Entri Terbaru

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya


Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik, kita dah masuk penghujung 2013. Jadi dengan itu Yaya nak buat segmen untuk memilih blog yang akan menjadi bloglist Yaya untuk tahun 2014 pulak. Bloglist Yaya ada dua kategori, satu bloglist tahunan dan satu lagi bulanan. Segmen ini sekejap je sebab akan ada lagi sambungannya di bulan lain. 

Syarat2 nya ialah :
  1. Follow blog Yaya
  2. Like and share page ni 
  3. Copy banner dan backlink ke entry ni.
  4. Tinggalkan link korang kat komen entry ni sahaja.
  5. DONE!!!
Hanya 15 blog bertuah yang akan dipilih oleh encik Random. Segmen ini akan tamat pada 31 December 2013.

Seseiapa yang terpilih menjadi bloglist Yaya, diharap anda juga meletakkan blog ni dalam bloglist anda ^_^.

SENARAI PESERTA akan dipublish nanti.


Nak simple tapi tak nak simple sangat. Macam mana tu?

Celoteh Cik Yaya

Assalamualaikum semua.
Petang-petang ni rajin pulak menggodek dan mengedit blog.
Dah lama rasanya tak edit mengedit nih.
Keras tangan.
Nasib baik tak lupa lagi.
Dah lama rasa nak tukar tapi tak pasti nak tukar macam mana lagi pun
rasanya lawa lagi (sayang kot nak tukar sebab ungu punya pasal).
Tapi petang ni fikir dan terus fikir dan akhirnya nekad gak nak tukar.
Ungu pun ungu lah.
Nak bagi tenang sikit, tak serabut yang penting background tu still ada lavender.
hi hi hi. >_<
Yaya edit header, footer, menu tabs dan background je.
Yang lain still sama.
Alah, Yaya tukar benda yang senang je, adik umor 14 pun lagi mahir dari Yaya.
Tak pe la yang penting hasil tangan sendiri (nak sedapkan hati) haha dan puas.
Okay lah. Korang komen lah ye apa yang korang rasa dengan hasil tangan Yaya yang tak seberapa nih.


Apabila Hilangnya Hikmah Jubah.



Assalamualaikum dan selamat malam semua. Malam ni dapat update kejap sementara merehatkan minda untuk sambung exam seterusnya. Alhamdulillah tadi dapat menguntumkan senyuman yang indah tatkala melihat baris-baris soalan. Hopefully dapat la lagi macam ni. 

Malam ni Yaya nak share dan kupas tentang pakaian indah iaitu jubah. Siapa suka pakai jubah angkat tangan. Ada yang tak suka pakai jubah ni sebab alasannya panas, ye la fabrik yang diperbuat tebal sesuai dengan jubah tu sendiri. Ada yang Yaya pernah tanya cakap tak bersedia lagi (mungkin nampak macam baik sangat kot). Tapi semua itu tak mengapa asalkan dia masih menutup auratnya dengan sempurna.

Tapi...kebelakangan ni pemakaian jubah bukanlah satu tuntutan untuk menutup aurat lagi, sekarang ni seperti trend. "TREND JUBAH" ...Kenapa Yaya cakap trend? Korang pun boleh bezakan sendiri gambar di atas. Sekarang ni memang Yaya akui banyak sangat jubah-jubah di pasaran, tetapi adakah jubah tu seperti jubah yang sepatutnya? 

Dibandingkan dulu, sekarang ni susah nak jumpa jubah yang di perbuat daripada kain yang tebal, longgar dan tidak jarang. Senang kata jubah yang betul-betul mengikut syarat pemakaian bagi kaum Hawa. Jawabnya kena beli kain tebal then buat sendiri la. Sekarang ni memang ramai suka pakai jubah, Yaya suka tengok dorang pakai jubah tapi sedih bila pemakaian jubah itu tidak dititikberatkan. 

  • Jubah bukannya jarang yang boleh menampakkan apa yang tak sepatutnya. 
  • Tidak pula ketat yang boleh menampakkan susuk tubuh pemakai.
Sayang...sedihkan bila sia-sia saja kita pakai baju tetapi masih di labelkan sebagai telanjang.  Cek balik niat kita, kenapa kita pakai jubah? Sebab dia senang main sarung je atau nak mengikut tuntutan agama iaitu menutup aurat? Ini teguran dan peringatan buat diri Yaya juga. Yaya juga tak lari dari melakukan kesilapan. Renung-renungkan semua ^_^.



Yum yum

Assalamualaikum semua. Buat apa korang petang2 ni? Sejuk-sejuk ni sebab hujan, meh kita layan tauhu bakar dulu. Rugi tak makan. Ada orang belanja. Makan dulu ya.

Midnight before . . .


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lama rasanya tak update blog (padahal baru 2-3 hari je). Nampak tak? nampak tak? Gambar kat atas tu? Apa kaitan? itulah punca Yaya tak update blog. Bukan update blog je, sentuh laptop pun tak. Tengah pagi buta ni baru nak sentuh sebab terlalu rindu yang amat sangat. Huk huk. Sebenarnya sekarang tengah minggu exam. FINAL EXAM weyh. huhu. Tu yang kena study smart tu. Memang la tak menghadap buku 24 jam tetapi Yaya ni kalau tak bukak laptop memang 24 jam la terbukak. Tu yang tak mahu tu. Takpe, ni sat lagi Yaya terus tutup laptop sambung study. Pepagi + sunyi macam ni senang sikit mahu masuk. Jangan jadi macam karton kat atas tu, kembang kepala dia, sian kot. Doakan Yaya dan yang lain dapat buat yang terbaik k korang. Oklah korang, nanti jumpa lagi k ? yang mana belum join segmen Yaya jemput2 join k ^_^  Nak join meh klik sini --> Bloglist 2014


1...2...3...4... Tadaaaaaaa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sedih hari ni. Ada janji yang tak tertunai. Maaf :'( (kesat air mata). Maaf kerana sibuk menguruskan banyak lagi hal yang penting. Jadi Yaya terpaksa tangguhkan untuk review follower bertuah ini. Followers Yaya yang ke 1234 ialah blogger blog Jarum Peniti.