Entri Terbaru

sesuci kasih lavender part 4

"Mia! Mia!" Liz menggoyang-goyangkan tubuh yang kaku itu dan meraung meminta tolong seakan orang kerasukan. Pastinya dia risau kerana Mia adalah sahabatnya yang setia. Sahabat dunia akhirat.

"What happened to Mia?" Mark yang sedang bersiar-siar di taman berlari ke arah Liz setelah mendengar gadis itu meminta tolong. 
"Mia fainting. Could you please send Mia to the hospital?"
"Yes, of course." Tanpa berlengah Mark pun mengangkat Mia dan segera menuju ke Oxford University Hospitals. Mereka tidak berasa risau kerana pembiayaan hospital mereka ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

"Lizzz..." suara halus itu membuatkan Liz terjaga dari tidurnya. Sudah seminggu Mia terlantar di atas katil hospital itu dan baru hari ini dia sedar. Selama seminggu itu jugaklah si sahabatnya setia berulang-alik dari rumah ke hospital setelah habis kuliah. Mulia sungguh pengorbanan seorang sahabat. Lelahnya dilupakan seketika tatkala sahabatnya sedang diuji tuhan.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

 

 

 Liz menyapu butiran mutiara yang gugur dari mata Mia. Sungguh Mia merasa terharu dengan pengorbanan sahabatnya itu.

"Miaaa..kenapa menangis ni?" tanya Liz penuh syahdu.
"Mia kesian tengok muka Liz yang kusam sebab kena jaga Mia."
"Liz okay la Mia, janga risau ya. Tadi doktor ada beritahu yang Mia boleh keluar hari ini."
"Alhamdulillah, maafkan Mia ye sudah menyusahkan Liz."
"Mia tak susahkan Liz langsung la."

*****

setelah pulang ke rumah, Mia hanya terbaring merehatkan diri. Sesekali ada juga dia cuba untuk mengemas rumah tetapi dilarang oleh Liz yang betul-betul menjaga kesihatan sahabatnya itu. Sudah 2 hari Liz tak cukup tidur kerana menjaga Mia yang kadang-kadang terjaga ditengah malam kerana batuk yang berpanjangan. Namun, sedikitpun dia tidak pernah mengeluh.

Sedang Mia asyik leka mendengar kicauan burung, tiba-tiba dia terdengar bunyi kaca pecah didapur.
  

macam tak percaya.



tak percaya!!
tak percaya!!
tapi yaya nak pergi jugak!!
hope mak n abah benarkan..
sehari je mak abah..
yaya kan dah besar..
please!!

tadi tengok ada email baru..
2-3 kali yaya dok baca email yang sama..
tak percaya kot!!
eh kene tipu ke kan?
jadi yaya pun call la no yang dia bg tu..
betullah..
manakan yaya tak mahu pergi..
hanya 10 blogger je yang terpilih satu malaysia ni..
tu la macam tak percaya..
kenapa boleh yaya?
tetamu istimewa cik Epal blogger yang terkenal tu kot..
takkan la tak mahu kan..
rezeki jangan ditolak maut jangn dicari iye dak??
hopefully parent yaya bagi..






kelebihan dan hikmah dari sunnah menyimpan janggut..

yaya copy ni dari HARIAN ISLAM.. khusus untuk kaum Adam :)

Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.
Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.
Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
  • Menampakkan kelelakian
  • Kelihatan lebih ‘macho’
  • Lebih hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • Lebih diminati wanita
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oelh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan.
Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

marah..

Assalamualaikum..
marah marah marah..
apa yang korang buat kalau tengah marah?
  1. marah orang tu balik?
  2. buat kerja dengan menghempas-hempas barang?
  3. atau marah dalam hati? 
ok..
marah ni banyak caranya kan?
ada dua kategori marah..
pertama marah secara terang-terang (nak bg tahu bahawa kita sedang marahkan dia).
marah terang-terangan ni pulak ada dua,,
satu, terus je bagi tahu orang tu yang kita tengah marah
kedua, buat kerja hempas barang(ni yang tak minat)
bagi yaya better bagi tahu je kalau awak tu marah kan tak perlu nak hempas sana sini..
tapi marah yang ni lagi bagus..
terjaga sikit hati kita..
iaitu marah dalam hati..
nak maki hamun ke nak marah kuat2 pun takpe tapi dalam hati..
kalau yaya pulak,,kalau marah budak2 biasa la kan cakap je kat dorang..
tapi kalau marah pada seseorang yaya lebih banyak diam..
sampailah orang tu dah buat yaya hilang sabar..
tapi kesabaran yaya jangan dicabar..
 
