Entri Terbaru

Maruah Tergadai.


Assalamualaikum dan selamat malam..dah lama rasanya tak menaip entri..last entri just share lagu nasyid je buat korang semua. Malam ni Yaya nak sembang-sembang tentang dunia sekarang ni. Yaya tahu saya bukannya mahir untuk mengulas lebih lanjut apa yang jadi, hanya mampu untuk memberikan sedikit pandangan dari hamba Allah yang kerdil ini. 

Apa yang Yaya perhatikan zaman sekarang ni tak kira lelaki mahupun perempuan semua sama saja tapi bukan la semua, ada beberapa atau sebahagian sahaja yang begini. Yang bagaimana? Ini adalah hasil daripada pembacaan Yaya dari berita-berita yang tersiar tak kita di surat khabar atau di laman sosial tapi selalu berita dari laman sosial lagi cepat bukan? 

Akhir-akhir ni memang banyak kita dengar kes-kes berkaitan remaja. Sejujurnya memang dari dahulu lagi kes remaja ni tak habis-habis. Kes buang anak bagaikan halwa telinga buat kita sahaja. Dah penat dengar. Tapi sekarang ni Yaya tengok menjadi trend pulak kepada pasangan couple tak kita pakwe atau makwenya menceritakan hal "kenikmatan" yang mereka rasai. Zina yang mereka lakukan. Terang-terangan. Yaya pernah terbaca satu kisah tentang dari blog someone tentang seorang remaja perempuan yang membuat status begini "Dapat teruna si dia, fuuh selesa".. macam tu la..yaya pun tak ingat.. naik geli bacanya tapi nak tahu juga ceritanya.

Kalau kita perhati ramai lagi pasangan couple yang berani dan tanpa segan silu memuat naik gambar ketika bercium, berpeluk dan ada yang rasanya tahap melampau sekali gambar tanpa pakaian dan berstatuskan yang tidak elok. Baru-baru ini ada lagi kes iaitu apabila seorang pelajar perempuan yang bangga berkongsi gambar air maninya di laman twitter. Berdasarkan komen dia dengan pakwenya mengalahkan pasangan suami isteri. Malah suami isteri yang dah halal tu pun malu dan tak de keje pulak nak share benda2 yang aib begini. 

Sedih bila kaum sendiri yang melakukannya. Ye memang kita tak lari dari melakukan dosa tapi kita juga berhak untuk menolak sesuatu yang salah. INGAT!!! INI AKHIR ZAMAN..WANITA ADALAH FITNAHNYA..jagalah diri sebaik mungkin wahai kaumku yang aku kasihi dan aku sayangi walaupun aku tak pernah mengenali kalian. kalau kita tak mampu untuk menahan nafsu, berpuasalah kerana dengan berpuasa dapat menahan nafsu kita daripada perkara yang tidak baik. In shaa Allah kita akan merasa nikmatnya saat berbuka nanti.

Semoga kita sama-sama mengingati mereka yang lain. Tegurlah andai mereka melakukan kesalahan. Jangan dibiarkan perkara yang kecil itu kerana ia mampu menjadi besar andai kita tidak bendung.

Insan bernama kekasih - UNIC

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan

Kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki

Ingin aku jadikan

Inasan bernama kekasih
Keayuan yg tergambar

Lukisan nur iman

Bersulamkan keindahan santun perkataan

Bagai puith salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Kusampaikan slm ucapan mesra

dan merisik khabar berita

Masihkah ada peluang

Utkku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh Tuhan

Kumohonkan keredaan

Nur kasih yg kudamba

Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yg kupinta

Kebaikan darinya

Moga dipeliharakan tulus cinta kita

Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia
Dtglah kasihmu dlm diriku

Menghiasi ruang hatiku

Akanku sambutnya dgn

Sujud penuh kesyukuran
Kuharap jalinan kan berpanjangan

Selagi kasih yg terbina

Kerana cinta kpdNya
Kauku sayangi

Teman sejati

Dikaulah sesungguhnya

Insan bernama kekasih

Blossom April Giveaway

STICKY POST
sila lihat entri terbaru di bahagian blog archive..tq

okay korang semua..
sambil lepak jom join GA ni..
mana tahu ada rezeki kan..


[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Clarins Facialcare bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan
Jam Mustache

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Srikandi Syurga : layakkah kita?


