Monday, September 11, 2017

Aku dan diabetes | Third Check Up

Assalamualaikum semua..
lama dah rasa tak meluangkan masa dengan hobi lama ini..
maklumlah cuti sem lepas sebulan setengah sibuk dengan baju pelanggan yang tak putus-putus..
bila masuk study balik je baru la boleh nak menjenguk kejap blog ni..
sebenarnya banyak benda nak dicerita, banyak kisah nak dikongsi tapi kita slow2 dulu lah ye..
kali ni nak update pasal kesihatan Yaya la ofcoz..
kali ni check up ketiga dan dah setahun rupanya Yaya ada sakit ini..
2/9/2015 bersamaan Rabu lepas Yaya ambil darah.. biasalah kalau cuti sem, kenalah gerak dari kampung sebab Yaya buat dekat pusat kesihatan UiTM Shah Alam.
besoknya Khamis, datanglah bersama mak balik ke S.A.
keputusan kali ini mungkin much better dan result kali ni Yaya terima dengan hati yang sangat terbuka. Mungkin salah satu sebab doktor yang mula-mula ritu Yaya jumpa..sbb doktor yang kedua sangat rude bahasa dia..weeeh..orang sakit kot pastu kau boleh pulak keluarkan bahasa yang kasar, lagilah down aku yang sakit ni doktor oi.mungkin sbb faktor usia kot kan..doktor Adibah ni dan berumur, mungkin sbb tu dia sgt polite dan memahami pesakit dia. satu persatu doktor terangkan, satu persatu dia ajar sebab Yaya lepas ni tak makan ubat dah sebab kena ambil insulin sebab bila makan ubat, ubat tak bertindak balas. jadinya sudah dapat la dikenalpasti bahawa Yaya diabetis type 1. Dan dengan pengambilan insulin is more better sebab dalam bentuk cecair kan berbanding pil kalau makan dr muda sampai ke tua takut kesan kepada buah pinggang. Okay, marilah kita terjah barang2 yang berkenaan.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.