Entri Terbaru

Day 4 - 4 Books


Assalamualaikum..
hari ni Yaya teruskan dengan cabaran hari ke-4
Buku..
Yaya ni walaupun memang suka menulis dan mengarang tapi sejujurnya yaya tak suka membaca..
ada yang cakap orang sastera ni suka baca novel..
tapi malanganya bukan Yaya..
ada jenis-jenis novel yang boleh masuk dengan jiwa Yaya..
sepanjang Yaya hidup 21 tahun ni, baru 3 novel Yaya khatam itu pun mengambil jangka masa berbulan-bulan..
sebab apa? sebab mudah bosan..jadi amik feel tu berhari-hari untuk setiap bab, kadang berapa helai je yaya baca then stop sambung hari lain..
cuma ada satu tu je la novel yang Yaya khatam start baca sampai habis..
novel keluaran fixi..

okay..panjang dah Yaya merapukan..okay antara 4 buku yang Yaya suka baca ialah:
1- Al-Quran
2 - Buku-buku agama/nasihat/pedoman
3 - Buku kraf
4 - Majalah

10 days challenge!! - day 3 - 3 songs

Assalamualaikum..
hari ni Yaya meneruskan cabaran yang ketiga iaitu 3 lagu..
setiap lagu pasti mempunyai dan membawa makna yang tersendiri buat kita..
antara banyak lagu yang bermakna, Yaya pilih 3 ni..


Cinta Kita - Teuku Wisnu dengan Shireen Sungkar
Jalan kita masih panjang
ku ingin kau selalu disini..
Biar Cinta kita subur harum mewangi 
dan dunia menjadi saksinya..
untuk apa kita membuang-buang waktu
dengan kata-kata perpisahan
Ini merupakan sebahagian lirik yang ada dalam lagu ni.. bermakna dan sangat bererti.. dalam perhubungan pasti inginkan kebahagiaan bukan? bait-bait lagu ni mampu memberi kekuatan saat anasir luar cuba pengaruh fikiran..


Rapuh - Opick
Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa hanyalah pada-Mu
Maafkan lah bila hati tak sempurna mencintaimu
dalam dada ku harap hanya 
dirimu yang bertahta
Lagu kedua adalah nyanyian Opick iaitu rapuh..salah satu lagu bila Yaya rasa "I need something"..sesuatu yang buat aku kuat dan balik pada realiti dan keinsafan..kita tak pernah lari daripada melakukan kesalahan dan dosa tapi kita masih lagi diberi peluang untuk bertaubat..jadi teruslah bertaubat dan meminta ampun kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun..


Wanita - de Hearty
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok..
jikalau datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk..
Lagu terakhir yang Yaya nak kongsi adalah lagu wanita by de hearty.. merupakan lagu keinsafan dan semangat juga buat Yaya..hidup kena terus bersemangat..Yaya suka mengingatkan diri dengan mendengar lagu-lagu dan nasyid2 sebegini kerana Yaya kurang gemar untuk membaca..membaca boleh tapi kena ambil masa, sebab ada sesetengah orang yang boleh membaca satu buku terus habis..jadi ini adalah inisiatif Yaya untuk bagi tidak lalai daripada dunia..



blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

http://www.ayuinsyirah.my/2014/08/segmen-blogwalking-merdeka-bersama.html

Assalamualaikum dan selamat berhari sabtu..
ok jom join segmen kak Ayu yang comei di atas ni..

Last Friday


Assalamualaikum semua..
See!! Dah pun hari Jumaat..
pejam celik pejam celik, cepat masa berlalu..
hari ni hari kedua terakhir yaya bekerja disini..
uwaaaa..
I will miss u la kakak..
semuanya ok tapi bila difikir balik besok hari last Yaya kerja, mula la hati tak keruan..sedih ada, suka ada..
sedih sebab berpisah la kan..sukanya sebab dapatlah rehat seminggu sebelum balik u..
Biasalah kan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Yaya ni melebih pula, macam la nanti balik kampung tak boleh nak singgah sini kan?
huhu..

10 days challenge!!! - Day 2 - 2 Film

Assalamualaikum dan selamat pagi..
hari ni Yaya meneruskan cabaran hari kedua..
Dalam banyak-banyak filem, Yaya pilih dua ni..


