Selamat pagi dunia..Sudah lama rasanya Yaya tak menulis apa-apa..terlalu banyak surat cinta dari Allah yang perlu dibalas. Jadi pagi ni Yaya nak kongsi segala cerita cinta yang Yaya lalui sehingga ke hari ini. Ini cinta buat adinda.
23/5/2016 (isnin), akak dpt tahu adik masuk wad sebab muntah2 dari kawan adik. Akak jadi risau. Lepas tu pukul 2 pagi adik dah keluar. Masuk air je. Tu pun kwn adik yang inform.24/6/2016 (selasa), akak dpt tahu adik kne tahan wad. ICU. kwn jumpa adik pengsan dekat tandas about 3 jam pengsan. Akak ingat adik biasa saja dan akak ingat besok adik akan sedar. Mak, abh n kak fiza pergi hospital manjung mlm tu juga.
26/5/2016 (khamis), perkembangan adik selalu akak tanya dekat mak. Lepas tu akak dpt gambar adik melalui wsp. Allah, menitis air mata. Lama akak menyorok menangis. Adik tak sedar dah 3 hari sebab doktor bagi ubat tidur, tapi pagi tu dah stop ubat tidur tapi adik masih tak sedar sampai ptg. Tak lama lepas tu mak cakap adik ada buka mata tapi tak fhm apa y org sekeliling ckp. Lepas tu adik tidur lagi. Nak dekat maghrib mak kata adik ada sedar, bgn terkejut mcm nak turun. Lepastu doktor bg ubat penenag sebab takut wayar kt bdn tercabut bila adik gerak2. Malam tu masa nak buka puasa, abh col suruh bacakan surah yasin dan doa utk kesembuhan adik. Jauh dicorong telefon terdengar suara serak dan tangis abh. Balik dari buka puasa, akak menangis dalam kereta smpai la ke rumah dan lepas solat isyak. Tak kuat rasanya dan akhirnya akak tidur kerana penat menangis.
27/6/2016 (jumaat), pagi tu akak pergi office kejap. Lepas tu gerak shah alam ada temujanji dgn doktor. Lepas tu terus gerak balik kampung sblm pergi hospital manjung. Tp sebab dah mlm, abh tak bagi, abh suruh besok. Hurm, sabar ye dik. Tak de jodoh lagi kita nak jumpa. Takpe, besok kita jumpa ya dik.
28/6/2016 (sabtu), hari ni akak gerak dari rumah jam 9 lebih. Sampai manjung pkol 11 lebih. Dah nak jam 12 pm, akak igt dah blh masuk lawat adik. Hurm, 12.30 rupanya. Tepat waktu melawat, akak masuk dgn kak fiza. Takutnya masuk dlm icu ni, semua pesakit baring dgn wayar2 kat badan. Adik katil 5, akak tatap adik. Wajah adik, bdn penuh wayar. Bibir pucat, pecah, nampak darah2 yang dah kering sebab bibir merekah. Byk wayar kt badan, adik masih perlukan bantuan pernafasan. Nurse kata darah adik kurang, kne tambah lagi. Keputusan buah pinggang adik makin merosot. Bila bagi minum susu, adik muntahkan balik. Kenapa dik? Kenapa perut adik? Doktor x-ray perut adik nak tahu kenapa. Nurse kata sebab kandungan asid adik masa jumpa pengsan tu terlalu tinggi sampai menyerang otak adik. Dlm 6.8 tak silap. Nurse kata kalau org tua, mostly dah berhenti jantung. Dengan demam dan jangtikan kuman. Tekanan jantung adik lemah. Adik kuat ya dik. Banyak dugaan adik.
Tak sempat akak bersuara, air mata dah keluar dulu, laju turun. Lama tak berhenti. Akak tak kuat utk bersuara dik. Tiap kali nak buka mulut, hanya air mata yang bercerita segalanya. Jam 1.30 akak pergi surau. Tak mampu nak tatap lama wajah antara insan yang akak sayang. Tak sempat solt lagi, air mata ni turun laju lagi. Allah. Akak tak kuat dik. Tak sanggup tgk adik macam tu. Lepas solat, akak baca yasin utk adik. Menitis air mata ni. Laju. Jam 5 lebih akak lawat adik lagi. Kali ni ada kak long. Belum sempat kak long bersuara, air mata yang berbicara dulu. Akak hanya diam dan tahan air mata. Kak long keluar kejap, akak duduk sebelah adik. Akak sembang dengan adik, akak minta adik kuat dan akak yakin adik kuat. Akak minta adik kuat utk sembuh. Adik kena kuat tau dik. Akak bacakan yasin sambil pegang tgn adik. Sian bdn adik kembang sebab masuk air. Sambil baca, air mata kadang2 menitis. Akak kesat balik. Menangis lagi, kesat lagi sampai la habis bacaan. Akak keluar, bagi saudara lain melawat.
