Saturday, March 07, 2015

Aku dan diabetes | Bangkit

Bangkit | Setelah semangat yang hilang dipulihkan, Alhamdulillah kini aku bangkit seperti biasa. Berlakon anda seperti orang biasa yang tiada sakit apa-apa yang sihat sejahtera yang boleh makan apa sahaja yang itu dan yang ini walhal anda sendiri tahu anda sakit. Aku dah okay, mungkin.. sedikit demi sedikit dan masih lagi sesuaikan diri dengan sakit ini. Sejak aku ada penyakit ini, aku kerap gastrik. Tak pasti kenapa sebab sebelum ini tidak pernah. Walhal baru 2 jam sebelum sudah makan tiba-tiba perut aku akan mencucuk-cucuk nakkan sesuatu. oh ya makanan dan aku tak boleh nak makan sesuka hati sahaja untuk puaskan perut aku, jadi aku akan berhati-hati dalam pemilihan makanan.

Aku sudah bangkit daripada jatuhnya diri ini. Selama tiga hari berendam air mata walaupun kini masih ada saki baki itu tapi aku cukup kuat untuk mengesat ia. Air mata. 

Thursday, March 05, 2015

Aku dan diabetes | Menagih simpati

Menagih simpati | Setiap entri mengenai diri aku dan sakit kurniaan yang terindah ini bukanlah untuk meraih simpati atau meminta cemuhan daripada sesiapa. Aku cuma mahu berkongsi pengalaman untuk mereka yang mungkin senasib denganku yang masih lagi belum mampu mencari semangat itu. Mungkin bila dia terbaca entri ini, semangatnya sedikit hadir kerana bukan dia sahaja yang diuji, ada juga yang lain. 

Wednesday, March 04, 2015

Aku dan diabetes | Al-kisah

Al-kisah | Assalamualaikum..ketika aku menulis entri ini, aku berumur 22 tahun dan aku nekad untuk menulis entri ini walaupun aku tidak pasti bila akan aku kongsikan bersama anda semua. Mungkin selepas ini blog ini hanya akan bercerita kisah aku. Ya kisah aku dan sakit kurniaan yang Allah beri ini. Kurniaan yang terindah ini. :)

Lama juga aku memikirkan tentang kisah ini. Adakah patut atau tidak aku kongsikan, namun..aku nekad berkongsi pada semua walaupun lambat supaya yang senasib dengan aku mampu mencari semangat yang hilang. Ya hilang..mungkin korang semua boleh kata iman aku lemah. Allah.. Ya lemah..hanya kerana sakit yang biasa ini aku lemah. Sakit yang biasa dikalangan rakyat Malaysia tapi bukan dikalangan golongan muda seperti aku. Aku dan adik aku. 

Dulu ketika aku tidak ada penyakit ini, ya aku tidak faham apa yang adik aku rasa. Kini, aku faham kenapa ada ketika saat orang keliling sibuk menegah supaya tidak makan itu tidak makan ini pada adik, dia melenting. Ada juga dia menitiskan air mata. Pelbagai perasaan yang hadir bagi kami kerana kami masih muda dan ada juga yang memandang serong. "Itulah makan tak dijaga", "Makan manis2" dan macam-macam lagi anggapan orang pada insan istimewa seperti kami. Mungkin pemakanan juga merupakan musabab dan mungkin kerana keturunan menguatkan lagi penyakit ini untuk menyapa kami. Ya, aku anggap ini suatu keistimewaan kerana tak semua akan hadapi seperti apa yang kami hadapi. Kami akan hadapi saat ini sehinggalah akhir nafas kami.