Entri Terbaru

Dosa menulis

Dosa menulis | jika kita perhatikan sekarang ini banyak blog yang wujud dan banyak penulisan serta entri yang dihasilkan. Selain itu, jika kita lihat dia media sosial seperti facebook, twitter dan pelbagai lagi, terlalu ramai penulis yang lahir dari pelbagai segi. Namun disebalik penulisan itu, terdapat juga yang menyebarkan cerita2 yang tidak benar. Walaupun benar, perkara yang tidak baik disebarkan itu menjadi aib. Tanpa kita sedari kita telah banyak melakukan dosa. Menulis itu memang baik tapi apa yang ditulis itu sepatutnya menjadi keutamaan. Jangan tamakkan nama sehingga kita lupa batas agama. Nanti disana kita juga yang menderita. Menulis biarlah pada perkara yang memberi manfaat dan baik-baik sahaja.

Gemuk bukan dengan makan banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. apa khabar semua? semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. 

Kali ni terpanggil untuk buat entri mengenai "gemuk"... ya gemuk..entri ni khusus buat sesetengah kita yang hendak menjadi gemuk atau berisi disebabkan oleh2 faktor..mungkin mereka terlalu kurus, berat badan kurang dll. Dalam fikiran mereka, cara yang paling mudah untuk menjadi gemuk adalah dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak dan tanpa mengikut aturan makanan sihat. Segala makanan dia bedal tanpa kira waktu. Bila makan, makan dan terus makan..namun berat tidak juga naik...ketahuilah ada sesuatu yang tak kena..cek punya cek rupanya terkena pentakit disebabkan cara pemakanan yang tak seimbang. Niat nak badan naik rupanya lain yang mendapat. Jadi buat mereka diluar sana, jika benar nakkan badan naik, makanlah secara sihat bukan makan secara mengikut nafsu.. tak menjadi dengan makan yang banyak boleh buat badan naik. 

Demi masa, kita rugi...


Demi masa..
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta kesabaran..

Percaya tak yang kita semua ini sedang rugi..
Rugi dengan nikmat yang Allah beri..
Kita leka didunia sedangkan amalan untuk disana langsung tak ambil kira..
Apa yang akan kita sembahkan pada Allah nanti? Apa?
Adakah segulung ijazah yang gah? Atau darjat yang kau agung-agungkan? Fikirkan sejenak..
Asyik mengira harta dunia sampai kita lupa harta untuk dibawa kesana..

Kian menyepi


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
tinggal lagi dua minggu..sebenarnya beberapa belas hari sahaja lagi untuk masuk sem baru..
untuk bergelar senior tahun 2..
untuk start buat draf thesis..
yaaa...dan Yaya masih lagi diawang-awangan..
masih memikirkan tempahan baju daripada customer..
itu biasalah..kerja part time kan..
nak bina masjid, kena cari duit lebih ye dak?
sebenarnya entri kali ni hanya nak beritahu yang blog ni makin menyepi dan kian-kian sepi + sunyi..
walhal cuti sebulan lebih, namun banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan..
yaa..orang kata jangan bagi alasan kalau kau betul blogger..
hahahaha..orang berblog ada sebabnya, ada matlamatnya dan blog ni bukan utama bagi Yaya..
tapi jika ada ilmu atau cerita pengajaran tentu Yaya akan kongsikan..
bukan hanya setakat nak bercerita soal yang tidak penting yang tidak membawa kebaikan..
bukan bercerita hanya sekadar nak cari populariti dan publisiti tetapi langsung tiada pengajaran untuk pembaca lebih lagi pengajaran tentang ilmu agama..
yaaa....memang kita akan lebih bercerita perihal seharian kita namun tak perlu kot setiap entri setiap masa setiap hari..entri kosong tanpa isi tanpa ilmu tanpa kebaikan..

p/s - ada masa kita perlu menangis, agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...