Waktu melawat dah nak habis, nak pukul 7 dah. Akak masuk balik dan cakap dekat adik "amir, kuat tau mir. Kuat! Yah tahu amir kuat. Kuat untuk sembuh! Kuat supaya sedar macam dulu mirr..." Akak tak sampai hati nak tinggalkan adik, berat hati dalam setiap langkah. Kalau boleh akak nak jaga adik sampai sedar. Akak balik rumah tetamu dekat ikm nak rehat. Baik pihak ikm bagi kami tinggal sini sementara waktu. Risau akak tgk adik. Setiap masa walau bibir ni menguntum senyuman tapi hati ni resah fikir adik. Kadang akak kuat, kadang akak lemah. Akak harap adik kuat ye. Kuat tau. Besok akak jenguk adik lagi ye. Akak nak rehat mlm ni. Bengkak dah mata ni menangis. Penat. Adik rehat tau. Semoga besok keputusan adik makin membaik. Lepas solat isyak, akak baca yasin lg utk adik. Alhamdulillah akak kuat, tak nangis namun habis je baca yasin, akak kalah juga dengan perasaan sendiri dik. Maafkan akak. Akak harap adik kuat.
29/6/2016 (ahad), harini akak lawat pukul satu. Harini waktu lawatan dr pkul 12.30-7 ptg. Bila masuk je tgk adik, akak jadi risau sebab panas naik 39. Lps tu nurse letak something kat mulut adik bgi adik tak gigit alat bantuan pernafasan. Sedih tgk. Akak letakkan vaseline kat bibir adik, pastu adik gerak. Maaf ye dik. Akak tahu sakit. Maaf. Bila akak start nak bacakan yasin, air mata keluar dulu. Nurse datang lapkan badan adik. Nurse bgi air. Kurang sikit panas adik. Tapi tak lama lps tu bdn adik angkat2. Kuat. Akak ckp"amiiir..sabar ye. Amirr.. Jangan marah mir" adik kelip mata sikit, akak tahu adik faham. Akak tahu adik sakit. Adik sabar tau. Tak sampai hati rasanya nak tinggalkan adik rini balik ke putrajaya. 3.38pm, akak tak sampai hati nak tinggalkan adik. Makin lama akak tatap wajah adik, makin berat hati akak nak tinggalkan adik tapi akak kne keluar juga dari sini kalau tidak makin sedih akak tgk adik. Masa akak nak keluar, bdn adik bergerak lagi. Akak takut adik angkat2 bdn lagi, akak takut adik memberontak lagi. Dik, akak doakan adik akan kuat dan cepat sembuh macam dulu balik. Boleh gelak sama2 lagi dengan akak. Dik, akak balik dulu ya dik. Adik kne kuat tau. Semoga cepat sembuh. Sepanjang perjalanan balik akak risaukan adik. Kdg akak kuat kdg akak tak. Tapi Allah titipkan perasaan supaya akak kuat dan yakin adik akan sembuh mcm dulu balik. Adik kuat tau.
30/5/2016 (isnin), subuh baru akak gerak putrajaya sebab penat. Dalam perjalanan, walaupun sepahtu sinar dan lagu2 yang dimainkan bisa membuatkan akak tersenyum tapi tetap tak dpt hilangkan risau akak terhadap adik. Adik kuat tau dik. Akak tahu adik kuat dan akak yakin adik akan sembuh mcm dlu balik. Allah sedang uji kita. Nanti Allah beri kembali sinar bahagia kpd kita semua. Adik kne bertahan. Tiap kali teringat adik, tiap kali doakan adik, tiap kali itu juga sebak dik.
31/5/2016 (selasa), subuh ni abh call cakap bacaan gula adik masih tinggi walaupun dah masuk insulin, air dan sebagainya mungkin sebab kuman tu merebak jd doktor kne cuci darah adik bagi gula turun. Adik, kuat ya dik semoga sihat macam dlu. Dik, akak redha dgn ketentuan Allah dik. Dialah sebaik-baik perancang. Andai Dia izinkan adik utk sihat mcm dlu balik, pasti adik akan sedar namun...andai setakat ini sahaja perjalanan hidup adik, semoga adik tenang dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Dia adalah perancang yang terbaik. Dik, akak dah semakin motivasi. Atas dorongan dan nasihat orang sekeliling, akak semakin positif dik dan menerima semua yang jd ni. Dik, akak terima qada' dn qadar utk kau dik. Semoga urusan kau dipermudahkan. Akak syg kau dik.
