Entri Terbaru

Belajar bersyukur.


Assalamualaikum. Wah sedapnya ubi rebus ni. Korang ada yang pernah makan tak? Mak kata ni makanan orang masa zaman Jepun dulu. Masa perang dulu makan ubi rebus je mak kata. Mak pun pernah buatkan dulu masa mak sihat, memang sedap dan bila makan ubi rebus, feeling2 zaman perang pulak. hehe. Ubi rebus ni selalu orang makan cicah sambal bilis, dengan kelapa parut atau ikan masin. Tak tahu la kalau ada yang cicah lain kan.

Entri kali ni nak sentuh tentang bersyukur mendapat rezeki.
"Bila makan mewah sombong tak pandang orang yang lagi susah, tak pandang orang yang tak cukup makan, nak ucap Alhamdulillah pun terus lupa. Tapi bila makan ubi rebus je mula la mulut kita membebel, siap mengkritik lagi kata makanan punya banyak ubi rebus jugak nak dimasak"

Inilah kita. Tak pernah nak belajar bersyukur bila dapat makanan yang kita rasa low class.. Tak pernah fikir mak ayah kita dulu makan apa? Kenapa kita tak bersyukur sedangkan banyak lagi mangsa pelarian yang kebuluran? Kita bersyukur kerana sentiasa cukup dengan makanan. Cuba bayangkan orang yang susah, tak terfikir apa yang mereka makan? Walau mereka susah, tapi mereka mampu tersenyum dan mengucapkan Alhamdulillah. Entri ini sebagai kesedaran kita dan peringatan juga untuk diri Yaya agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Peristiwa berdarah 30 Ogos


Assalamualaikum semua, diharap korang semua sihat sejahtera. Mari kita panjatkan kesyukuran pada Allah kerana masih beri kita peluang untuk meneruskan kehidupan dan Yaya teramat syukur sekali kerana diberi peluang kedua untuk hidup kalau tidak Yaya akan pergi 7 tahun lepas dan CCY pun tak akan wujud. Seram la pulak tengok gambar tu lelama. EErrrrr.. Ini kisah 7 tahun lepas. Al-kisah depan rumah Yaya ni rumah tok sidang, jadi macam biasa setiap tahun akan ada sambutan ambang merdeka. Kalau nak pergi rumah dia memang kena lintas jalan je la kan. Malam tu dalam pukul 8 lebih Yaya dah gerak dah dengan mak, kakak dan adik. Tunggu punya tunggu, makan punya makan sambil tengok pertandingan yang sedang berjalan, nak pergi tandas la pulak. Yaya pun dengan muka tak malu p la minta izin isteri tok sidang nak tumpang tandas 2 kali okay.. tetiba terasa nak ke tandas lagi, dalam hati (hadui takkan nak tumpang lagi) naik segan Yaya rasanya, jadi nekad ni nak balik rumah lagipun rumah depan jer kan? Malam tu ada gak rela yang jaga. Yaya pun ajak la kawan kampung. Dah setel dengan hal tandas, jadi kami pun nak pergi la balik rumah tok sidang. Bila tengok keadaan kereta lalu lalang terlampau banyak jadi Yaya ambil keputusan berhenti di tengah, bila tengok line clear je kami pun melintas, tapi dengan terlalu pantas Yaya langsung tak sedar diri. Bila bukak mata je dah ada kat hospital.

Memang tak rasa pape la, bila tanya mak rupanya Yaya kena langgar. Masa dok atas katil tu, Yaya diam je, angguk2 dan cakap pun macam nak tak nak. Penat kot kan. Bila nak simen kaki yang patah tu baru la Yaya terasa bahawa kaki Yaya cukup sampai lutut je, rasa macam kena potong..sedih wow! 5 hari terlantar dihospital dan mak abah yang setia menjaga. Thanks mak abah. Yaya sayang mak abah <3. Bila dengar cerita baru Yaya tahu, Yaya kena langgar then melambung ke jalan sebelah selepas kepala terhantuk di cermin depan kereta. Polis siap tunjuk gambar lagi, cermin yang retak tu. Bulat macam kepala Yaya (kuat tak?) Yaya terus pengsan masa kena langgar tu. kejadian tu memang cepat sangat. Alhamdulillah masa tu jalan raya lagi sebelah tiada kenderaan kalau tidak....Thanks kepada abang kat kampung ni yang telah mendukung sebab nak selamatkan Yaya (mak kata la). Thanks pada semua orang kampung masa tu jugak. Mak kata masa dalam ambulans mulut dan hidung Yaya keluar darah banyak, tu yang mak takut sangat. Kalau Yaya berada kat tempat mak pun Yaya takut. 3 bulan Yaya tak pergi sekolah, datang sekolah pun betul-betul nak exam je. 

