Entri Terbaru

Cara melembutkan tapak kaki #Cara Yaya


Assalamualaikum semua..
tumit merekah??
pastinya ramai kan yang menghadapi masalah sebegini..termasuklah Yaya sekali tapi tak la teruk sangat..baru kasar-kasar je..garisnya pun tak jelas..
al-kisah Yaya tengok la tapak kaki Yaya then bandingkan dengan kakak, Yaya menang..padahal Yay lagi kasar perlakuannya dari kakak..
mungkin kasar atau lembut bukan sebab utama tumit merekah..
tapi bila tengok tapak kaki mak yang dah 20 tahun jaga Yaya..fuuuyyooo!!!
lembut la tapak kaki mak.
okay jom kita cari punca kenapa tapak kaki/ tumit merekah..

Antara penyebab tumit kaki merekah ialah

a) Kulit kaki yang kering

b) Berdiri terlalu lama

c) Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)

d) Memakai sandal

e) Menghidapi Penyakit Kulit

Terdapat banyak cara utnuk kita melembutkan balik tapak kaki dan tumit kita yang agak keras kematu tu..hehe..korang boleh la godek kat google..
tapi ni cara Yaya dan Yaya tengok berkesan..thanks mak for your advise..hehe..
cara-caranya ialah..jeng jeng jeng..
macam sebab (c) dekat atas, "berdiri terlalu lama"..kalau dirumah tu rajin-rajinkan lah pakai selipar..atau lebih familiar dipanggil "selipar jamban"..teruk beno bunyinya la..panggil selipar je la kan..
tapi bukan pakai selipar yang kotor dari luar tu tau..ni khas untuk dalam rumah je..
beli la sorang satu..tak mahal pun, Yaya beli 2 hengget je kat kedai RM 2..hehe..memey la 2 hengget harganya kan..
lepas tu rajin-rajinkan pula letak lotion..
tak kisah la lotion jenama apa kan yang pastinya banyak lotion dipasaran yang sesuai dan baik untuk kulit..terpulang pada korang nak pilih yang mana satu..
lepas dua tiga hari mengamalkan cara sebegini..
memang ada perubahan..tapak kaki dah tak kotor..merah-merah je..(awesome)
then makin lembut..Alhamdulillah..kalau tak usaha tak tahu kan??
untuk korang pun boleh la cuba cara Yaya ni ye ^_^
tak perlu la nak buat treatment2 ni bagai..

6 comments:

  1. terima kasih kerana berkongsi! heee :D nanti boleh la try..

    ReplyDelete
  2. best info yaya ni..akak nak try pas ni..

    ReplyDelete
  3. he3..kalau nk hilangkn geli camne pula??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..itu yaya tak tahu..senang jangan la geletek..

      Delete
  4. Tumit kaki kiera pun merekah .. Moms kiera cakap, sebab banyak berjalan . Dah tak lawo kaki kiera sekarang :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
~ Komen yang baik-baik sahaja ye.
~ Hantar sekali je nanti Yaya terima, jangan banyak kali tau.

Terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...