 
bila mengimbas kembali zaman tingkatan enam tinggal diasrama..
yaya memang tak pernah marah orang, hanya sekadar menegur..
tapi suatu hari tu bila budak-budak dah push yaya dengan geng-geng yaya..
memang terkeluar segala amarah..
sebelum ni yaya hanya pandang ,tegur dan diam kalau dengar korang nak perli bagai..
yaya tengah dok diam dengar korang push kami tetiba ada pulak suara sumbang bercakap dengan nada perli " hai kak dila, diam je ke? "
mula-mula boleh sabar lagi, tapi yang korang push banyak kali tu kenapa dekat yaya?
memang kenalah kan..
bila dah yaya bukak mulut, memang terdiam la korang macam ada malaikat lalu..
mana taknya suara yaya boleh dengar dua block asrama puteri..
nah amik ko..lepas dari tu,, dorang tak berani langsung dah nak push kami..
lagi-lagi yaya..dan dorang pun tak berani nak tegur or tanya yaya apa-apa dalam masa 2-3 hari..
mana taknya..dorang memang perlukan yaya..
sebagai ketua asrama puteri,, takkan la yaya nak lepas tangankan??
yaya marah sekejap je..dak korang nak sangat yaya bersuara..kan dah kena..
maaf lah adik2 kakak awk ni garang sangat..
 
haa..sebab tu yaya lebih suka diam kalau marah orang..
kalau yaya cakap kang lain jadinya..
ye la kita kalau dah marah sangat kan tak boleh kawal emosinya..
marah kan kawan syaitan..
dan marah jugak boleh merosakkan diri..

didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf :200)
 
"Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
 
sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud) 

 semoga kita mendapat sesuatu kali ini..

kaitan tudung dengan anda

Assalamualaikum..


apa kaitan tudung dengan kita?
tak ada pertalian darah pun..(soalan agak sengal)ok
tudung sangatlah penting lagi2 bila nak menuju ke sesuatu tempat..
tudung tudung tudung..
tudung punya pasal pun mood kita boleh hilang..
betul tak??
hilang sebab dah penat membetulkan tudung yang kemek dan rosak sejak dari tadi..
tudung kadang-kadang ok taw masa pakai sekali dua, tetiba pakai lain hari pulak dia buat hal..
kemek sana la, gelembong sini la..
dok payah pulak membetulkan tudung tu..dala keras kepala..
haish..
lagi-lagi kalau yaya ni..pagi2 je masa nak pegi kerja ke sekolah ke..masa tu je tudungnya sopan santun dan lemah lembut elok je dengar cakap kita..
tapi tunggu la lagi 10 minit..hancus balik tudung tu..
dan selepas itu memang tak la yaya nak betulkan balik..nak lipat sana sini..
yaya betulkan janji yaya selesa pakai itu sudh cukup..
tatkala itu dan selepasnya memang yaya tidak mempedulikan orang nak cakap yaya ni tak cantik ke selekeh ke..asalkan yaya selesa dengan diri yaya..
bla bla ba..(belagaknya!)
kadang-kadang kalau rosak gak masa kerja memang la mudah je hilang mood..
mana taknya langsung tak selesa,, nak buat kerja pun tak menentu..huhu
jadi bagi tak nak tudung tu buat perangai..
yaya meminta bantuan en. dan pn. starch..huhu
starch ni dah 3 tahun membantu yaya..huhu..
thankz a lot..

SELAMAT MALAM SEMUA.

doa penawar kepada penyakit

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR
CARA PERUBATAN ISLAM SEBENAR - Tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu :
 
1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
 
AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.
KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).
Sebagai contoh : 

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.
- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.
terdapat banyak lagi doa yang boleh kita amalkan.. kalau nak tahu jom terjah HIMPUNAN DOA-DOA

MIGRAINE !!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..
migraine??
korang pernah kena tak?
sebagai insan yang terpilih, yaya selalu mengalaminya iaitu migraine..
lebih-lebih lagi ketika memikirkan sesuatu yang memberikan tekanan walaupun sedikit..
bila dah kena serang dengan migraine tu..hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang ditanggung..
jadi cara untuk mengelakkan daripada migraine, yaya akan lupakan masalah itu seketika dan berfikir dengan perlahan-lahan..
jadi tak la migraine.
tak punpergi katil + peluk bantal = tidur..besok pagi bangun conform hilang ^_^



APA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.


kalau kita pergi hospital atau pun klinik, pasti diberi ubat tahan sakit..
tapi persoalannya sampai bilakah kita harus memakan ubat itu setiap kali migraine datang menerjah?
bila dah sakit pasti kita berdoa nak baik kan??
jadi yaya nak share surah bagi mengurangkan migraine dan seterusnya tidak terkena lagi..
insyaAllah..setiap ayat yang Allah turunkan itu ada kelebihan yang tersendiri..


