Entri Terbaru

Final year

Final year| Assalamualaikum dan selamat malam. Hampir dua bulan Yaya tak update pape dalam blog. Malam ni baru berkesempatan. Itu pun curi-curi masa memandangkan wifi dekat library ni pun laju semacam je kan, sambil-sambil menyiapkan kajian yang bakal dibentangkan sem depan, marilah kita mengisi masa lapang >_< (rehat jap).

Mula-mula sekali Yaya nak wish good luck untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga di APB esok hari. Semoga kamu semua berjaya ye. Amin.

Keduanya, Yaya nak cakap..yaya pasti akan rindukan segala yang pernah yaya lalui disini...di uitm, di akademi pengajian bahasa bersama kawan-kawan seperjuangan dan bersama semua pendidik. Yaya dah final year wei. Terasa sekejap masa berlalu dan sem depan akan mula viva lepas tu mulalah hidup seorang budak praktikal. ok, tempat praktikal masih samar-samar lagi. Masih gigih mencari dan mencuba. Semoga Allah permudahkan segala urusan. 

5 sem rasa macam masa pantas berlalu. Mulanya dari kekok, tak kenal dan perlbagai perasaan yang timbul sehinggalah wujudnya perasaan kasih terhadap semua rakan sekelas. Dari sini jugalah Yaya kenal erti sahabat. 


Aku pasti merindui kalian. Kalian yang menghadirkan rasa suka duka, marah benci sayang gembira dan pelbagai lagi. Terima kasih.

2 comments:

  1. Final year sudah... nanti mesti rindu balik suasana zaman belajar kan. =) =)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...