1/6/2016 (rabu), adik. Harini genap adik 19 tahun. Selamat hari lahir adik. Semoga Allah permudahkan segala urusan adik. Adik, akak makin kuat. Kuat utk menerima segala kemungkinan dik. Adik, cepat sembuh ya. Akak rindu. Adik, tadi mak kata masa doktor bagi adik susu, mulut adik gerak2. Adik sakit ya? Adik sabar tau. Adik kne kuat. Akak tanya mak "doktor kata ada harapan ke nak sembuh?". Mak kata doktor suruh bersabar. Adik kne kuat tau. Akak selalu doa urusan adik dipermudahkan.
2/6/2016 (khamis), selamat pagi dik. Semoga harini kesihatan adik semakin baik. Pagi ni mak msj katanya dia jumpa kwn dorm adik smlm dtg melawat. Dorang kata dia dgr adik nafas kuat dalam tandas. Adik...sakit ke dik? Bagaimana lah saat2 adik lalui semua benda tu sorang2. Bila dorang tanya adik diam je. Kenapa tak cakap dik yang adik sakit? Akak tahu adik tak nak susahkan dorang. adik, kuat ya dik. Dah 9 hari adik tidur, alhamdulillah tadi mak wsp kata adik dah mula sedar. Bantuan pernafasan pun tak pakai tiub dah, pakai nap tu je. Mak kata adik lapar, sian. Tp doktor still puasakan adik. Sabar ye dik, nti boleh mkn tau. Adik akak kne kuat.
4/6/2016 (sabtu), mak kata adik nafas pakai tiub balik. Mak kata nafas adik bunyi kuat. Abh pulak kata bila bg adik pen, adik tak tulis tp adik conteng2 je mcm budak2 kecik. Adik nak cakap tapi tak de suara. Mak kata adik asyik nangis je sedih. Adik? Adik okay ke? Adik kne kuat dan harus kuat tau. Akak kat sni sentiasa doakan kesembuhan adik. kak fiza kata adik perangai mcm budak2 kekadang. Ya Allah, siannya kau dik. Semoga kau kuat.
6/6/2016 (isnin), mak kata adik dah pindah wad biasa dan adik pun dah semakin pulih. Ingatan pun semakin ok. Alhamdulillah. Allah menguji jadi kita semua kena kuat. Akak yakin adik boleh sembuh. Dik, kakak kata adik minta minum air mcm2, adik haus ya? Sian adik dah lama tak minum dik. Kaklong kata adik minta air teh tarik tak silap pagi tu sampai ptg adik tuntut janji. Akak rasa adik bkn mcm tu, selalu adik kalau masuk wad, adik tak minta pun air2 tu. Adik minta nak mkn je. Mak kata adik nak air teh bunga kesukaan adik tu kan? Tak pela. Minum ya dik.
8/6/2016 (rabu), diiik. Tadi subuh akak mimpi adik update status kt fb gmbar tgn adik lepas tu status adik dah nak keluar wad. Dah sihat nak balik rumah. Alhamdulillah memang adik balik rumah pun tapi sebagai jenazah dik. Akak siap2 nak pergi kerja lepas tu kaklong dpt panggilan drpd abah mengatakan adik dah meninggal. Perasaan akak masa tu lega. Alhamdulillah kalau ini takdir terindah buat adik dan kita semua. Namun lepas tu air mata ini tak tertahan lagi sampailah selangkah akak keluar drpd tapak perkuburan. Lepas je dpt berita tu, akak siap2 terus gerak balik aina teman dik. Dalam perjalanan, teringat semua tentang kita dik. Menangis lagi dan lagi. Akak cuba kuat. Akak kesat air mata. Tak lama lepas tu dia keluar balik dik. Allahu Akbar. Manakah kekuatan yang akan kumpul selama ni. Akak kalah lagi dengan perasaan akak sendiri. Dlm 9 lebih akak sampai rumah, lepas tu kaklong pula sampai. Siap kemas semua barang, van hospital sampai.
Turunnya seorang ibu dgn linangan air mata yang berharap anak bongsunya akan sihat kembali. Bila pekerja hospital letakkan adik atas tilam, akak tgk adik. Ya Allah. Adik aku. Dah tak boleh tahan lagi dah. Nangis je akak tahu. Kesat lagi. Akak kuatkan juga diri. Akak baca yasin betul2 menghadap kaki adik. Akak sentuh kaki adik. Akak tahu ini sentuhan yang terakhir. Sampai surah ke 50 lebih, air mata dah bertakung lalu tumpah semula. Allah. tetamu makin ramai dik. Semua datang nak lawat adik. Kawan2 adik pun ada dik. Siap je org kmpg mandikan adik, kami diberi peluang untuk jumpa adik buat kali terakhir. Akak dtg cium adik. Lepastu akak berganjak. Namun akak tak mampu lagi rasanya lepas kan adik. Akak dtg lagi cium utk kali kedua dan ketiga. Lepas zohor bila solat jenazah dah selesai, org kmpg bwk adik ke kuburan. Akak nampak adik dlm keranda. Ya Allah rasa cepat sgt kau ambil adik kami yang telah engkau pinjamkan selama 19 tahun 7 hari ini. Mcm tak percaya tapi itulah hakikatnya. Diiiiik maafkan akak tak sempat nak lawat adik masa sedar. Maafkan akak dik.
