Aku dan diabetes | Indahnya takdir Allah sampai kita merasakan ianya beban yang amat berat. Semput, lelah, tak mampu nak hadap. Mendapati aku menghidapi penyakit kronik, ia memang sukar pada mulanya untuk bertatih. Untuk menghadap segala macam tanggapan orang. Ye, tak semua orang akan berfikiran positif, negatif tetap akan ada. Dan aku mencari kekuatan sedikit demi sedikit untuk menghadap orang yang sebegini. Ini baru kekuatan untuk menghadap orang, belum lagi cerita kekuatan untuk terima dan sentiasa berfikiran positif.
Siapakan kuat? Lemah kan tetap muncul disebalik celahan kekuatan dan senyuman. Air mata kan tetap mengalir. Aku mula mencari maklumat mengenai penyakit ini. Cari dan gali, terus dan terus. Dari asal usulnya sehingga kesan yang timbul daripada penyakit ini. Mata yang kabur adalah kesan kepada salur darah kecil. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan aku penglihatan walaupun masa awal aku pakai cermin mata, aku sedih sebab Allah dah tarik salah satu nikmatNya dari aku. ^_^ Takpe, bersangka baik dengan Allah. Allah tak nak dan mahu kurangkan daripada aku melihat perkara yang tidak berfaedah.
Aku bersyukur walapun sedang belajar mencari kekuatan. Satu kekuatan yang tidak mudah dan bukan semua mampu dapat. Allah. Sejak check up kedua ni, hanya sekali tu saja aku mengalirkan air mata, selepas doktor memberitahu keputusan. Sampai sekarang aku masih kuat. Dengan izin Allah, aku akan kuat dan cuba untuk terus kuat. ^_^
Peaturan Allah tu terbaik utk kita... Insha Allah.. Allah tahu kamu kuat... Kerana itu kamu diuji sebegitu..
ReplyDeleteInsyaAllah yaya boleh..
ReplyDeleteSemoga yaya terus tabah menghadapi ujian ini.
ReplyDeleteada hikmah disebaliknya. saya doakan yaya cepat sembuh :)
ReplyDelete