Entri Terbaru

Day 5 - 5 foods (second entri)

okay..
entri kali ni adalah sambungan dari entri yang INI..
makanan yang seterusnya adalah....

3. BUBUR NASI

Bubur nasi juga merupakan makanan kegemaraan dan kesukaan Yaya bila tekak ni rasa dah tak boleh nak telan benda lain..
ada sesetengah orang kata dia tak suka makan bubur sebab tak kenyang then muak.
tapi kalau Yaya, tak..bagilah sebulan pun makan bubur je pun Yaya lalu..
masa Yaya patah kaki dulu, dalam 2 bulan jugak la telan bubur nasi ni..
ni je kot senang nak bagi selera..
lagi pun lepas kemalangankan..mesti kita rasa tak kuat lagi..
makan bubur nasi dengan telur masin lepas tu letak kicap sikit lepas tu ikan bilis goreng..kalau ada kangkung pun sodap..
aaaaaarrghhhhh!!! tetiba rindu bubur nasi masa duduk asrama dulu..huhu
ini juga merupakan makanan wajib bila demam..
bila demam mulala merengek nak bubur..

4.NASI AYAM

Ini lagi satu makanan yang Yaya akan mintak dan memang wajib minta bila demam selain bubur..
nasi ayam..
ye walaupun makan tak lalu dan tak habis tapi makanan ni mampu buat Yaya berselera..
mak kata "kalau demam tak sah kalau tak minta nasi ayam"..
merengek-rengek macam budak kecik..
Yaya masa demam memang sehabisnyalah nak manja..
orang sakit memang selalu nak dibelai ye dak? hehe..
so to my future husband please take note..
ekekekeke..

dan yang terakhir.....

5.KETAM

Asyik dok cerita yang kegemaran je, sekarang ceita yang tak berapa nak gemar..
ape la Yaya ni,,rugi kan..ketam yang punya sedap pun tak suka..
ye ketam memang sedap..
manis je kan..lagi2 bila buat sup...peerghh..
tapi yang buat Yaya tak rajin makan ketam sebab payah nak kopek keluarkan isinya lepas tu bila dah dapat isi, cenonet je..huhu..
jadi Yaya rela tak makan lansung dari susah nak kopek..hehe..dasar pemalas Yaya..
okay..inii sahaja untuk entri kali ni..
tunggu entri besok pula..

Day 5 - 5 Foods


Assalamualaikum...
morning semua..
ingat lagi tak tentang 10 days challenge yang Yaya join lepas tu stuck sampai day 4..
Hari ni Yaya nak bayar balik hutang walaupun sepatutnya 10 days challenge ni dah patut habis kalau ikutkan kiraan harinya..
maaf..sebelum masuk sem, demam 5 hari..
dah masuk sem pun masih tak sihat..
Alhamdulillah sekarang dah kuat..
okay..meh Yaya cerita 5 makanan yang Yaya suka makan..

1 . TAUHU BAKAR

Sekali makan jatuh cinta..
Yaya je la..tak kisah la makan dekat mana..
kali pertama Yaya makan tauhu bakar ni masa keluar dengan family makan dekat putrajaya..
lupa lah tempatnya dekat mana..
memang sedap..
dan selepas selepas itu Yaya akan mencari makanan ni dimana-mana dan mencuba..
kalau sedap boleh beli lagi kan?
yang menyedapkan tauhu bakar ni adalah tauhunya yang rangup..
bila makan tu.. krik krok bunyinya..
lagi satu kuah dia bagi dia lebih sedap..kuah ni la penting..
kalau dekat Shah Alam ni Yaya kadang beli dekat foodcourt seksyen 2..
kalau memang nak makan yang rangup, Yaya menapak la ke giant seksyen 13..
memang puashati la..

2.AYAM PENYET

haaaa... ni lagi satu makanan yang Yaya obses sangat..
tiap hari makan ni je pun boleh..
first time makan ayam penyet ni bila masuk u ni la..
beli dekat foodcourt kat sini..
sedap..
lepas tu cuba la dekat luar area2 seksyen 7 dan yang dekat la..
tiap kedai yang ada ayam penyet mesti Yaya singgah..
nak cuba..
dekat tempat yaya tak popular sangat..tu jarang jumpa tu..

okay..sampai sini je dulu entri tok pagi ni..
makanan seterusnya nanti ye Yaya cerita lagi..
nak siap-siap pergi kelas..daaaaa

Sem 3

Assalamualaikum semua..
setelah sekian lama tak menjengah blog, okay hari ni baru ada masa..
ini pun sebab dapat MC sebab sakit mata..
dah 3 hari termasuk harini..
uwaaaaaa :'(..
nak pergi kelas..
semalam badan rasa tak sedap..macam tak sihat..
takkan nak demam balik.. :'(
sebelum start sem dah demam dah 5 hari..
lepas tu sakit mata pulak..
sungguh Allah sayang.. ^_^

Okay Yaya nak kongsi sikit subjek untuk sem 3 kali ni..
disebabkan ada 2 pilihan elektif sama ada nak ambil bm atau bisnes, jadi Yaya pilih bisnes..
sebab? Sebab Yaya nak belajar lebih tentang bisnes..
oh maklumlah impian makcik ni suatu hari nanti nak jadi usahawan yang berjaya.. ^___^ Amin..
Okay.. subjek yang Yaya ambil untuk sem ni ialah..

BMP534 - KETERAMPILAN PERUCAPAN
MKT410 - INTRODUCTION TO MARKETING
MGT400 - INTRODUCTION TO MANAGEMENT
BMP532 - TEORI DAN AMALI TERJEMAHAN
BMP533 - ANALISIS WACANA
ELC500 - ENGLISH FOR ACADEMIC READING
TGC451 - INTRODUCTORY GERMAN (LEVEL II)

sempat belajar subjek elc dengan bmp534 je hari isnin tadi..lepas tu terus cuti..
takpe la..Allah dah rancang sesuatu bukan? ^_^
okay la..Yaya nak blogwalking dulu sementara masih ada mood ni..

Penting untuk semua!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
setelah beberapa hari Yaya tak update blog, pagi ni muncul hanya nak bagitahu sesuatu yang penting sahaja,
Yaya ada hutang lagi dengan entri iaitu 10 hari cabaran (maaf kne tunda)..
sebab? dah 4 hari Yaya demam dan tak mampu nak menghadap laptop..
semalam lepas balik klinik, badan memang panas sangat2, baring2 tetiba muntah..
Yaaa..Yaya demam memang muntah sebab badan masuk angin kan..
kemah je rasa, selalu lepas muntah abah bawak hospital masuk air tapi kali ni abah dah pergi kerja, selalu muntah2 ni terjadi masa subuh..
okay..lagi satu sebab Yaya akan meninggalkan blog buat sementara kerana Isnin depan dah mula sem baru..
yeay!!
mesti sibuk..
dengan nak handle Yayah Collection lagi..
Yayah Collection aktif seperti biasa cuma perjalanannya agak lambat la tak selaju dulu..
okay la..
itu sahaja..
Yaya nak minta maaf kalau Yaya tak singgah blog korang ye..

#sekarang ni pun masih tak baik lagi 100%..tekak masih sakit..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...