Entri Terbaru

Allah beri tepat pada waktu dan tempatnya

Allah beri tepat pada waktu dan tempatnya| Assalamualaikum dan selamat malam. Kali ni tak nak cerita panjang sangat disebabkan kena buat ulangkaji besok dah start paper untuk semester 5. Dah sem 5 rupanya Yaya ni. Pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu. Sem depan dah bentang thesis lepas tu praktikal. Haaaaaa ni yang nak khabar ni pasal thesis, eh tak pasal tempat praktikal. Thesis Yaya Alhamdulillah masih terkawal. Ada lagi lebih kurang 2 bulan untuk siapkan kajian sebelum bentang. Nak tahu Yaya buat kajian apa nanti Yaya cerita.

Ni nak berbicara mengenai tempat latihan industri. Punyalah payah, hantar resume sana sini lepas tu dapat jawapan penolakan. Dah 3 tempat tolak ni walaupun Yaya start mohon bila akademi cakap boleh mohon tapi nak buat macam mana belum ada rezeki. Risau tu risau gak la sebab ramai juga rakan2 yang dah dapat tempat, Yaya ni bukan apa, lagi cepat lagi mudah. Tak perlu nak fikir lagi. Boleh la uruskan kerja lain. Nak jadikan cerita, Yaya pun cuba lagi mohon dekat satu company under PTS PUBLISHING HOUSE ni. Nak tahu company apa? Nanti Yaya cerita entri berikutnya. Yaya pun tekan butang enter bersama harapan. Daaaaaan...dua hari kemudian dapat maklum balas meminta Yaya datang temuduga. Dan harinya adalah harini.

Maka, seawal jam 8 pagi Yaya pun keluarlah dari bilik bersama-sama Nasirah. Uruskan hal2 yang berkenaan lepas tu bergeraklah kita ke tempat yang hendak dituju. Mengikut firasat 'waze'..anggaran waktu pergi mengambil masa 32 minit macam tu lah, tapi kalau dah bagi Yaya yang bawak, makanya sejam juga lah baru sampai dengan sesatnya main pusing2 dua tiga empat lima kali kat kawasan tu juga sebab nak masuk simpang terlajak dah. Haish. Takpe, usaha tangga kejayaan. Bila dah sampai, tunggulah panel yang nak temuduga tu. Cerita punya cerita. Dia soal itu ini dan akhirnya Yaya pun mengisi maklumat diri. Alhamdulillah :-) Yaya diterima praktikal disitu. Memanglah suatu kesukaan Yaya sebab memang berhajat nak intern tempat2 penerbitan gini. sebelum ni ada hantar dua tempat penerbitan tapi ditolak sebab tiada kekosongan. Tapi, bila Allah kata ini rezeki Yaya, maka disinilah Yaya dapat. Jadi, PTS, jumpa nanti bulan 4.
Terima kasih Nasirah (kecik) sebab sudi teman Yaya walaupun deman. Ok lah, jumpa next entry.

2 comments:

  1. alhamdulillah..syukur..berkat sabar dan redha kan yaya..moga Allah permudahkan semua urusan Yaya ya dik..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...