Assalamualaikum dan selamat pagi korang semua. Saat Yaya menaip entri ini Yaya sedang berada di PTAR  1 iaitu merupakan salah satu library yang terdapat di uitm Shah Alam ni. Yaya overnight dekat sini. Yuuhuu my first time kot(ok batak). Kali ni nak borak mengenai SRIKANDI SYURGA. Idea ni datang selepas menghadiri ceramah di kolej tentang srikandi syurga. Tu yang rasa tergerak nak kongsi dekat semua. Semoga korang semua dapat la serba sedikit input yang berguna yang ingin Yaya sampaikan.

Srikandi syurga..Allah..layakkah kita? Mampukah kita menjadi seperti Siti Khadijah yang dijanjikan oleh Rasulullah tempat syurga baginya. Mampukah kita menjadi seperti Saidatina Aisyah dan tokoh wanita lain yang menghuni syurga yang kekal abadi? Mampukah kita menjadi srikandi syurga? Allah..aku mahu..mahu menjadi salah seorang srikandi syurga.

Siti Khadijah dijanjikan syurga kerana dua perkara iaitu satu kerana lisannya dan kedua kerana perbuatannya. Lisan, dari percakapannya dan kedua perbuatan iaitu tingkah lakunya. Lisan - berkata-kata, mungkin kadang-kadang apa yang kita ucapkan menyakiti hati orang lain, masih lagi membuat fitnah, tuduhan yang tiada bukti, mengaibkan, menipu, berbohong dan banyak lagi. Kata bukan hanya yang terluah dari mulut sahaja malah yang kata dari hati - keikhlasan, dendam, benci, iri hati dan sebagainya.

Bagaimana kita? Masihkah ada perasaan iri hati dalam diri? Allah, sungguh diri ini masih lagi tidak mampu. Bisakah kita ikhlas dalam semua perkara? ikhaskah kita jika tiba-tiba ada orang menumpahkan air pada pakaian kita? Mulut mungkin bisa cakap tak mengapa tapi hati? Allah sahaja yang tahu. Pasti ada sedikit marah bukan? Sungguh kita masih kurang.

Mampukah kita merelakan disetiap apa yang berlaku dalam hidup ini? Ujian, dugaan dan pujian. Mampukah kita redha dengan apa yang Allah berikan? Mampukah kita terus bersyukur saat kereta dilanggar orang tanpa mengeluh sedikit pun? Pasti ada keluhan dari mulut dan hati kita dengan setiap apa yang terjadi. Sukar untuk kita terus bersyukur bukan? Allah.. Layakkah diri ini?

Perbuatan - setiap perlakuan harian kita. Ibadah, solat, langkah kaki, aktiviti harian (sebagai isteri, ibu, anak, pekerja) dan banyak lagi yang dapat dilambangkan sebagai perbuatan. Mampukah kita untuk solat diawal waktu tanpa ada alasan? Bolehkan kita dengan rela hati mengutip sampah yang bukan milik kita yang berada di atas jalan atau dimana sahaja? Kuatkah kita untuk ikhlas menjadi sukarelawan untuk apa sahaja aktiviti? Terjagakah setiap tingkah laku kita? Kesopanan. Masih ada lagikah? 

Bagaimana perilaku Siti Khadijah yang mampu menjadi idola atau contoh ikutan buat kita di akhir zaman ini? Sungguh mulianya beliau. Diri ini masih lagi kurang dan terdapat cacat celanya tapi tak mustahil kita mampu untuk  menjadi salah seorang srikandi syurga. Perbaiki diri, sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan tapi istiqamah. Semoga kita peroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.


Unfeeling well


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
la tahzan.. la tahzan..
syafakillah..
dah beberapa hari rasa tak sedap badan..
panas dalam, mata panas, selesema..
dah makan penadol sampai dah habis pun penadolnya..
assignment banyak lagi nak kena touch up..
doakan semoga Yaya sihat dan kuat ye ^_^..
thanks..

Majlis Hi Tea


Tak sabar nak pergi.. ^_^

WW : Siren Ambulans


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Kenapa kita bila dengar bunyi siren je mind set terus cakap "ada orang nak bersalin tu"..
kenapa eh?
huhu..

