Entri Terbaru

HAWA ITU HATINYA LEMBUT


HAWA ITU HATINYA LEMBUT | Assalamualaikum..harap semua sihat dan masih mampu mengucap syukur dengan apa yang Allah beri. Yaya nak bagi korang berfikir sejenak, pernah tak korang perasan, member korang ke, kakak senior sekolah lama ke, jiran ke sesiapalah sekeliling korang yang bila dah berumahtangga, diorang berubah. Be more better then yesterday. Perasan tak? 

Haaaaaaaaa.....
Inilah yang Yaya nak bebel kejap ni sementara menunggu kelas petang nanti kan..heee..
Ubtuk kaki stalk macam Yaya ni, memang lah boleh perasan perubahan yang berlaku pada seseorang yang Yaya follow dimedia sosial. Antara kita perasan atau tidak, ada diantara mereka yang sudah bergelar isteri, mula berubah kearah yang lebih baik. Alhamdulillah. Janganlah pula korang kata "haish, tunggu dah kahwin baru nak berubah?" Alhamdulillah sesungguhnya dia masih sempat dan cuba untuk berubah. Dulunya seorang yang free hair, seksi meksi tapi bila dia menjadi isteri, dia berubah kearah lebih baik. Itu kenapa? Dengan izin Allah dan usaha jiwanya untuk berubah. Dia juga sudah menjadi lebih matang dengan memikirkan perkara lain dan dia juga sudah bersuami. Peranan suami juga penting, kerana suamilah sebagai ketua keluarga dan membimbing isteri serta anak2nya kelak. 

Percaya tak, Hawa ini hatinya lembut sangat, sangat lembut sampai menjadi terlalu keras. Dengan adanya bimbingan dari seorang suami, seoarang wanita yang dulunya free hair mampu berubah berjilbab labuh. Percayalah hati kami ini lembut, cuma kamu wahai suami kena pandai membentuknya. Kalau suami pun tak kisah dan tudak ambil berat tentang hal2 agama dalam rumah tangga dan kehidupan harian, sebab itulah ada sesetengah kami ini yang masih ditakok lama. sampai ada yang kata"kau siapa nak tegur aku? suami aku pun diam je tau!"...

Jadi sebagai seorang suami, bimbimbanglah kami si isteri yang sedang berusaha menjadi yang baik dan lebih baik.. :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...