Pertama - Teenage Mutant Ninja Turtles yang baru juga la keluar dengan pawagam..
Ceritanya memang best walaupun masa mula tu ada rasa macam geli kot sebab penyu dia real kan..
haha...sebab tu la budak perempuan tu (lupa nama) boleh pengsan bila si Michelangelo bukak topeng dia..haha..
Kesemua ninja ni ada 4..
MICHELANGELO
DONATELLO
RAPHAEL
LEONARDO
Sebenarnya cerita ni merupakan cerita kartun kegemaran Yaya.. jadi bila diadaptasi macam ni nak juga la tengok yang real kan?
memang best dan puas hati..
Yaya ni kalau nak ajak, korang boleh ajak tengok wayang cerita seram tak pun ganas..yang romantik akan menjadi pilihan ketiga..huhuhu..
nampak sangat ganasnya kan?
haha


Kedua - Kekasihku seru..
cerita ni dah lama dah..
tapi cerita ni memang best, mantap, tip top la,.
haha..sebab ape? bagi Yaya seram juga la..
tutup2 gak la mata tu bila tengok tapi nak tengok juga..

Tiap kali nak tengok cerita, Yaya akan tengok cerita seram bagi nak didik..didik supaya tak takut..
yaa..dan ia menjadi..
semakin kurang takutnya bila tengok cerita seram ni..
selalu yang yaya tengok, cerita seram thai, korea..kan seram kan?
huhu..
kita tunggu besok pulak.. -3 songs-

10 days challenge!! ~ 1 picture

Assalamualaikum dan selamat pagi..
bila di usha balik post lalu, baru Yaya perasan yang Yaya tak start lagi untuk cabaran ini..
baiklah..
kita mula dari hari ini okay semua..


Baiklah.. setiap orang ada gambar dan cerita yang tersendiri..
tahu tak tempat ni?
siapa tahu angkat tangan..
gambar tu bukan Yaya punya..yaya pinjam je..
sebenarnya Yaya teringin sangat nak pergi sana sebab Yaya merupakan seorang yang sangat obses dengan lavender..
Ya.. sebab lavender wangi..bau dia yaya dapat terima..
sebab lavender ungu..
sebab lavender dan lavender..
huhu..
harap suatu hari nanti dapat pergi juga..amin..
perancangan untuk berbulan madu..hehe >_<

Jubah Breastfeeding






PROMOSI RAYA HAJI !!!
dapatkan jubah Aneesa untuk kepuasan anda..
~ sesuai untuk ibu menyusukan anak (zip dihadapan)
~ Mudah mengambil wuduk (zip ditangan)
~ material satin yang berkualiti tinggi..

lihat feedback customer yang sudah membelinya di link dibawah 
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1458415274419950.1073741835.1445155909079220&type=3

==============================================
STOCK SANGAT TERHAD KERANA KAMI MENERIMA ORDER BERPULUH SETIAP HARI..

DAPATKAN SEMENTARA STOCK MASIH ADA..
==============================================

Assalamualaikum..
begitulah promosi yang sedang berlangsung dan yang telah diwar-warkan di facebook dan juga di page Yaya..
sekarang ramai ibu-ibu yang mencari baju yang ada zip depan sebab senang nak menyusukan anak kan? tak lah perlu selak-selak baju lagi..
jubah Aneesa ini juga sesuai untuk ibu mengandung dan yang tak mengandung pun boleh pakai..
material sangat cantik..
jom2 pakat ramai2 datang serbu okay..
pelanggan sangat berpuas hati dengan jubah ni..
boleh dikatakan tak rugi lah membeli..
kalau ada nak bertanya boleh ws je Yaya k.. 016-3348239

Selasa terakhir


Assalamualaikum..
hari ni hari selasa yang terakhir..
bila dihitung lagi 4 hari je akan berkhidmat di MWCOM technologies..
tapi bila biar masa berlalu, kejap je rasanya..
uwaaaaa...

okay..
kerja special harini, kak Ita suruh setelkan pasal antivirus..
photostat kod no, lepas tu letak dekat setiap sampul..
lepas tu letak kat display..
best..
dengan lajunya Yaya buat..
tapi lenguh jugak la..huhu..

okay..jom borak sikit tentang antivirus yang selalu dicadangkan oleh kedai kami..
"QUICK HEAL"..
antivirus ni lebih ringan daripada antivirus jenama kaspersky..
Yaya dah 2 tahun pakai..
pendapat Yaya, bagus dan mudah..
memang tiap kali renew la Yaya guna antivirus ni gamaknya..huhu

10 days challenge!!


Assalamualaikum dan selamat pagi..
Tengah blogwalk tadi lepas tu terbaca entri Akak Ayut post pasal 10 days challenge yang diambil daripada blog kak Sally.. Yaya pun minat la nak jugak cabar diri..
ecececeh..
sekurang-kurangnya blog ada entri dan ada benda menarik kita nak cerita..
korang nak join? jom la..

"Segmen Pencarian Bloglist by Syaz Harzays Minme"

Assalamualaikum..


Jom join..
Klik banner diatas..