Kecuaian Perempuan Ketika Menunggang & Memandu


Assalamualaikum semua.
Hari ni nak cerita tentang kecuaian perempuan ketika membawa kenderaan.
Yaya tak menunding jari dekat orang lain tapi dekat diri Yaya sendiri.
Yaya akui yang kadang-kadang cuai jugak Yaya bawak kenderaan.
ni kisah pagi tadi semasa nak pergi kelas, sebab dah alam tak bawak motor jadi bila bawak macam kekok walaupun dan masuk 3 minggu menunggang.
Rasa nak follow orang tu kadang2 ngrrrrr....tak yakin..
tadi pagi follow satu motor ni, pelajar perempuan yang bawak,
tengah bawak tu, tetiba dia break sebab bas depan tu stop kan, biasalah kalau pepagi memang jem sikit,
yang Yaya ni dok belakang dia, boleh pulak dia men cilok je tak pandang belakang yang aku ni tengah jalan,
nasib baik Yaya bawak perlahan je.
bawak lagi dan still follow dia, cikgu masa memandu kata jangan follow rapat2..
yang dia ni pegi follow rapat2 bila kereta depan stop, 
Ya Allah...nasib baik tak langgar bontot kereta tu, sipi je lagi sikit..kalau tak berdentum (ayat..bukan main)..
bila tengok situasi macam tu, Yaya selalu teringat yang Yaya pun kadang2 bawak kenderaan tak pandang kiri kanan, men jalan je..
lepas melihat kejadian tadi pagi, Yaya remind diri Yaya supaya lebih peka dan hormat orang lain juga.
Perempuan ni memang cuai ke bila bawak kenderaan??
tepuk dada tanya hati..
kita lebih tahu sejauh mana kecuaian atau kepekaan kita ketika membawa kenderaan..

Rokok biasa vs Rokok tidak sah


Assalamualaikum korang semua..
merokok?
semestinya tidak baik untuk kesihatan
malah fatwa sudah mengatakan yang merokok itu HARAM..
jadi sebagai umat Islam kita tak boleh mengambilnya.

 

tapi kebelangan ini banyak cerita yang keluar tentang rokok tiruan ini..
sejauh mana kebenarannya?
bagaaimana kita nak tahu rokok tidak sah?
kalau korang nak tahu lebih lanjut, klik link sini


Repost : Cara melembutkan tapak kaki cara Yaya

Repost : disebabkan pv bagi entri antara yang paling tinggi, jadi Yaya nak kongsikan balik pada korang semua. Mana tahu ada yang sedang mencari petua ni kan. All the best.

Assalamualaikum semua..tumit merekah??pastinya ramai kan yang menghadapi masalah sebegini..termasuklah Yaya sekali tapi tak la teruk sangat..baru kasar-kasar je..garisnya pun tak jelas..al-kisah Yaya tengok la tapak kaki Yaya then bandingkan dengan kakak, Yaya menang..padahal Yay lagi kasar perlakuannya dari kakak..mungkin kasar atau lembut bukan sebab utama tumit merekah..tapi bila tengok tapak kaki mak yang dah 20 tahun jaga Yaya..fuuuyyooo!!!lembut la tapak kaki mak.okay jom kita cari punca kenapa tapak kaki/ tumit merekah..
Antara penyebab tumit kaki merekah ialah
a) Kulit kaki yang kering
b) Berdiri terlalu lama
c) Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)
d) Memakai sandal
e) Menghidapi Penyakit Kulit
Terdapat banyak cara utnuk kita melembutkan balik tapak kaki dan tumit kita yang agak keras kematu tu..hehe..korang boleh la godek kat google..tapi ni cara Yaya dan Yaya tengok berkesan..thanks mak for your advise..hehe..cara-caranya ialah..jeng jeng jeng..macam sebab (c) dekat atas, "berdiri terlalu lama"..kalau dirumah tu rajin-rajinkan lah pakai selipar..atau lebih familiar dipanggil "selipar jamban"..teruk beno bunyinya la..panggil selipar je la kan..tapi bukan pakai selipar yang kotor dari luar tu tau..ni khas untuk dalam rumah je..beli la sorang satu..tak mahal pun, Yaya beli 2 hengget je kat kedai RM 2..hehe..memey la 2 hengget harganya kan..lepas tu rajin-rajinkan pula letak lotion..tak kisah la lotion jenama apa kan yang pastinya banyak lotion dipasaran yang sesuai dan baik untuk kulit..terpulang pada korang nak pilih yang mana satu..lepas dua tiga hari mengamalkan cara sebegini..memang ada perubahan..tapak kaki dah tak kotor..merah-merah je..(awesome)then makin lembut..Alhamdulillah..kalau tak usaha tak tahu kan??untuk korang pun boleh la cuba cara Yaya ni ye ^_^tak perlu la nak buat treatment2 ni bagai..

