Entri Terbaru

Aku dan diabetes | Lupa

Aku dan diabetes | Lupa. Assalamualaikum semua. Lama tak bercerita dan tengahari ni Yaya nak juga kongsi cerita. Dalam dua tiga bulan ni Yaya sedar yang yaya sering dan mudah sangat lupa. Dekat mana kunci motor sedangkan memang selalu letak dalam poket bag, dekat mana cepit rambut sedangkan memang dah ada atas kepala. Baru setengah jam bertanya sudah lupa. Totally lost. Rasa macam berat sangat bila nak ingatkan balik apa yang aku lupa tadi. Memang susah. Susah tu macam kau hilang ingatan lepas tu kau paksa diri nak ingat balik dalam masa yang dekat. Mana taknya mestilah menggelabah bila cari kunci motor hilang sebab nak pergi kelas. Turun naik turun naik padahal kunci kat bag yang kau usung sana sini tu juga. Mana tak gelabah bila cari handfon hilang dah selongkar bawah cadar, bawah bantal walhal baru je lepas kau pegang then kau lupa mana handfon kau, tapi sebenarnya kau tengah pegang pun handfon tu. Apa kau rasa? Mungkin korang akan rasa itu benda biasa. Tapi bukan bagi Yaya sebab Yaya yang dulu bukan seorang pelupa. Tapi Alhamdulillah yaya still ingat dan boleh kenal orang lagi dan masih boleh ingat tentang pelajaran.

Yaya sering gak hairan dengan diri sendiri sebab dulu tak pernah macam ni dan memang selalu ada tanda tanya. Dan akhirnya harini Alah bagi petunjuk. Kes ni bermula masa lecturer bercerita bahawa orang yang menghidap diabetes ni mudah lupa. Dari situ yaya dah mula rasa, aku lupa ni sebab aku sakit ke? Balik je dari kelas terus bukak laptop dan google. dan jawapannya adalah ya....pesakit diabetes boleh menjadi lupa disebakan darah yang tercemar oleh gula menyebar keseluruh organ tubuh yang penting dan boleh merosakannya. Dan lupa disebabkan organ otak yang terganggu atau rosak dan boleh menyebabkan pesakit menderita "pelupa". Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan bersama lelah. Dan cakap dalam hati "Allah...aku redha dengan apa yang sedang kau aturkan" :')

Yaya tahu keadaan sakit yaya sekarang ni. Apa yang Yaya harap adalah Yaya kuat untuk terus hidup dan menjalani apa jua yang mendatang. Semoga sakit lupa ini tidaklah seteruk mana. Ye yaya memang suka baca berkenaan sakit yaya ni, bukan satu tapi semua blog berkaitan yaya akan baca. Jadi yaya akan lebih bersedia jikalau apa-apa yang akan terjadi nanti. Kalau korang nak baca, nah link http://cara-mengobatipenyakit-diabetes.blogspot.my/ ...kalau korang nak search lebih lagi pasal sakit ni pun boleh. Bukan bergantung pada blog ni je. ok lah, nak makan lepas tu nak pergi kelas. 

11 comments:

  1. Allahu...sabar yaya...yakin..janji Allah pasti..ada ganjaran istimewa untuk ummat yang sabar dan redha.

    ReplyDelete
  2. Semoga terus kuat! Allah uji sebab Allah sayang. :)

    ReplyDelete
  3. hai yaya macm tkpercaya yaya knA SAKIT diabeis,hrap tabah ya.lagi2 yaya masih muda.jaga makan yg penting

    ReplyDelete
  4. yaya ok je saya tengok. masih cantik.. insya Allah yaya boleh hadapi dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :')...rupa paras, cantik, fizikal bukan ukuran dia awk..mungkin kekuatan dalam diri yang perlu.. amin.insyaAllah..terima kasih atas doanya..

      Delete
  5. yaya, boleh kalau ada masa baca link ini, http://www.naturalnews.com/042441_type_1_diabetes_raw_food_diet_natural_treatment.html

    ReplyDelete
  6. memulai hidup dengan gaya hidup yang lebih baik agar terhindar dari diabetes. Salam kenal!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...