Peristiwa tu dah tujuh tahun berlalu tapi kesanya sampai sekarang, kaki Yaya yang patah belah kiri ni tak boleh nak banyak berjalan, kadang2 dia nyilu dan sakit. Waduh, dugaan Allah ^_. Tapi dulu masa lepas bukak simen, Yaya kerap kali rasa nak pitam sampai menangis menahan sakit tu. Allah saja yang tahu. Itulah cerita merdeka Yaya yang kekal dalam ingatan. 30/8/2006 ---> 30/8/2013
Tapi dalam tarikh Yang sama juga sepupu Yaya dekat pahang kemalangan, dan Allah lebih sayangkan dia. Al-Fatihah.

CINTA TERAGUNG

Percaya kata janji mu
kerna ku yakin apa di genggammu
keharuman setanggi syurga
bkn kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung di basah tengkujuh
kewangian aroma bunga
tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar & terlebur
Pada redup mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pd teduh utk bernaung
Kerna awan itu rapuh

Bahagia buat mereka
yang bertemu cinta yg teragung
yang membawa ke syurga hakiki & abadi

Dendam tak marak menyala & membakar
oleh putih salju yg berguguran
kerna dosa itu
lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
kerna ku pasti adanya pertemuan
disana nnt bukti cinta suci dilafazkan
tak bertemu pengucapan

Percaya kata janji mu
kerna ku yakin apa d genggammu
k’haruman setanggi syurga
bkn kilauan sebilah belati….

Kata janji mu
seharum setanggi syurga….

Assalamualaikum semua dan selamat malam ^_^. Lagu yang sangat bermakna. Cinta teragung. Pasti kita mahukan cinta ini bukan? berdoa dan bertawakal. InsyaAllah Allah beri kita yang terbaik. Satu peringatan untuk semua, bila kita miliki cinta jaga ia, pelihara maruah cinta itu dan jadikan ianya halal. InsyaAllah kita bahagia. Cinta Agung dari Yang Maha Esa. Indahnya andai dapat kita miliki.

WW #pengorbanan dan kasih sayang




kasih sayang itu membuatkan sesiapa sahaja akan bekorban.
kerana kasih sayang Allah lah kita masih lagi mampu melihat hari ini.



New header

Assalamualaikum semua. Dapat lagi kita berjumpa kan korang. Mentang-mentang Yaya tak update entri, tak ada yang singgah, dua tiga orang je. Sob sob. Kebelakangan ni Yaya memang sibuk dan akan makin sibuk  bila sampai hari melapor diri. Blog akan terabai buat seketika waktu. Maaf ye syg ku CCY. Jangan majok lama-lama ye. Nanti yaya rindu.. ngee >_<

Okay ni nak cerita pasal header baru Yaya. Baru je kan Yaya tuka headerdan tukar baru tapi kali ni bukan Yaya buat sendiri tau, dapat hadiah dari blogger Madrasah Kehidupan sebab Yaya terpilih menjadi salah seorang pemenang GA yang dilangsungkan. Okay semua tak tahu nak taip apa, lepas ni Yaya nak blogwalking. Sebelum tu jom terjah Madrasah Kehidupan. Thank ^_^

Madrasah Kehidupan™

Kerana cinta aku tinggalkan dia.


Jangan persoalkan kenapa aku bertindak begitu kejam sekali yang kau rasa. Aku tak ada kedua tapi aku ada Yang Esa. Kerana cinta ini aku tinggalkan cerita kita. Aku tamatkan dengan paksa walaupun kau tak rela. Hati siapa yang tak pedih, hati siapa yang tak sakit walau aku sendiri yang menorehnya. Namun aku buat semua ini untuk kebaikan kita. Aku sayangkan kau (tapi itu semua dulu) tapi aku lebih sayangkan diri aku sendiri. Oleh itu, aku nekad kuburkan rasa sayang yang tersemat dihati demi sebuah cinta hakiki.

