Aku dan diabetes | Second check up : Hari ni adalah kali kedua keputusan tentang sakit aku selepas ambil darah dan urine test semalam. Memang aku mengharap akan ada keajaiban tapi mungkin belum lagi masanya. Allah nak aku usaha, Allah nak aku bangun dari leka. Kali ini, tangisanku seperti makin bertambah. Keputusan yang aku dapat kurang baik dan aku diberi masa 3 bulan lagi makan ubat, selepas itu jika keputusan aku masih lagi tak bagus, aku terpaksa cucuk insulin. Seperti yang doktor kata "kami bagi ubat sebab nak bagi insulin kamu berfungsi, tapi kalau masih tak boleh, kena cucuk insulin"... Doktor kata aku masih muda. Depan doktor masih lagi mampu mengukirkan senyuman. Tapi bila tengah tunggu nurse nak setkan temujanji 3 bulan lagi, masa tu air mata ni dah keluar-keluar dah, tak mampu nak control.. Cepat-cepat aku sekang, dalam hati "nanti ye Yaya kalau nak nagis pun, bukan dekat sini" Makin buat aku bertambah lah sedih bila dapat ubat sekali 6 kotak. Fuuuh, aku tahu 2 kotak untuk sebulan tapi perasaan tu lain.
Harini lepas check up pergi makan dengan kecik dan syu, lepas tu siap-siap merempit ke setia alam ambil kereta dekat abang. Dalam perjalanan pulang tu, tiba-tiba lagu "Season in the sun" buat aku mengalir air mata..setiap lirik yang ada itu berkait. Allah..
"Goodbye, my friend, it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I'll be there
We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the hills that we climbed were just seasons
Out of time"
Sebahagian lirik yang dan buat aku jatuh air mata. Allah...aku tak kuat..lemahnya seorang khilaf ini. Namun aku cuba untuk terus kuat. Sakit ini kalau dibicarakan pada yang lain pun takkan mampu bagi mereka rasa. Hanya yang mengalami yang tahu bagaimana sakit itu. Walaupun aku masih bisa ukirkan senyuman, namun aku kerap mengalirkan air mata tatkala sendirian.
Tuhan, jangan biar aku mengeluh
saat aku sudah mula menerima dengan redha perancanganMu,
Tuhan, jangan biarkan aku lemah
saat aku sedang mengumpul kekuatan,
Tiuhan, jangan biar aku putus asa
saat aku telah kuat mengharungi segalanya,
Tuhan, aku tahu perancanganMU ini Maha Indah,
jadi biarkanlah aku terus kuat walau disaat-saat akhir nafasku.
Aku pinta pada Allah agar jangan biarkan aku lupa,
Ya, Allah beri sesuatu yang membuatkan aku untuk terus tidak lupa hingga akhir nafasku.
TeguranMU ini Ya Allah, buat aku sentiasa ingat bahawa telah banyak dosa yang aku perbuat dan kau masih dan sedang memberikan aku peluang. Peluang untuk terus memperbetulkan diri ini. TeguranMu ini buat aku sedar bahawa cerita hidup ini akan tamat bila-bila sahaja. Indah teguranMu ini dengan kasih sayang, walaupun pada mulanya aku sudah mahu rebah.
Allah uji dengan sakit untuk lihat sejauh mana aku redha, untuk lihat sejauh mana aku mampu bertahan daripada tidak mengeluh. Allah uji kerana sayangNya pada hambaNya. Aku bersyukur dengan sakit ini. Sungguh, sakit itu kifarah dosa. Kifarah dosa-dosa kita yang dahulu dan sekarang. Dosa yang tiap hari kita tak rasa. Dengan sakit ini, aku belajar untuk memperbaiki lagi diri agar jauh dari dosa, agar semakin sedikit dosa yang aku lakukan dan makin kurang dan kurang.
* * * * *
Aku menjalani hari ini tanpa air mata didepan emak. Ya, emak tak pernah lihat air mata kau kerana sakit ini kerana aku tak mahu dia merasa sakit yang aku rasa. Sungguh aku takut. Untuk 3 bulan ini, aku mencuba agar aku kuat dan tidak akan kena insulin untuk seumur hidup aku. Kalau korang ada tips atau perubatan, sharelah eh. Terima kasih. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian yang Allah beri.
ALLAHUAKBAR.... semoga ALLAH sntiasa memberikn kekuatan buat yaya.. setiap yang berlaku ade hikmah nye.. jgn pernah mengalah... in shaa ALLAH..
ReplyDeleteAmin...terima kasih ^_^.. Yaya kuat, InsyaaAllah
DeleteJaga pemakanan ya yaya. Saya doakan semoga penyakit ini sembuh. Banyak kan bertahajjud Allah dekat dengan hambanya di sepertiga malam. Allah tak pernah jemu mendengar doa hamba2 nya
ReplyDeleteBaik... amin,..terima kasih atas peringatan dan doanya itu..
DeleteJangan risau, Yaya. Yaya masih muda dan insya Allah mampu kawal penyakit ni dengan baik. Cuma perlu buat perubahan pada gaya hidup terutamanya pemakanan. Mulakan dengan tukar nasi biasa kepada brown rice atau beras faiza herba poni. Kawal terus air manis. Takpun, beli equal atau stevia untuk ganti gula in case craving nak air manis. Yang ini satu keluarga boleh amalkan sekali.
ReplyDeleteThen, Yaya sendiri kena slow2 buay research. Kenalpasti makanan dan kandungan gula. Contohnya carrot & potatoes tak boleh ambil banyak. Begitu juga dgn tepung & roti putih. Kena tahu dlm jus buah, walaupun yang fresh, kandungan gulanya tetap ada.
I know it's hard for you to face this. Tetapi, yakinlah. Allah duga Yaya kerana Yaya mampu.
Akak jaga ibu yg juga mempunyai penyakit yg sama. Jika Yaya nak tanya apa2, please dot hesitate to reach me.
sis, stay strong! Moga dalam apa jua keadaan kita moga kita tabah, moga kita kuat, moga Allah redha! aminnn :')
ReplyDelete