1st Giveaway Sulaman Lace Heaven


http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Di Mana Hatimu - Papinka

Inilah akhir cintaku, inilah akhir kisahkuSetelah kau jauh tinggalkan akuTak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamuTak pernah aku rela kau tinggalkan aku
*Tiada ku sangka engkau berubahKu tak percaya kau membagi cintaTahukah engkau betapa sakitnyaKau membagi cinta karna dia
Reff:Tak pernah ku coba melupakanmuMengapa kau buat luka hatikuSekian lama aku menungguKasih di mana hatimu
Tak bisa ku coba melupakanmuMengapa kau buat luka hatikuSekian lama aku menungguKasih dimana hatimu
Tak bisa ku melupakanmu, tak bisa aku tanpamuTak pernah aku rela kau tinggalkan aku
Repeat *Repeat reff

Masih Mencintainya - Papinka

Jika teringat tentang dirimuBerlinang air matakuKu rindu saat-saat bersamamuKasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikkuDan berakhir sudah cintakuBiarkan saja hatiku bicaraKu masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmuAgar kau bahagiaBersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu menduaKu lapangkan dada walau aku terlukaSemoga bahagia bersama dirinyaKarena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasaTuhan kuatkanlah hatiku yang terlukaSemoga ku bisa tuk melupakannyaKarena ku masih mencintainya

Masalah lain-lain.


Assalamualaikum, wah tenangnyalah kan tengok pemandangan air yang kebiruan tu. Rasa macam nak pergi je kat situ. Tengok gambar saja pun dah boleh buat rasa tenang pada diri.

Tak dapat dinafikan setiap orang punya masalah tersendiri. Keluarga, masyarakat, tempat kerja dan banyak lagi. Jangan disangka wajah yang selalu tersenyum itu bahagia. Malah yang tersenyum itu mungkin menetup seribu duka yang dia ada. Jangan disangka orang yang tak pernah tunjuk masalah atau kongsi masalah, mereka tak ada masalah. Mungkin mereka tak kuat untuk kongsikan dengan orang lain dan membiarkan diri seorang sahaja yang tahu. Pernah alami tak dalam kita tengah bergelak ketawa, tiba-tiba suatu ketika terlintas masalah yang belum selesai lagi. Masa tu automatik kita akan jadi lain. Mungkin diam sebab memikirkan masalah yang ada. Antara salah satu masalah yang sering mengganggu kita adalah masalah hati dan perasaan sebab benda ni dekat sangat dengan kita. Hati...perasaan...suatu yang complicated. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang hati ni nak sebenarnya. lalu perasaan mula bercampur-baur. Sering keliru dengan apa yang kita nak dan perlu. Tapi jangan pernah berhenti meminta yang terbaik daripada Allah.

Nota : pssss...pagi2 ni layan perasaan pulak dia.

NS Dreams Giveaway Contest


Jom join..
malam ni nakjoin la segala yang ada sebab tak ada mood nak update entri la..
sorry..
kalau nak join klik banner okay..
last - 25 april 2014..

Biskut Choc Chip



Assalamualaikum semua..
Macam yang Yaya cakap dalam entry Yaya sebelum ni.. 
Tentang biskut choc chip tu..
daaann..
akhirnya Yaya berjaya jugak buat..
alhamdulillah resepi menjadi..
cadangnya nak jual..
tapi asyik ngup ngap ngup ngap je masuk mulut..
mana taknya ikut selera tekak..
huhu..
kena sorokkan ni kalau tak habis..


1 minggu...


Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam bermulalah cuti mid sem Yaya selama seminggu. Bila cuti ni banyak la rancangan nak dibuat kan? Target cuti ni nak buat biskut choc chip ala-ala famous amos ni. Alahai tak sabar rasanya nak buat. Yaya ni dah la kuat macam..ngrrr..target nak jual sekali tapi takut karang habis masuk ke perut si pembuat je karang..huhu..Bagi sesiapa yang rasa nak order boleh je submit order korang dekat page atau fb Yaya. Dekat sidebar tu ada page "yayah cookies & cakes"..baru je buat. Selain buat biskut, ada tugas lain juga yang harus diselesaikan. OMA (oh my assignment)...banyak kot..beratur panjang je tunggu giliran tu. Jadi nak update blog ni agak kurang la. Nanti kalau dah jadi biskut choc chip Yayah ni , Yaya kongsi dengan korang ye.. Have a nice day ^_^ !