Aku bersyukur saat aku sedang asyik bercinta dengan yang SATU, Allah beri aku kekuatan dan peneman untuk aku meneruskan perjuangan yang aku sudah mulai. Allah titipkan dia untukku. Bukan aku curang padamu tapi mungkin ini memang takdir kita. Berjumpa dan bercinta tapi bukan untuk bersama. Melalui dia aku semakin dekat dengan Yang Maha Esa. Dia melengkapkan kekurangan yang aku ada dan aku pelengkap kekurangan yang dia punya.


Kali ini aku tak menyesal meninggalkan diri kamu tok kesekian kalinya. Luka yang aku rasa dulu telah terubat dengan Cinta Ilahi. Benar, jika kita mengejar cinta yang hakiki pasti kita akan temui dan Allah akan beri. Percayalah Allah akan hadiahkan kita sesuatu yang lebih indah dari apa yang kita jangka.
Janji Allah itu pasti.

~AUTO PUBLISH~

Semakin hari semakin purple.

Assalamualaikum semua. Tengok je tajuk dah tahu dah habit Yaya dan fevet tegarnya ini. Warna ungu. Tentulah! Ni kisah tentang nak sambung belajar lah ni, dari bagasi dan boleh kata keseluruhan barang Yaya disaluti dengan warna ungu ni. Pink? kesian pink tersalut sedikit-sedikit je. Memang berat sebelah betul la Yaya ni. Bukan berat sebelah, kan Yaya dah kata Yaya lagi obses dengan warna ungu. kasut je warna pink. Hehe, tu pun sebab ungu tak ada. Habis habis, parah parah dah Yaya ni. Habis la nanti budak APB mesti geleng kepala je. 

haa tengok tu bagasi, handbag, dompet n botol air semua purple.

okay botl belakang tu dh simpan kat rumah je sebab nak bawak yang baru,
sebab yang baru ni boleh isi air sampai 2L..
haa banyak kata ko.
memang kuat minum Yaya ni..
minum air banyak2 ye semua.

okay Yaya guna bag galas masa form 6 ni, masih elok lagi..
tak elok membazir.


Peserta cantik berseri di Aidilfitri


  1. http://fiqansz.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  2. http://fatihahfazlin333.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  3. http://izza-sakura.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  4. http://www.kanvasdakwat.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  5. http://lienliedot.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  6. http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  7. http://kisahnajwa.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  8. http://dunianuranisamar.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  9. http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
  10. http://umikasum.blogspot.com/2013/08/cantik-berseri-di-aidilfitri.html
Terma kasih kepada yang sudi join. Seramai sepuluh pemenang dicari dan hanya sepuluh yang join maka secara aotumatiknya mereka adalah pemenang..Tahniah ye.. walaupun agak susah GA kali ni tapi mereka sudi join.. kepada mereka sila emailkan nama, alamat, no hp dan link entri GA ni ke flih.atoz@gmail.com


6 tahun kasih bertaut

Assalamualaikum semua..alhamdulillah syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih lagi memberi Yaya peluang untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini. Bila baca tajuk mesti korang semua dah agak apa yang Yaya nak share kan? kan kan?hehe..mestilah entri pasal kasih sayang, cintan cintun gitu..pasal Yaya dengan ARJ ke? of course la tak. Hehe..tak ada kaitan dengan cintan cintun pun la. Ni cerita tentang salah seorang insan yang Yaya sayang. Dialah adik angkat perempuan pertama Yaya dan dialah seorang adik yang Yaya minta bukan admire Yaya. Macam mana tu? Yaya ni cakap pusing-pusing tak paham la saya. Maksudnya disini, hanya adik ni je yang Yaya sendiri minta jadi adik angkat, kalau adik-adik (nampak benor banyak adiknya) yang lain mereka yang minta untuk jadi adik angkat. Yaya kenal dia masa dia form 1 dekat Sekolah Agama Menengah Tanjong Karang, masa tu Yaya form 2. Yaya ni sebenarnya malas sangat nak amik tahu hal pelajar lain tak kiralah abang, adik atau kakak kat sekolah tu kecuali yang satu dorm , satu kelas dengan Yaya. Itu je la. Mula kenal adik pun sebab ramai cakap muka kami seiras. Nak tahu iras ke tak nanti last sekali korang tengok gambar kami berdua.

