Entri Terbaru

Jangan Takut Untuk Berubah


Jangan takut untuk berubah | Menjadi yang terbaik adalah impian setiap insan namun yang menjadi penilaian adalah bagaimana usahanya untuk mencapai apa yang diimpikan. Penekanan Yaya dalam entri kali ini adalah berkaitan pakaian. Kalau sesiapa yang mengikuti blog Yaya, pasti korang perasan Yaya sering menyentuh tentang etika berpakaian seorang muslimah. 

Bila ada yang menasihati untuk berpakaian menutup aurat. Bila ada yang berkata yang menutup aurat itu lebih baik daripada yang tidak. Ada pula berkata "dia tutup aurat tudung litup-litup pun tapi masih mengumpat, buat apa? SALAH!!! Dia tutup aurat, dia bertudung labuh, dia berpakaian longgar adalah kewajipan dia dalam mengikut perintah Allah. Seterusnya akhlak itu perlulah diselarikan. Sedikit-sedikit. Jadi apa awak rasa bila awak tak mengikut perintah Allah? Ada situasi bila pakwe dia suruh buat sesuatu laju je dia buat, tapi dia lupa dia leka langsung tak buat suruhan Allah. Mana keutamaan yang kita letakkan sebagai hamba Allah? Nak syurga kan sahabat?

Ada juga yang berkata, "aku dah pakai tudung eh", "aku dah tutup aurat eh". Auratnya diletakkan pada keadaan dia bertudung. Bila dia bertudung bermakna dia sudah menutup aurat. Bagus dia pakai tudung, tapi mungkin ada perkara yang dia terlepas pandang. Tudungnya hanya menutup bahagian lehernya dan dadanya masih lagi boleh dilihat oleh ajnabi. Tak malu kah? Dia memakai baju yang tidak terdedah tapi masih mampu menampakkan bentuk tubuh badan dia. Cuba bayangkan bila anda berpakaian ketat, dan ajnabi melihat tubuh badan anda. Ianya serupa seperti anda tidak berpakaian langsung kerana ketat dan nampak susuk tubuh anda.

Ada yang berniat nak berubah. Niat dihati dah tersimpan rapi, usaha dah diorak sedikit demi sedikit namun masih gagal untuk menyarungkan di badan. Kenapa? Kerana memikirkan pandangan orang sekeliling. Kerana takut menjadi buah mulut rakan sekelas. Kerana takut diejek. Kerana inilah ada diantara kita yang terhenti niatnya untuk berubah menjadi muslimah yang berpakaian mengikut syariat. Memang benar kata-kata orang itu mampu mematahkan semangat tapi fikirlah pandangan Allah terhadap kita. Jangan simpan niat sahaja tapi langsung tiada usaha untuk berubah. Hanya berkata "aku nak berubah jadi yang terbaik, aku nak berubah jadi yang terbaik" tapi tak berubah-rubah. Jangan biarkan ia hanya sebagai kata-kata kelak tak berguna. Kita tak tahu bila kita akan menghadap Ilahi, jadi jangan tunggu esok untuk memakai handsock, jangan tunggu esok untuk memakai stokin, jangan tunggu esok untuk labuhkan tudung, jangan tunggu esok untuk longgarkan pakaian anda. Selagi ada masa, ada ruang dan peluang, berubahlah wahai sahabat. Bukan berubah secara drastik, perlahan-lahan tapi istiqamah. Tak kesiankah kita kepada ibu bapa kita? Adik-beradik kita? Suami kita?

Ayuh wahai muslimah, bangunlah dan niat yang terbaik untuk kehidupan kita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...