Wednesday, September 20, 2017

Cekodok Milo


Assalamualaikum semua. Lepas je aku dok keletang keletung kat dapur siapkan Cendawan Sos Tiram Sempoi untuk bekal suami. Siapkan sarapan pula untuk dia. Harini memang semua makanan as simple as ABC la aku rasa. Aku panggil cekodok milo. Mungkin ada yang panggil cucur. Macam iras-iras cekodok pisang bila sekali pandang dua kali tiga kali pun still boleh ingat cekodok pisang sebab warna dia malap 😝. Memang harini masakan aku semuanya gelap ke macam mana?


Teringat nostalgia zaman remaja dulu suka cuba variasi cekodok dengan kakak. How I miss that moment bila kita masak sama-sama, gelak ketawa dan sekarang semua dah ada keluarga sendiri. Ok aku dah melalut. Jom sambung masak.

Bahan-bahan:-
  • Tepung gandum
  • Milo (1 sudu)
  • garam sikit
  • soda bikarbonat sikit
Cara-cara:- 
  1. campur tepung gandum dan milo, kacau rata.
  2. garam + soda + air sikit pastu kacau bagi larut 
  3. masukkan bancuhan tadi kedalam tepung pastu kacau sampai sebati
  4. Siap!!!
*semua bahan-bahan yang aku guna ni tak de kiraan khusus. Main taram je la. Alaah, mesti korang boleh agak punya. Ok sampai sini entry aku kali ni. Gigih kan buat dua entry. Masa ni je ada masa, lepas ni aku nak menjahit pula. Jumpa next entry :)





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.