Segmen Blogwalking By DayangDeno


Assalamualaikum semua..
pagi ahad ni Yaya nak join segmen dari Kak Deno.
Hopefully terpilih antara 5 peserta bertuah..
Dapat buttob badge doodle art yang sentuhan kreatif Kak Deno sendiri >_<
Korang pun jom la join..
simple dan mudah..
selamat berhujung minggu..

Punca berat badan meningkat

Assalamualaikum dan selamat malam. Apa punca berat badan naik? Korang mesti la dah tahu kan antara punca2nya.. Dan makanan dlm gmbar tulah salah satu punca berat badan yaya naik. Tapi bila dekat hostel je. Kala dok uma tak pulak sebabnya yaya akan makan makanan tu sebagai peneman yaya study tengah2 malam. Mesti akan ada susu dan chocolate.. Tak kira la cake atau coklat bar.. Tengok.. Mana tak naik tgh malam makan macam ni. Huhu. Btw yaya suka je kalau berat badan naik ^_^. Okay lah mahu sambung study besok ada kuiz.. Nyte..


Posted via Blogaway

...Ruang...


Dalam hidup ini, kita harus beri ruang kepada yang lain,
Beri ruang kepada diri kita,
kepada keluarga, sahabat, teman dan pasangan,
Kita dan mereka perlu waktu,
waktu yang entah lama ataupun sekejap untuk kejap ruang yang bermakna itu,
Biarkan mata dapat lelap dan diulit mimpi indah,
biarkan minda terasa lapang,
biarkan hati terasa tenang.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni Yaya nak cerita pasal "ruang". Ruang? Apa yang korang faham dengan perkataan ni? Kali ni bukan nak cerita tentang ruang tamu tapi nak cerita tentang ruang kehidupan. Eh ada ke macam tu? Dalam hidup kita memerlukan ruang atau orang suka panggil masa. Contohnya, kalau kawan korang ada masalah ke kan, korang akan cakap "beri dia masa dulu".. beri dia masa untuk dia berfikir. Mungkin masa tu dia tengah berserabut dengan semua masalah yang ada. Hidup kita memerlukan ruang, beri ruang dalam hidup. Jangan terlalu sibuk dengan hal dunia sampai kita tak ada masa untuk diri kita sendiri. Lama-kelamaan kita akan jadi tekanan dengan semua kehendak dan tuntutan duniawi. Misal kata kita ada masalah dengan kawan kita, kita beri dia ruang dan dalam masa yang sama kita beri ruang buat diri kita juga, in shaa Allah nanti semua akan baik. Bila kita beri ruang pada diri kita, disitu pada keseorang baru kita dapat berfikir dengan tenang dan waras.  

Kegilaan BER "selfie"



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dua tiga hari ni rajin pulak kan Yaya dok update entri, maklumahlah kelas online jadi sambil menyelam minum air. ^_^ Pagi ni nak update entri yang dah lama di draf kan dah. Tak la lama sangat dalam 2,3 minggu jugak la >_<

Baiklah, sekarang ni fenomena berselfie. Dulu Yaya ni tak tahu tau apa la yang dorang ni dok selfie kan. Jenuh memikir dan akhirnya Yaya tahu apa itu selfie. Kesian Yaya ni kan. Fenomena berselfie ini makin melarat dikalangan kita semua tidak kira usia lagi-lagi yang memang gila camera. Tapi Yaya tak sangka la sampai keluar satu kenyataan yang mengatakan selfie itu tanda sakit mental. Mungkin sebab seseorang itu menjadi terlalu obses dengan aktiviti menselfiekan diri mereka. Bagi pandangan Yaya, selfie ini banyak keburukan daripada kebaikannya. Korang yang suka selfie tu jangan pula marah pada Yaya ye. Ini adalah pandangan dan setiap orang ada pandangan mereka sendiri dan ini pandangan Yaya.