Last Monday


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
tengok tajuk entri ala-ala entri sedih je..
Isnin yang terakhir..
terakhir disini..
again.. :'(
Dulu dah pernah sekali tapi kali ni rasanya lain sikit..
berat nak meninggalkan kakak sebelah ni yang selalu membuli dan dibuli..
kakak yang selalu layan karenah yaya yang kuat makan ni..
hari ni macam biasa cuma yang sweetnya kak ita teman aku puasa sekali..
alolo..

Jubah Breastfeeding

Nak cari jubah yang sesuai untuk wanita mengandung?
Mudah untuk ibu menyusukan anak kerana anak zip dihadapan dan mudah untuk dibawa untuk solat kerana ada zip ditangan..

Tidak panas dan selesa..dapatkannya satu untuk anda hari ini..






Idea untuk Sarapan..


Assalamualaikum semua..
Okay memalam ni Yaya nak share salah satu idea utk sarapan pagi korang..tak kisah sebenarnya nak buat utk sarapan atau makan bila-bila masa..
asyik buat benda yang sama je kan?
kali ni jom cuba benda yang lain yang baru..
senang dan mudah dan kelihatan menyelerakan..
selamat mencuba ^_^

Customer comei




Assalamualaikum korang semua..
kali ni Yaya nak share gambar yang telah di tag di facebook Yaya..
salah seorang customer Yaya @ Yayah Collection yang sedang mengenakan Palestin Shawl..
Shawl ni special lebih sebab setiap pembelian, RM5 akan disumbangkan kepada tabung kecemasan GAZA.
jom MEMBELI SAMBIL MENDERMA.. ^_^
kalau korang berminat boleh la usha page niaga Yaya dekat sidebar ni..tak pun terus je ws yaya ki..016-3348239

Lumpuhkan Ingatanku

Jangan sembunyi

Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Tudung labuh VS Aurat

 

Assalamualaikum..
semoga kita semua dalam redha Yang Maha Esa..
sebelum memulakan entri kali ni, pertama kali Yaya nak minta maaf kepada tuan punya gamba, nak pinjam ye dan kedua Yaya nak minta maaf jika entri kali ini buat pembaca tersinggung dan sakit hati dan tidak puas hati. Maaf sekali lagi.

Cuba lihat dan bezakan gamba diatas. Bezakan tudung mereka.
Yang satu bertudung bulat labuh dan Diana Amir pula memakai shawl labuh. Memang berbeza tapi mereka dalam satu misi yang sama iaitu menutup aurat.
terdapat segelintir masyarakat yang berfikiran bila memakai tudung bulat labuh seperti gambar pertama, baru mereka kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Kenapa? kenapa bila bertudung labuh sebegitu sahaja dilihat menutup aurat? Maaf berkata, memang benar bertudung labuh sebegitu kelihatan cantik dan lebih indah. Sejuk mata memandang, manis bukan? tapi ada sesetengah muslimah yang tidak boleh memakai tudung sebegitu, mungkin mereka tidak biasa, tidak selesa..namun mereka masih cuba menjaga aurat mereka dengan pemakaian seperti Diana Amir itu.
Bertudung labuh atau bershawl labuh atau apa sahaja bentuk dan gaya tudung anda, tidak mengapa yang penting menjaga aurat dan janganlah sampai berlebih-lebihan. Kita sebagai muslimah tahu apa yang kita pakai. Kita ada cara kita yang tersendiri untuk menutup aurat bukan? 
Bila dia nak pakai tudung labuh yang menutup aurat, jangan paksa dia..jangan paksa dia pakai apa yang dia tak boleh, biar dia pakai mengikut keselesaan dia yang penting menutup aurat.
Yaya sebagai perempuan, yaya paham..ada sesetengah perempuan bila ada something yang menghalang cara pemakaian kami, kami akan rasa moody..lagi2 tudung..
Jadi sila hormat dengan apa yang kami pakai. Tak semua orang sama. Kau tak boleh minta Azura untuk jadi seperti Aminah bukan? (contoh)..

#apa yang Yaya tulis dalam entri ini merupakan pendapat Yaya. Jika tersalah kata dan bicara, Yaya memohon maaf pada semua.

Nak bahagia tapi tak sanggup derita

   
 

Assalamualaikum dan selamat petang...
Semua orang nak bahagia bukan?
Tipulah kalau tak nak tapi ada sesetengah yang tak mahu derita.
Bila Allah uji sikit-sikit sudah melatah.
tu baru uji-uji manja je tu..
belum berat lagi..
Semoga kita kuat.
Kuat dengan ujian Allah demi mengecap kebahagiaan yang abadi ^_^


Hukum mengiringi jenazah

Sunat bagi lelaki mengikut jenazah dan mengiringinya hingga ke kuburnya. Disunatkan supaya tidak pulang melainkan selepas mayat selesai dikebumikan.
Perempuan tidak disunatkan untuk berbuat demikian. Bahkan, perbuatan itu menyalahi sunah dan wasiat Rasulullah SAW. Bukhari dan Muslim meriwayatkan, daripada Ummu 'Atiyyah RA katanya: "Kami telah dilarang daripada mengikuti (mengiringi) jenazah. Namun, larangan itu tidak dikuatkan ke atas kami (tidak sampai ke tahap diharamkan)."

