terjadi dalam hidup kita, kita jadikan sebagai pengajaran. Mungkin memang kau dan dia ditakdirkan sampai situ sahaja, hanya untuk mengenali tapi bukan sebagai teman hidup. Tapi kenapa orang memaksa sesuatu perhubungan itu padahal hati sudah tiada? Tolong redha.

Tidak terfikirkah kita kenapa bila baru pertama kali kita buat kesilapan dan dosa, Allah buka aib kita kepada orang lain? Disini maksudnya Allah itu bukan mahu malukan kita tapi mahu kita mengambil pengajaran dan tidak akan mengulangi hal yang sama lagi. Nampak tak? Allah nak selamatkan kita. Sungguh Allah sayangkan hambanya. Bersyukurlah kerana Allah masih pandang kita. Sesuatu perkara yang buruk itu terjadi bukan sebab Allah benci pada kita, bukan sebab Allah tidak sayang pada kita malah sebaliknya.

Redha adalah suatu yang susah tapi percayalah bila kita redha dengan perjalanan hidup kita,
pasti ada yang lebih indah. ^_^
Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik.
Mungkin kita tidak nampak sekarang, tapi percayalah suatu hari nanti baru kau akan sedar sebab dan musabab setiap aturan hidup kau.

50 kg!!!

 Muka bahagia sebab berat dah naik.

Assalamualaikum.
Yeay!!!
akhirnya berjaya jugak Yaya naikkan berat badan..
baru minggu lepas timbang 48 kg, minggu ni timbang dah naik ke 50 kg..
mcm tak percaya je.
tapi percayalah mungkin sebab dekat rumah sahur makan nasi, berbuka makan nasi dan tengah malam (11pm-1am) mkn nasi lagi.
mungkin ini lah penyumbang kepada cepatnya berat badan naik.
dibandingkan dekat asrama, bukak makan kuih, tengah malam baru mkn nasi dan sahur makan kurma. Nampak tak? sekali je makan nasi sehari memang la lambat naik Cik Yaya oiii..
btw Yaya happy sgt..nak naikkan lagi ni lg ni, last 53 kg..hehe
tak boleh lebih sebab nanti tak ideal pulok.
btw thanks kepada hamba Allah yang datang bawak penimbang (spotcek katanya) pagi-pagi dekat tempat keje Yaya..haha..
roomate Yaya cakap Yaya ni pelik sebab ramai orang nak kurus tak kiralah orang tu berbadan besar atau memang dah slim tapi Yaya lain, perasaan nak gemok tu berkobar-kobar. hehe.. look, ini Yaya. Memang la pelik..haha



Hikmah disebalik steering lock


Assalamualaikum.
Ada apa dengan steering lock?
Pasti rata-rata semua tahu kisah yang berlaku berkenaan steering lock dan cdm25.
Kisah yang tengah hangat diperkataan..di facebook, twitter, insta, berita, surat khabar..semua media berkata tentang "dia".
Dia..kita semua sedia maklum..Kiki Kamaruddin.
Entri ini bukan nak memalukan atau mengaibkan.
Cukuplah sekadar untuk kita ambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Yaya pasti dia pun sudah mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi.
Memang perasaan marah muncul bila kita lihat apa yang dilakukan oleh Kiki kepada uncle tu tapi dengan permohonan maaf dia dan perkara ni dah setel antara dia dengan uncle tu, jadi kita stopkan lah cerita pasal dia.
Gambar-gambar dia yang telah diedit dengan bermacam-macam gaya dan cara.

"Barangsiapa yang mempunyai kezaliman ke atas saudaranya sama ada harta atau maruah,maka datanglah kepadanya meminta halal (maaf) darinya sebelum sebelum akan diambil padanya dan tidak memiliki dirham dan dinar .Maka sesungguhnya jika baginya kebaikan,maka akan diambil kebaikannya dan jika tiada kebaikan padanya maka kejahatan akan diberikan padanya"

Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Dosa dia dengan uncle tu dah pun selesai..tapi kita?
masih terus mengumpat, masih terus mengaibkan..dosa kita bagaimana pula?
Memang tindakan dia salah lebih lagi dia seorang wanita islam yang perlu untuk bersopan santun dan berbudi pekerti.
Agama kita tak ajar untuk bersikap sebegitu.
Bersabar. Itukan lebih indah.
Mungkin ini salah satu kifarah dosa seseorang.
Jadi kita ambil ikhtibar dengan peristiwa ini.
Jadikan pengajaran buat kita juga agar tidak mudah melenting jika berlaku kejadian seperti ini, bersabar dan menyelesaikan dengan cara yang waras dan agar rasa hormat kepada orang lain dapat dipupuk.

Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).
Cukuplah membenci tindakan yang telah dilakukan dan jangan pula kita terus mengaibkan dia.
Kita semua manusia biasa, pasti ada melakukan kesilapan. Jadi, beringatlah..takut perkara sebegini terjadi pada kita pula.
Jom muhasabah diri. Pasti ada hikmah disebalik semua yang terjadi.

Nota kaki
#maaf jika ada terkasar bahasa atau ada buat pembaca terasa. 

Everybody Needs Love

Everybody Needs Love and someone to love..


Assalamualaikum..
Semua orang perlukan kasih sayang, cinta dan seseorang untuk dicintai..
Merasa dicintai dan mencintai adalah lumrah dan fitrah setiap manusia..tak kiralah dia seorang penjenayah terhebat ataupun dia pengemis jalanan yang selalu dipandang serong, dia tetap mempunyai hati dan ingin rasa bagaimana menyayangi dan disayangi.
Disayangi biarlah dari yang sudi bukan mengemis pada yang simpati..menyayangi, berilah pada yang punya hati..