Dari apa yang Yaya perhatikan, sekarang ini terdapat pasangan-pasangan yang bukan muhrim mengupload gambar mereka yang keterlaluan. Tiada sifat malu dalam diri mereka sehinggakan mereka berani menunjukkan gambar yang boleh dikategorikan sebagai lucah dilaman sosial. Ada sesetengah yang gemar berselfie sehinggakan mereka tak sedar apa yang mereka tunjukkan itu boleh membuka aib mereka sendiri. Dari sini keburukan selfie itu banyak. Bila difikirkan dari segi agama, ramai yang gemar berkongsi gambar yang tidak menutup aurat. Pernah tak korang tengok video yang dibuat tentang apa akan jadi pada facebook kita akan datang macam tu la kalau tak silap. Video ini menunjukkan dosa yang kita lakukan setiap saat apabila kita share gambar yang tidak menutup aurat dan setiap tu ada ajnabi yang tengok. Sejak melihat video ini, Yaya terus buang gambar2 yang tidak menutup aurat walaupun sedikit yang ada dilaman sosial. Takut..sebab apa? sebab mati tak tunggu kita untuk delete gambar yang tidak menutup aurat tu dulu. Andai kata kita sudah tiada, siapa nak delete gambar tu? Kalau ada yang tahu password kita takpe dan dia tolong delete akaun facebook kita, tapi kalau tiada???

Tak salah kalau nak selfie ni, tapi kena pandailah jaga diri.

Tanda-tanda Wanita Tidak Berkeyakinan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni Yaya nak berkongsi tentang tanda-tanda bila seseorang wanita itu tidak yakin dengan dirinya. Apa yang Yaya kongsikan ini juga merupakan salah satu tugasan Yaya sebagai seorang penuntut. Apa yang Yaya ingin kongsikan ini merupakan serba sedikit apa yang Yaya dapat sebab kalau nak kongsikan semua takut panjang berjela pula. Jadi Yaya kongsikan apa yang Yaya rasa menarik perhatian untuk kita semua.

Women's language atau dalam istilah Melayunya ialah bahasa wanita. Tajuk ini menarik perhatian Yaya untuk dikaji walaupun pada mulanya agak sukar untuk difahami. Penat jugak la pensyarah tu dok hadap muka Yaya je. Robin Lakoff an American linguist argued that women were using language which reinforced thier subordinate status; they were 'colluding in their own subordination' by the way they spoke. She identified a number of linguistic features which she claimed were used more often by women than by men, and which in her opinion expressed uncertainty and lack of confidence. Percaya tak kebanyakannya iaitu 9/10 wanita akan berasa tidak yakin walau dalam apa jua situasi. Tanda-tanda wanita itu tidak yakin adalah :

  1. Wanita kerap menggunakan perkataan atau ayat yang berulang-ulang dalam percakapan. Contohnya dalam pembentangan atau pertandingan, apabila seseorang wanita itu tidak pasti dengan jawapannya dia akan menggunakan ayat "um, aa"
  2. Wanita suka menggunakan bahasa tersirat apabila mahu mengatakan sesuatu. Contohnya apabila seorang isteri berkata kepada suaminya ketika melalui sebuah butik atau kedai baju "Cantiknya baju ini abang.." Sebenarnya si isteri mahu si suami membelikan baju itu buatnya. wanita menggunakan bahasa tersirat kerana tidak yakin apabila mahu mengatakan terus-terang kerana takut apa yang dikatakan itu tidak akan disetujui atau diterima. 
  3. Wanita akan memberi jawapan yang panjang berjela walhal jawapannya itu sepatutnya ringkas sahaja. Contohnya, "awak jadi datang malam ini?" Labih ramai wanita yang suka jawab begini "nanti saya kena ambil adik saya disekolah dulu lepas tu siapkan hidangan untuk makan malam lepastu baru saya boleh keluar tapi saya tak pasti lagi boleh ke tidak". Wanita gemar menjawap dengan panjang lebar sedangkan jawapan yang dimahukan hanyalah "ya @ jadi" atau "tidak" sahaja.
  4. Bila wanita membeli pakaian, mereka lebih gemar bertanya kepada orang lain kerana mereka tidak yakin dengan pilihan mereka sendiri. Mereka lebih suka mendengar pendapat orang lain walhal mereka selesa dengan pilihan mereka.
  5. Bila nak keluar pula, wanita akan bertanya adakah pakaian yang mereka kenakan itu sesuai atau tidak. Itulah salah satu punca kenapa wanita mengambil masa yang lama untuk bersiap dan membeli belah kerana mereka memerlukan masa yang laam untuk mendengar pendapat orang lain. Jikalau ada lima orang ketika itu bersamanya, maka kelima-lima itu akan ditanya agar sehingga mereka berasa puas.
Berikut adalah antara tanda-tanda yang wanita itu tidak yakin. Banyak lagi sebenarnya tapi ini sahaja yang Yaya dapat kongsikan. Jikalau ada tersilap dengan apa yang Yaya sampaikan bolehlah tegur. Ingat...tegur dengan cara berkhemah. Terima kasih >_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...