Disebabkan dah lama tak jumpa lepas Yaya keluar dari sekolah tu, tadi pergi la rumah baru dia dekat Sungai Sireh, ala dekat jugak la dengan rumah Yaya. Tengah Yaya baring-baring nak terlelap mata ni, adik pulak call jemput datang rumah sebab ada buat makan2. Alang-alang dia dekat sini, boleh la walaupun jam masa tu dah menunjukkan pukul 5.30 pm. Yaya kalau dah petang ni malas dah nak pergi. Yaya pun ajak la +hamizah husna sepupu Yaya tu, amik je jubah then sarung. Dua tiga kali jugak la ulang -alik baru jumpa rumahnya, bukan susah tapi tak perasan je. Masuk-masuk je rumah mak adik cakap "ada iras muka Nab la"..hehe..Ada eh? >_< Lama dah tak jumpa, kekok sikit bila nak menyembang. Jom la layan gambar kami berdua.

okay ni gambar masa Yaya form 2
gambar ni pun adik yang simpan.


selepas 5 tahun tak berjumpa

eh ada iras tak muka kami?



rindu tau sangat dengan budak ni..
tinggi sama je..hehe >_< baru la sweetkan dik..hehe
Yaya sayang dia { Nornabilah Naser}


Limited button badge.


Assalamualaikum semua..
yeaay!!!
tengok atas tu, dah dapat pun button badge yang Yaya order..
button ni ada 30 unit je tapisetelah ditolak itu tolak ini tinggl la eberapa sahaja untuk blogger yang join GA dekat blog Yaya nih..
saja minat pulak nak buat macam ni..
lepas ni Yaya nak order button badge untuk blogger mengikut negeri kelahiran..
contohnya "blogger kedah" dan ada bendera negeri kedah la kan..
tapi tu tunggu GA akan datang la ye..
untuk GA yang sekarang bukan sahaja button badge malah topap, buku agama serta novel juga menanti peserta bertuah..
jangan lepaskan peluang..jom join SINI..


Perkara paling jauh dari kita.

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghozali bertanya kepada anak muridnya : 
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid -muridnya menjawab : "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang" .
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan itu adalah BENAR.
Tapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

=====================================================================

 Assalamualaikum semua..mari kita panjatkan rasa syukur kerana masih lagi dapat bernafas hari ini dan jangan lupa berselawat kepada junjungan besar Nabi kita. Pernah tak kita berkata sebegini "kalaulah aku dapat mengundurkan masa", "kalaulah boleh berpatah balik". Mungkin terlintas dibenak hati kita untuk kembali semula kepada masa lalu, tak kisah la masa kita kecil, dewasa, sedang bersekolah, sedang bercinta atau apapun jua keadaan kita. Tak usah tipu kerana Yaya juga pernah terdetik sebegitu tapi Yaya sedar masa lalu tak dapat diputar balikkan. Ada pelbagai peristiwa yang membuatkan kita mahu kembali ke masa lalu, mungkin mahu merasa kembali saat riang ketika kanak-kanak atau mungkin mahu merasa kemanisan ketika sedang berbahagia bersama insan yang kita sayangi yang mungkin sudah pergi jauh meninggalkan kita atau mungkin mahu perbetulkan kesilapan, khilaf kita suatu ketika dulu. Tapi kebanyakkannya pasti mahu mengundur masa kerana mahu menebus segala salah silap kita pada Yang Maha Esa.