Pernah dengar ungkapan begini tak?
"Sayang orang yang sayang kita bukan sayang orang yang kita sayang"
Apa beza?
Ada bezanya..
Pada pendapat Yaya, kalau sayang orang yang sayang pada kita walaupun kita tak ada lagi perasaan sayang terhadap dia, tapi dia tetap sayang kita. Kenapa terima orang sebegini? sebab..perasaan sayang tu lama-kelamaan boleh hadir dalam hati kita pada dia. Nak ragu apa lagi pada orang sebegini sebab nyata-nyata dia sayangkan kita. Lain pula dengan sayang orang yang kita sayang. Sebab? Sebab belum tentu dia sayang kita, kita je terhegeh-hegeh, melebih-lebih sayangkan dia. Kalau dia terima kitapun mungkin sebab dia kesian atau simpati. Simpati? Kesian? Siapa kata tak ada orang yang menerima seseorang dalam hidup dia sebab simpati. Simpati banyak cabang pulak bab ni. Tapi kali ni simpati yang sebab dia dah penat dan kesian tgk seseorang tu dok kejar dia hari-hari. Rimas? Mungkin. Akhirnya dia terima. Tapi kita tak pasti orang yang kita sayang ni akan sayang kita sampai bila. 

Itulah sebab kenapa lebih memilih orang yang sayangkan kita. Tapi ada kisah pulak dimana mereka saling sayang menyayangi tapi sampai satu masa hubungan tu putus. Tak kisah la berapa lama. Setahun. Dua tahun. Tujuh tahun. Kadang dan nak bertunang, dah bertunang atau pun dah nak bernikah tiba-tiba semua berakhir. Sampai disini saja.

Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin salah sebelah pihak atau mungkin dua2 belah pihak tapi yang pasti ini semua adalah takdir. Mungkin jodoh mereka sampai disitu sahaja. Sesungguhnya Allah telah merancang sesuatu yang lebih indah dan bermakna buat kita. Ingat tu. Walaupun kita rasa semua ini tak patut, tak logik..tapi inilah hakikat yang kita harus terima. REDHA. 

I'm Back !!!


Assalamualaikum dan alhamdulillah..
yeay!!!
I'm back!!
Finally~
Sem 2 Yaya berakhir dengan jayanya..
tentang exam tu..
senyum je mampu..(Yaya memang sejak azali lagi senyum je kalau keluar dewan exam)
Malas nak cerita, malas nak fikir..
apa yang dah buat..tawakal..
semoga dapat keputusan yang cemerlang..
finally~
Yaya ada masa nak luang dekat teratak cinta ni..
lebih banyak masa kot sebab Yaya dah kembali kerja balik..
yeay! lagi..
Yaya still merindui tempat lama..so Yaya kenen la dengan kak ita..
yeay lagi.. ^___^
dah lama sangat rasanya tinggalkan blog ni, kesian dia..
berhabuk, bersawang..segala macam la..
maklumlah tuntutan dunia..
sibuk dgn assignment..program lagi..dan exam..
memang akan teraibaikan lah blog ni jawabnya..
lepas ni mmg menghadap blog je la kejenya si Yaya ni..
tapi Yaya ada satu lagi misi..haha..
kena jalankan jugak ni..
hopefully sempat ^_^

JIka Hilang Insan Tersayang.



Assalamualaikum.
Mungkin dulu kita selalu dengar dan tengok dekat tv, berita, cerita sahaja tapi kali ini korang pulak yang rasa. Apa yang korang rasa dan korang akan buat jika korang hilang insan tersayang?
Ibu..
Ayah..
Adik..
Kakak..
Abang..
Atok..
Nenek..
Saudara-mara..
Sahabat Handai..
Pemilik hati..
Sedangkan mendengar sahabat kita hilang insan yang mereka sayang pun dah tumpah air mata kita, ni lagi la kalau kita yang alami..segala yang hidup pasti akan mati..segala yang datang pasti akan pergi..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Cuma bersediakah kita untuk hadapi semua ini?

  • Pasti tak mampu untuk hadapi.
  • Mengambil masa untuk menerima apa yang jadi.
  • Seperti hidup ini dah tak ada erti. Putus asa.
  • Hilang punca.
  • Murung.
  • Tiada insan yang selalu bersama kita.
  • Sunyi.
  • Sepi.
  • Lain, terasa lain sangat. Ada sesuatu yang hilang.
  • Tak mampu untuk berkata apa2 dan hanya mampu berdiam.
Secara mudahnya..sukar nak ungkap bagaimana perasaan bila kita kehilangan seseorang yang kita amat sayang..hanya yang melalui je tahu bagaimana rasanya..sedangkan baru memikirkan pun kita dah takut..jadi hargailah mereka selagi masih ada terutamanya ibu bapa dan family kita.

Hulurkan bantuan ke GAZA

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Atas rasa sikap bertanggungjawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung Kecemasan Gaza semalam dengan sasaran RM5 juta.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya mengabaikan teratak cinta ni. Lepas ni tiap hari Yaya hadap benda ni je(maklumlah dah keje balik) tapi part time je la sementara cuti sem ni. Atas ni merupakan mesej yang Yaya dapat dari kumpulan wasap. Mungkin yang berkemampuan boleh la menyumbangkan. Tak banyak pun yang penting dapat mengurangkan beban yang mereka hadapi. Kalau pergi bazar ada yang pegang tabung sumbangan tok Gaza?? Haa..tu pun korang boleh la sumbangkan. Semoga apa yang kita buat ni dapat membantu mereka disana dan juga dapat membantu kita di akhirat kelak. Selamat menyambut ramadhan.

#Nak bayar hutang blogwalking. Huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...