Wednesday, May 21, 2014

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional

 

Assalamualaikum semua. Mungkin tak terlambat untuk Yaya ucapkan tahniah kepada adik-adik yang berjaya untuk ditemuduga bagi bidang ini. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional. Ada adik-adik sekolah lama Yaya pm Yaya bertanya mengenai persediaan untuk temuduga. Soalan-soalan yang ditanya oleh mereka :

Apa yang akan ditanya oleh penemuduga?
  • Masa akak dulu mereka suruh cerita mengenai latar belakang.
  • Kenapa pilih bidang ni.
  • Terdapat satu, dua soalan yang berkaitan Bahasa Melayu (yang ni Yaya tak boleh nak bagi tahu dan agak apa yang akan ditanya la) Masa Yaya dulu dia tanya nama tokoh Bahasa.
  • Lepas tu dia suruh kita cerita hobi kita tapi kena speaking. (Dia nak tengok kebolehan kita berbahasa Inggeris).
Apa yang korang kena sedia?
  • Mental (penting wow)..hehe..jaga kesihatan, kalau agak macam nak sakit ke cepat-cepat makan ubat tau.
  • Fizikal (dari segi penampilan kena kemas, jangan pulak pakai selipar pergi temuduga, pakailah kasut bersarung).
  • Pakai baju cantik-cantik
Apa perlu buat masa temuduga.
  • Tenang sahaja. (kalau seram ke, bedebar ke buat cool je, jangan nampak sangat.) sebab sesetengah orang bila bedebar mulala ayat dia tonggang tebalik.
  • Masuk bagi salam dan kalau ada penemuduga yang non-muslim ucap selamat sejahtera ke selamat pagi ke kan.
  • Senyum (ini penting) Yaya dulu suka senyum sebab nak cover debornye tu.
  • Panggilan hormat, tak kisah la penemuduga itu dilihat macam kerani sekali pun, ingat bahawa mereka adalah dikalangan pensyarah. Sebab kadang-kala penampilan pensyarah ni sempoi2 je sampai dianggap macam kerani.
  • Kalau dia muda, jangan panggil kak. Ingat! Puan. Panggilan hormat walaupun kita tak tahu samaada dia dah kahwin atau belum  sebab pensyarah dekat APB ni walau dah anak dua masih nampak macam bujang lagi tau.
  • Jawab dengan yakin. Ingat! YAKIN!!! kalau tak yakin macam mana nak yakinkan penemuduga tu kan?
Baiklah, ini sahaja yang Yaya dapat kongsi, kalau ada pape yang nak tanya boleh tanya dekat fb Yaya dekat [SINI].

7 comments:

  1. Kalau kene temuduga memang semua mengeletar..hehhe

    ReplyDelete
  2. kak, sy takut la nak temu duga nanti. hmmm lecterer garang tak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..haha..lecturer tak garang pun dik oi..haha

      Delete
  3. saya nak tanya...masa saya isi upu,saya tak letak course ni sebab kt situ ad tanda "#" bemakna ad temuduga kan? skrg saya tak dapat upu tu dan kena buat rayuan. bila saya tgk course ni,dah takde tanda "#" tu...maknanya tak perlu temuduga lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf dik, akak pun tak pasti lah..mungkin tiada la tu..

      Delete

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.