Entri Terbaru

Orang berbadan besar tak diterima?

Orang berbadan besar tak diterima| Assalamualaikum..semoga kita semua diberkati oleh Allah yang Maha Esa. Harini Yaya nak menyuarakan pendapat, perasaan, emosi dan macam-macam lagi lah bila ada sesetengah diantara kita ni dok kalut kecoh pandang rendah pada orang yang berbadan besar ni. Lebih lagi isu ini sensitif pada golongan perempuan. 

Salah apa orang yang berbadan besar ni pada anda? Sampai ada sesetengah kita yang pilih bulu dalam bersosial. Sebab apa? Sebab badan dia besar, aku tak nak kawan lah. Motif? Kau ingat mereka ni tak de hati dan perasaan ke? Kau nak cemuh dia begitu? 

Ni nak sentuh pasal perhubungan antara lelaki dan perempuan. Tak kisah la suami isteri atau pasangan kekasih yang ingin berumah tangga. Sampai keluar cerita yang kes suami dia curang tu sebab dia dah tak cantik. Kalau kau nak isteri kau cantik, kau sekali la tolong bantu dia. Kita sama-sama transform. Jangan lah kau buat dia merana lak. 

Ni nak cakap dekat insan bernama lelaki tak kisahlah kekasih atau suami orang. Andai suatu hari nanti kau dapat pasangan yang berbadan besar, atau pasangan kau tu dulu kurus tetiba makin sihat. Kau jangan lah buat dajal curang dengan perempuan lain. Kalau betul dah tak nak tinggalkan dengan cara baik bukan menyakiti. Kalau korang nak suruh dia makin cantik (kurus) korang kena lah bagi semangat, bukan menjatuhkan semangat dia. Bukan perli-perli, maki-maki. Kalau korang nak dia berubah, korang pun kenalah berubah. Si dia kau nak cantik, kurus, slim macam model tapi yang korang selebet, selekeh, buncit. Kau ingat apa? Adil? 

Siapa kata mereka tak nak menjadi cantik, tak nak kurus. Pasti ada dalam lubuk hati mereka tersimpan niat mahu menjadi kurus. Siapa kata dorang tak berusaha? Kau jangan perlekeh. Mereka dah berusaha cuma belum sampai masanya lagi. 

Hodoh sangatkah mereka sampai kau lelaki perlakukan mereka sebegini? Satu lagi, sebab apa kau nak mereka kurus? Sebab nak mereka sihat atau mereka cantik? Kalau setakat nak mereka cantik badan macam model, baik tak payah dan kau pergi ke dari kehidupan mereka. Untuk lelaki yang pilih cantik semata ni, korang kena ingat paras rupa ni sementara, cantik ni kejap je. Habis nanti bila dah tak cantik kau nak buat ape? Tinggalkan mereka? Banyak songeh kau.

Ok. Maaflah dah panjang lebar mengarang. Nak ingatkan, kalau betul kau sayang pasangan kau, kau boleh terima segala kekurangannya. Tolong jadi matang. Nak mendidik dengan cara yang berkhemah ok. Nak menegur jangan sampai pasangan korang kecil hati. Akhir kata, maaf atas ketelanjuran tutur bicara. Ingat Perempuan ini bukan untuk disakiti, tapi untuk dilindung dan disayangi. 

13 comments:

  1. Setuju dengan kak yaya! Lelaki memang kebanyakkannya begitu. Kadang tengok diri dia pon dua kali lima saja tapi nak isteri cantik manjang. Macam yang kak yaya cakap, cantik ni bukan untuk selama-lamanya. Makin lama pasti akan luntur juga. Sampai bila kita nak mengejar kecantikan sebab semuanya tak akan kekal. Haih, memang emosi kak bila terfikir pasal mereka2 yang memilih kecantikan semata ni.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? memang la kita emosi bab2 cenggini.. lelaki ni tak fikir ke perasaan kita?

      Delete
  2. Uwahhhh. sangat menarik entri ni. Pika sokong sangat dengan every single things yang yaya mention! Well, since pika pun berbadan besar. Pika pun selalu ja kena perli apa semua sebab gemok. Kadang2 pika sampai terfikir orang tak nak kawan dengan aku sebab aku gemok ke ehh.. Sampai macam tu skali. Pika pun pernah nangis teruk2 sebab memikirkan badan yang gemok ni. Tapi, pika cuba ubah cara pemikiran, think more to posituve side instead. Sampai bila kita nak fikir apa orang fikir. So just be confident and happy. Tu pun rasa bersyukur sangat masih sihat ada kaki tangan mata semua kurniaan Allah ni. Syukur sangat semuanya masih berfungsi dengan sebaik nya. Alhamdulillah. Ehhh, panjang pulak comment pika ni macam nak tulis entri dekat blog Yaya je.. Kekekekekee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak pe la...ini pika punya pendapat..ruang komen ni bebas nak komen berapa panjang..ngeee.. betul tu..yakin dan bersyykur dengan diri sendiri itu lagi penting dari fikir orang punya pandangan terhadap kita.

      Delete
  3. Realitinya memang sangat pedih. Tapi saya kenal ramai wanita berbadan besar yang sangat attractive langsung saiz nya tu "hilang"..bagi saya personaliti dan yakin diri penting sangat bila bersaiz besar.

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. kena yakin dengan diri

      Delete
  4. terkadang memang terasa bila orang kata gemuk...ada sesetengah orang, dia memiliki rangka besar...jadi, bila dia kurus macamana pun, dia tetap nampak besar...walau apapun, bersyukur dengan apa yang ada...daripada kurus tapi sakit banyak, lebih baik besar tapi sihat wal'afiat...betul tak?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mama amir..asalkan sihat..

      Delete
    2. cik yaya buka obese atau gemuk
      awk rangka bersaiz besar
      type yg saya cri selama nie...
      jarang ada .... hampir pupus da... hahaha

      Delete
  5. sabar ye cik yaya..hehehe..memang laki tu kalau dah buang takkan terima balik..hehe

    ReplyDelete
  6. Wahai lelaki..terimalah wanita seadanya...

    ReplyDelete
  7. asalkan kita sihat no problem dik, kalau kurus kering banyak sakit tak guna jugak kan

    ReplyDelete
  8. Salam singgah, berbadan besar selagi tidak menyebabkan penyakit tiada masalah. Wanit berbadan kecil pun ada yang banyak penyakit. Berbalik kepada tanggungjawab sebagai suami isteri tu..
    jemput segmen: http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...