Masa lalu akan tetap menjadi kenangan buat kita dan kerana masa lalu jugalah kita mampu berubah kepada arah yang lebih baik. Masa lalu akan sentiasa menjadi peneman hari-hari kita tapi jangan sampai masa lalu itu memakan diri kita sendiri. Masa lalu mengajar kita tentang pelbagai erti dan yang paling penting masa lalulah mengajar erti sebuah kehidupan, erti sahabat, kasih sayang, pengorbanan dan banyak lagi.Tapi rugilah jika kita tidak mengambil apa yang telah terjadi di masa lalu sebagai suatu pengajaran dan mengulangi lagi untuk kali kedua dan seterusnya. Masa lalu kan tetap dipanggail masa lalu dan terus menjadi kenangan. Masa lalu juga merupakan penasihat kita untuk kehidupan yang mendatang.
~Belajar dari pengalaman.~

Segmen Semudah 1,2,3 by cik nieda


jom join..
memang mudah simple syarat nak join..
klik banner kalau nak join ok..


Segmen Gempak Mieza Jhaa K




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.

Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.

Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.

2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.

Jom kita meriahkan segmen ini.


Tinggal 3 hari saja lagi.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih lagi dapat melihat matahari hari ini. Semalam Yaya hilang menyepi langsung tak sentuh lappy. Semalam pergi sekolah lama amik sijil STP. Satu hari suntuk kat sungai besar sekali beli barang yang tak cukup lagi. Pagi ni pun pergi cari barang lagi dan alhamdulillah semua dah cukup. Awalkan Yaya kemas barang, bukan apa Yaya takut bila last minute ada yang tak cukup lagi susah. Bila awal kemas kita tahu la apa yang tak cukup lagi. Tengok tajuk atas tu bukan hari Yaya nak lapor diri tau tapi tarikh untuk contest kat blog ni tamat. Kalau nak tahu selanjutnya sila klik banner dibawah, TQ


#now masa untuk blogwalking

Kepercayaan, Kesefahaman dan Kejujuran #3K


Assalamualaikum semua..harap semua sihat belaka di hari raya ini. Macam mana raya korang? Mesti meriahkan? Cinta cinta cinta.. Layakkah aku untuk berbicara soal cinta padahal cinta yang aku bina acap kali runtuh bak istana pasir dipantai yang di sapa ombak kecil namun mudah dia runtuh, ranap dan hilang begitu sahaja. Lumrah bercinta, tak semestinya dia akan menjadi milik kita dan tak semestinya kita tercipta untukknya. Mungkin Allah meminjamkan dia pada kita, mungkin dia hadir dalam hidup kita untuk memberi kita peringatan dan pengajaran yang lebih bermakna tentang hidup. 

Kerana cinta kita dapat mengenal hati budi seseorang samaada si dia kaki perempuan atau pengikis duit para lelaki. Melalui dia yang pernah hadir dalam hidup kita membuatkan kita lebih berhati-hati dalam memilih cinta sebenar. Kepercayaan harus ada tapi janganlah beri 100% pada si dia sehinggakan kamu menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Percaya pada pasangan akan buat kita rasa lebih yakin dan tenang. Mana taknya kalau kita tak percaya pasangan kita, pasti 25 jam kita akan fikir yang buruk-burk pasal mereka, takut mereka curang dibelakang kita dan akhirnya kita yang ditinggalkan kerana merimaskan.

 

Kesefahaman juga merupakan tonggak yang penting dalam kehidupan anda dan pasangan. Andai tidak sehaluan mana bisa jalan kan lurus. Cuba memahami diri mereka, maafkan kesilapan mereka dan jangan lupa rendahkan ego kita dan pintalah maaf andai kita buat silap. Jangan pula bila sudah ada sedikit salah faham, kita dah cepat mengalah dan membuatkan masalah bertambah besar. Cuba tangani dengan tenang. Yang paling penting banyakkan beristighfar agar kita cool balik.




Jujur pada pasangan andai ada yang kamu tidak sukai dengan keadaan dirinya tapi menegur biarlah berhemat dan tidak melukai hati kecilnya. Dalam cinta jujur paling utama. Jujur juga menunjukkan keperibadian kita yang sebenarnya. Tanpa jujur, sebuah perhubungan itu hanyalah pembohongan.Lakonan yang akhirnya diakhiri dengan episod duka dan benci yang menyelubungi. Jujur pada diri andai kamu sudah tidak dapat bersamanya lagi katakan yang sebenarnya. Tapi siapa yang sanggup bila ditinggalkan bukan? Lelaki memerlukan perempuan dan perempuan memerlukan lelaki. Oleh itu, andai kamu sudah menemui seseorang yang kamu sayang, berlaku jujurlah pada diri kamu dan dirinya demi suatu perhubungan.