=======================================================
Dik, terasa cepat dik kau pergi. Terasa baru semalam kau belanja akak makan sempena gaji pertama kau dik. Baru semalam kita jalan bersama2. Baru semalam kita berkongsi rasa dan rahsia. Diiiik.. Kalau kita jalan berdua mesti orang ingat kita makwe pakwe, ada yang ingat kita suami isteri pulak tu adik. Lawakkan. Dulu masa kecil kita selalu main bersama. Ingat lagi masa kecil kita tidur sama, sebelum tidur mesti kita bergusti dulu, lepastu mesti salah seorang akan menangis, sampai abah marah la. Akak igt lagi bila kau menginjak form 1, akak risau boleh ke adik suaikan diri, boleh ke adik jga diri? Akak la yang risau dik. Masa terus berlalu dan rupanya kau dah besar dik dan telah pergi meninggalkan kami. Walaupun kau sudah besar lagi tinggi dari akak, kau tetap adik dan kami tetap anggap kau budak kecik. Kita rapatkan dik? Akak ingat lagi bila akak disahkan menghidap penyakit sama seperti kau dik, kau dtg dekat akak masa akak tgh gunting kain. Kau cakap "apa kau rasa yah?" Akak jwb "dah tak de pape". Adik balas "kan, kau rasa kau dah tak de pape kat dunia ni". Diiik, kita selalu kongsi rahsia.
Dik, orang lain tak mungkin faham perasaan kita sebab dorang tak mengalami, dorang tahu nak menghukum sahaja dan membuat andaian. Hanya kita yang sakit je rasa kan dik? Sebab tu kita selalu bercerita pasal sakit kita bedua, berkongsi ubat. Kadang kau melawak kat akak "haaaa makan byk2 nanti mati". Mati tu rasanya memang dah hampir dgn kita kan dik? Bila kau selalu masuk wad kau selalu mengadu kak akak. Kau kata "amir dah nak mati". Kau cakap kau tak kuat dah dik. Akak la yang bagi semangat pada kau. Siap kau bagi gmbr suruh simpan buat kenangan. Ya Allah dik, akak ingat akak yang pergi dlu. Rupanya Allah lebih sayangkan adik. Dik, kak fiza kata masa hari pertama adik sedar, adik ckp dekat mak yang adik minta maaf sebab susahkan mak, susahkan semua orang. Diik, kau pergi seorang diri tanpa ada sesiapa disisi. Akak tahu kau kuat.
Setelah 9 hari kau tak sedarkan diri, mungkin 3 hari ni kau sedar kau nak jumpa kami kan dik. Ahad 2 minggu lps adalah hari terakhir akak berbual dengan kau sebelum kau pengsan tak sedarkan diri dan harini akak jumpa kau pun tak sedarkan diri tanpa nyawa. Maaf akak tak sempat jumpa kau dik. Selama 19 tahun 7 hari Allah pinjamkan kau dik kepada kami dan hari ini kau telah pergi pada Ramadhan ke-3. Dik, semoga kau tenang disana. Semoga ditempatkan dikalangan orang beriman. Akak syg sgt kau dik. Kau akan selamanya ada dihati akak. Sampai bila2. Tunggu kami semua ya dik. Tunggu kami dik. Tunggu kami yang sayangkan kau dunia akhirat dik.
Al-fatihah, AMIR HAKIMI BIN MOHD ASARI (1/6/1997-8/6/2016),
3 Ramadhan.
"Disini jua memori tercipta,
dalam seketika terjalin kasih kita,
mungkin disini kita kan terpisah,
kenangan bersama..
tiada ku lupa"
Salam takziah buat akak dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org beriman. Semoga keluarga dan akak terus tabah untuk hari mendatang. Takdir Allah semua yang hidup akan kembali kepadaNya
ReplyDeleteterima kasih dik ain..amin..
DeleteSedihnya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Tabah dan sabarlah
ReplyDeleteTerima kasih kak..insyaAllah semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman
DeleteSemoga Allah memberi kebaikan buat adik dalam ujian yang besar ni. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Doa akak moga Yaya terus bertabah dan bersabar takda yang sia2 bila Allah bagi sesuatu ujian kat kita.
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih kak..insyaAllah..ada y terindah Allah sudah rancangkan buat kita semua..
Delete