Entri Terbaru

Al-Nuraa yang 5 yang 6

Assalamualaikum, pagi yang indah ni nak kongsikan satu lagu yang membawa mesej yang sangat mendalam untuk kita semua umat Islam. Baca ulang kali dan fahamkan apa yang ingin disampaikan oleh penulis.

Lirik Lagu Al Nuraa Yang 5 Yang 6 - Mawi, Hazama & Daly Filsuf

Korus
Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Korus

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini
Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Korus

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuuraa
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa

Korus

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran

Aku dan diabetes | Bangkit

Bangkit | Setelah semangat yang hilang dipulihkan, Alhamdulillah kini aku bangkit seperti biasa. Berlakon anda seperti orang biasa yang tiada sakit apa-apa yang sihat sejahtera yang boleh makan apa sahaja yang itu dan yang ini walhal anda sendiri tahu anda sakit. Aku dah okay, mungkin.. sedikit demi sedikit dan masih lagi sesuaikan diri dengan sakit ini. Sejak aku ada penyakit ini, aku kerap gastrik. Tak pasti kenapa sebab sebelum ini tidak pernah. Walhal baru 2 jam sebelum sudah makan tiba-tiba perut aku akan mencucuk-cucuk nakkan sesuatu. oh ya makanan dan aku tak boleh nak makan sesuka hati sahaja untuk puaskan perut aku, jadi aku akan berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Aku sudah bangkit daripada jatuhnya diri ini. Selama tiga hari berendam air mata walaupun kini masih ada saki baki itu tapi aku cukup kuat untuk mengesat ia. Air mata. 

Aku dan diabetes | Menagih simpati

Menagih simpati | Setiap entri mengenai diri aku dan sakit kurniaan yang terindah ini bukanlah untuk meraih simpati atau meminta cemuhan daripada sesiapa. Aku cuma mahu berkongsi pengalaman untuk mereka yang mungkin senasib denganku yang masih lagi belum mampu mencari semangat itu. Mungkin bila dia terbaca entri ini, semangatnya sedikit hadir kerana bukan dia sahaja yang diuji, ada juga yang lain. 

Aku dan diabetes | Al-kisah

Al-kisah | Assalamualaikum..ketika aku menulis entri ini, aku berumur 22 tahun dan aku nekad untuk menulis entri ini walaupun aku tidak pasti bila akan aku kongsikan bersama anda semua. Mungkin selepas ini blog ini hanya akan bercerita kisah aku. Ya kisah aku dan sakit kurniaan yang Allah beri ini. Kurniaan yang terindah ini. :)

Lama juga aku memikirkan tentang kisah ini. Adakah patut atau tidak aku kongsikan, namun..aku nekad berkongsi pada semua walaupun lambat supaya yang senasib dengan aku mampu mencari semangat yang hilang. Ya hilang..mungkin korang semua boleh kata iman aku lemah. Allah.. Ya lemah..hanya kerana sakit yang biasa ini aku lemah. Sakit yang biasa dikalangan rakyat Malaysia tapi bukan dikalangan golongan muda seperti aku. Aku dan adik aku. 

Dulu ketika aku tidak ada penyakit ini, ya aku tidak faham apa yang adik aku rasa. Kini, aku faham kenapa ada ketika saat orang keliling sibuk menegah supaya tidak makan itu tidak makan ini pada adik, dia melenting. Ada juga dia menitiskan air mata. Pelbagai perasaan yang hadir bagi kami kerana kami masih muda dan ada juga yang memandang serong. "Itulah makan tak dijaga", "Makan manis2" dan macam-macam lagi anggapan orang pada insan istimewa seperti kami. Mungkin pemakanan juga merupakan musabab dan mungkin kerana keturunan menguatkan lagi penyakit ini untuk menyapa kami. Ya, aku anggap ini suatu keistimewaan kerana tak semua akan hadapi seperti apa yang kami hadapi. Kami akan hadapi saat ini sehinggalah akhir nafas kami.

SEM 4

Sem 4 | Assalamualaikum semua...fuuuh... lega. Ambil nafas sat, sejam merempit dari kampung akhirnya sampai juga ke kolej melati uitm Shah Alam. Setel pendaftaran, masuk bilik. Udara baru, perabot baru, tilam baru, roomate baru dan nasib baik sahabat kesayangan hamba bilik sebelah. Angan-angan berdoa dapat satu bilik yang sama, tapi Allah takdirkan tak sama tapi masih lagi dekat. Sampai dah awal dah tapi mati kutu tak tahu nak buat ape sebab roomate keluar, syifa pergi hantar adik dia dan barang yaya tak ada lagi sebab abah bawak naik kereta. Maklumlah merempit memang bawak diri je. Huhu.. besok sudah bermula kelas. Start sem ni kelas mula pukul 8.00 pagi. Bersiap sedia lah semua mahasiswa uitm. Huhu. Btw, saya Adilah binti Mohd Asari dari Akademi Pengajian Bahasa sudah siap untuk menempuh onak duri sem 4. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...