Kita pinta sesuatu tapi Allah beri apa yang perlu.


Assalamualaikum readers..
macam mana dengan hari anda hari ini?
semoga semuanya berjalan lancar serta dipermudahkan segala urusan kita.
Pernah tak kita berfikir dan tertanya-tanya kenapa kadang kala Allah tak tunaikan permintaan kita? tapi dalam pada masa yang sama Allah beri kita sesuatu yang lain yang lebih kita perlukan dari apa yang kita pinta itu sebenarnya.sebenarnya Allah ada perancangan yang lain buat kita, mungkin belum tiba masanya lagi untuk kita mendapatkan apa yang kita pinta itu dan mungkin Allah nak tengok sejauh mana kita terus meminta pada-Nya. Jangan bersangka buruk pada Allah kerana Allah ada perancangan tersendiri buat hambanya. Teruskanlah berdoa dan meminta tanpa henti, mana tahu dalam masa 40 hari kita berdoa, ada satu hari doa kita itu dimakbulkan. Yang penting jangan cepat putus asa dengan rahmatnya dan sentiasalah memanjatkan kesyukuran setiap apa yang diberi.

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 
(HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
(HR Tirmizi)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :
"Mohonlah kepada Allah s.w.t keampunan serta kesejahteraan. Sesungguhnya kurnian yang terbaik untuk seseorang itu selepas mendapat keyakinan ialah mendapat kesejahteraan hidup." 
(HR Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan".
(HR Hakim dan disahkan oleh Adz Dzahabi)

Tutor buat menu tab

Assalamualaikum semua.. atas permintaan seorang sahabat blogger jadi Yaya buatla tutor ni..
hope awak faham ye +fatihah fazlin ..
korang semua kalau nak cuba pun boleh buat macam Yaya okay..
nik nak minta Yaya tunjukkan cara buat menu tab bawah header ni..
ini pun hasil dari tutor dari blog +Emas Putih ..
macam biasalah label2 tu Yaya buat sendiri la guna photoscape..
contohnya macam yang berada bawah header Yaya tu

pergi dekat layout -> add a gadget ->html
then copy past code dibawah

<center>
<a href="http://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/02/yaya-ke-adilah-mohd-asari.html"><img src="http://i.imgur.com/AbINXfn.jpg" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
<a href="not yet"><img src="not yet" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
<a href="not yet"><img src="not yet" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
<a href="not yet"><img src="not yet" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
<a href="not yet"><img src="not yet" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
</center>
kod merah - link entri
kod biru - url gambar

Kalau korang nak tambah lagi just copy paste je sebanyak mana yang korang nak.
<a href="not yet"><img src="not yet" title="Hosted by imgur.com" alt="" /></a>
kat sini Yaya ada buat sample kalau korang nak boleh amik

http://i.imgur.com/YSMwg3c.jpg

http://i.imgur.com/f08plWr.jpg

http://i.imgur.com/OYQFfAy.jpg

http://i.imgur.com/1M3j0GU.jpg

kalau korang kreatif dan ada idea sendiri boleh la buat kan..
Yaya selalu amik url image dekat sini imgur
kalau nak lagi freebies yang cantik-cantik boleh la klik link bawah ni..

all the best..
kalau ada pape tak tahu boleh tanya okay..
Yaya ni bukannye pro sangat pun, sekadar membantu mana yang mampu.

Lanjutan Contest Cantik Berseri di Aidilfitri.


Assalamualaikum korang semua..
puas dah beraya?
jom join contest pulak..
hadiah bernilai rm 50 untuk 10 peserta bertuah..
sepatutnya contest ini akan tamat pada hari ini tapi dilanjutkan lagi oleh pihak sponsor..
jom la join..
mana tahu rezeki korang kan
kalau korang tak pakai produk ni pun boleh join dan kalau menang hadiah boleh la bagi insan yang korang sayang ataupun boleh dijadikan sebagai hadiah untuk GA korang mungkin..
untuk maklumat lanjut klik SINI.

Lose weight !!!