Sumber : Bahagian Addin, halaman 26. Harian Metro Rabu 20.8.2014

MEMBELI SAMBIL MENDERMA


Assalamualaikum semua dan selamat pagi..
lama rasanya meninggalkan blog disebabkan sibuk dengan tempahan2 daripada pelanggan..
"PALESTIN SHAWL" merupakann inisiatif Yaya dan kita semua untuk membantu rakyat palestin yang sedang memerlukan..
meh Yaya bagi details shawl ni

~ diperbuat daripada chiffon berkualiti tinggi..
~ mudah dibentuk
~ labuh dan lebar
198cm x 70 cm
~ end curve

harga : RM35 EXCLUDE postage

RM5 akan disumbangkan kepada Tabung Kecemasan GAZA dengan setiap pembelian

berminat boleh pm @ whatsapp 016-3348239







Whatsapp


Assalamualaikum semua..
Kebelakangan ini Yaya tak muncul dalam dunia blog ni..
Hanya muncul di facebook sahaja.
Maklumlah sibuk dengan jualan online Yaya..
Alhamdulillah..
Bawah ini merupakan salah satu wideshawl yang Yaya jual..
hasil tangan Yaya sendiri tau..
mana tahu ada yang berminat boleh la pm yaya k.






~ Diperbuat daripada kain chiffon berkualiti tinggi.
~ Labuh 
~ Lebar
~ Mudah dibentuk
~ Selesa
~ End Curve
In syaa Allah menepati syarak.

ukuran : 198cm x 70 cm
harga : RM 20 exclude postage

jika berminat pm di page atau whatsapp : 016-3348239

SEMOGA USAHA YANG SEDIKIT INI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH PARA MUSLIMAH

Mimpi berulang


Assalamualaikum dan selamat pagi..
pedih lagi mata ni walaupun datang ofis lambat..
yaya..yaya..haish apa nak jadi la dengan budak sorang ni..

baiklah..berbalik dengan tajuk diatas..
Pernah tak korang bermimpi benda dan perkara yang sama??
tak kisah la jarak waktu dekat atau jauh..
Yaya selalu mengalami benda macam ni..
mimpi berulang..
kadang2 bila terjaga, terfikir gak kenapa aku boleh mimpi benda ni banyak kal..
bukan satu mimpi je suka berulang, malah banyak lagi mimpi yang lain..
tapi bak kata orang mimpi itu mainan tidur tapi mipi jugak merupakan petanda yang lemah..

YAYAH COLLECTION


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah hari ni sudah membaik tapi masih batuk dan selsema..
Hari ni Yaya nak perkenalkan page baru Yaya..
page khas untuk jualan yaya berfokuskan pakaian wanita.
tudung labuh, shawl labuh, purdah, niqab, kraf tangan dan bermacam-macam lagi..
tempahan baju pun Yaya ambil tak kisah la dekat atau jauh..
kalau jauh tu biasalah kita guna khidmat pos.. bagi kain dan contoh baju untuk ukuran dan Yaya akan jahitkan dengan penuh kasih sayang..hehe..
tema pun MADE WITH LOVE kan..mestilah dengan kasih sayang..
kalau tak kasih sayang nanti tak lawa pulak..
ok dear u all..
jemput singgah ke page jualan Yaya ni ye..jangan lupa like sekali..hehe >_<
klik YAYAH COLLECTION ok.. ^_^ 

Sick


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Dan selamat menyambut hari raya..
Bagaimana hari ini?
Mesti ramai yang dag mula bekerja bukan?
Hurm..
Yaya kerja hari ini tapi badan sangatlah tidak sedap..
Tak sihat..
Subuh tadi hidung berdarah..macam biasalah kan..
Dan batuk tak henti..
Batuk tu macam tersedak.. Allah
Ujian kesihatan..
Ingat hari ni nak blogwalking..
tapi sebabkan masalah ni, kena tunda la..
tak de mood la..
sorry korang yang singgah..
nanti yaya bw ok ^_^

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum dan selamat bercuti.
Sedar tak sedar cepat masa berlalu.
Lagi beberapa hari je lagi dah nak raya jadi dikesempatan ini Yaya ingin memohon maaf pada semua rakan di alam maya jika penulisan Yaya selama ini ada menyinggung dan menyentap perasaan anda.
Maaf zahir batin
kosong-kosong eh? ^___^ thanks
Berehatlah blog buat seketika.
Pesanan penaja : Jaga diri, jaga kesihatan, jaga keselamatan
Sayonara ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...