Caranya:

Bila sakit kepala atau migraine mula berdenyut. Baca doa ini dan tekan dengan tangan pada bahagian yang sakit di kepala. Ayatnya tidak panjang dan senang dihafalkan. Lakukan dan baca banyak kali sehingga terasa kurang sakit.


Maksudnya:

"Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. "

insyaAllah dengan kerap diamalkan kita akan dapat merasa kesannya..
Sebagai seorang Islam wajib mempercaya setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Firman Allah SWT,
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Israa’ 17:82)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus 10:57)
jadi buang lah jauh-jauh ubat medical tu dan boleh tersenyum kerana tidak perlu memakannya lagi (lebih-lebih lagi tok orang yan macam yaya ni yang tak suka makan ubat)..
semoga kita mendapat manfaat untuk entri kali ini.. SAYONARA ^_^

sorry!!!!

sorry !! sorry!! and sorry!!
aarghh..
tak tahu dah nak cakap ape..
ini je yang terkeluar dari mulut sejak tadi..
tadi ada la adik yang selalu datang kedai ni nak laminated..
yaya pun buat la..tetibe tgk terlipat pulak jadi yaya roll la lg sekali..
kali kedua tgk..
weeeh...mana kertas ni tak keluar-keluar..
dengan gelabahnya terus tanya kak ita..
huuurm..sorry kertas tu dah selamat da.
 sorry sangat..


kalau kertas tu kertas biasa je takpe..
SLIP SPM kot..
memang gelabah la yaya..dah la yaya ni cepat benor gelabahnya..
nasib baik adik tu kata takpe mungkin boleh mintak lagi..
dengan rasa tanggungjawab atas kehangusan kertas tu,,yaya pun bagi la no telefon kalau ada pape ke kan..
habis satu kedai bau minyak wangi jenama paper burn..haha
sorry again..
 

me?? insyaAllah..

Assalamualaikum..
bila anda semua scroll ke bawah..
anda akan ternampak gambar tu..
ok..
yaya tak pakai lagi taw purdah..
baru jadi model je..hehe
one day insyaAllah..
tapi yaya nak promote purdah ni mana la tahu ada yang nak order..
act yaya ni memang tukang jahit..



purdah tali getah..
sangat mudah dan selesa dipakai..
daripada kain kosobo, lycra dan cifon..
kalau nak tahu lebih lanjut singgah sini
atau

lepasan SPM!!!!

hai hai hai..ni tok korang yang lepasan spm..
tak tahu nak sambung belajar dekat mana??
klik SINI untuk maklumat lanjut..

terimalah taubatku Ya Robb

Lirik Lagu Taubat Seorang Hamba - Irsyadee + Hafiz Hamidun

Hati Hiba Mengenangkan
Dosa Dosa Yang Ku Lakukan
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima Taubat Hamba Berdosa

Ku Akui Kelemahan Diri
Ku Insafi Kekurangan Ini
Ke Kesali Kejahilan Ini
Terimalah (3x) Taubatku Ini

Telah Aku Merasakan Derita Jiwa Dan Perasaan
Telah Hilang Dari Jalan Menuju Redha Mu Ya Tuhan

Di Hamparan Ini Ku Meminta
Moga Taubat Ku Diterima


pernah dengar nasyid ni??
yup.. hanya lagu yang dapat menggambarkan perasaan tatkala ini..
menitis airmata mendengarnya..
sesungguhnya aku menangis kerana aku mengerti telah banyak dosa yang aku perbuat..
semoga taubatku diterima Ya Robb..

petua cari calon suami

dengar sini orang-orang kampung..
yaya nak share artikel lagi..
hari ni dok syok pulak share bab-bab kahwin ni..
maklumlah sudah cukup umor pun kalau nak jadi permaisuri seorang suami kan.. ^_^

jom intai petua cari calon suami..
-
-
-

Petua Cari Calon Suami Yang Baik
Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

                                          
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.

                                                           
  • Jangan nilai pada rupa ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

                                               
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita. Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”. Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

                                                
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita. Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...