Assalamualaikum semua..
mari panjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dengan izinnya dapat lagi kita berada di muka bumi ciptaan-Nya.
Entri kali ni..YEAAAAY!!!
yippi akhirnya kurang jugak berat badan Yaya..
hello Yaya berat badan awak tu bukannya tahap yang melampau pun kata orang.
eh tak berat eh?
sob sob..
actually berat badan Yaya ni di tahap yang ideal dan sesuai dengan ketinggian Yaya..
Yaya ni jenis yang suka timbang berat dekat mall2 yang selalu ada mesin letak duit tu kan..
hehe..kununnya lebih yakin lah daripada kita timbang manual tu..
sebelum bulam puasa hari tu berat still 47 kg
tengah bulan puasa bila timbang dia turun kepada 45 kg
lepas tu timbang lagi sekali dah tinggal 43 kg
dan yang terbaru Yaya timbang masa raya pertama turun lagi kepada 42.5 kg
Ini memang membimbangkan kerana semakin hari semakin kurang..
makin kecik la gayanya..
dah la memang kecik bertambah kecik la gamaknya.
sob sob..
mula lah fikir macam-macam..
"aku ni ada penyakit ke?"
ok tak payah fikir yang negatif ye Yaya..
mybe sebab dah kurang makan kot kan..
susah la nanti kalau berat makin turun sebab takur berat dan tinggi tak ideal..
korang ada cadangan tak macam mana nak bagi berat ni naik balik selain dengan aktiviti makan.
okay SINI

Lepas ni misi memberatkan badan.

Punca obses berblog


Assalamualaikum readers..
buat apa hari ni? still beraya lagi? Mesti meriah kan?
Kali ni nak story punca seseorang itu obses berblog. Tak payah nak menunding jari dekat orang lain, actually nak story mory kenapa Yaya ni obses berblog. Kalau dulu masa mula-mula ada blog, memang tak la update setiap hari atau setiap minggu macam sekarang ni. Kalau dulu update entri pasal perkara yang istimewa or nak lepas geram je. Tapi sekarang ni makin lama makin parah obsesnya tu. Makin tak boleh lekang pulak, kalau sehari tak bukak blog rasa macam tak lengkap. Cukuplah bukak, kalau tak update pun tak pe. Tapi kalau dah bukak tu, tak lama lepas tu muncul la idea nak bebel pasal apa kan. Kadang-kadang tu dalam masa sejam banyak sangat entri yang Yaya dah taip cuma Yaya save dulu dekat draf. Bila agak idea kabur langsung tak nampak, haaa baru la kita publish yang dah draf dulu. Tak ada la blog kita tak berupdate kan? 

Bagi Yaya la kan, obses sangat dengan blog ni sebab melalui blog Yaya rasa tenang selain daripada kita mengadu pada Allah. Kita akan taip apa yang kita sedang rasa. Dan kalau macam nak luah pasal perasaan Yaya, Yaya akan lebih story dekat blog adilahasari. Yaya ni jenisnya suka luah melalui puisi atau kata-kata dalam jadi Yaya buatlah entri kat blog tu. Blog tu hanya untuk hasil karya Yaya je. Bagi yang tak rasa macam mana feel bila berblog ni mesti mereka agak pelik dengan perangai blogger, asalla suka sangat berblog tu. Bagi Yaya la kan, blog lebih lebih lebih best dan awesome berbanding facebook, twitter dan banyak lagi sosial media yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Tolong tambah tabungan Yaya [20 sen] [20 sen] [20 sen] TQ. ^_^

Jujur atau bendul?

tengok mr. bean ni..
selalu berlakon ala-ala bodoh je tapi sebenarnya beliau seorang yang genius.

Mari kita fikirkan kembali situasi di bawah.
Apabila mereka berkata benar, bagaimana penilaian orang lain.

kanak-kanak : Bagusnya anak kau ye, jujur walaupun dia bersalah.
orang besar : Apa punya lurus BENDUL la dia tu, aku cakap jangan dia bagi tahu jugak.

Bila kanak-kanak kita kata dia jujur tapi bila orang besar kita kata dia bendul.
Tapi bukan kita semua yang kata, ada sesetengah je. Mesti korang pernah dengarkan?
Salah ke kita bersikap jujur?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...