Wednesday, February 07, 2018

I'm Pregnant

I'm pregnant | Assalamualaikum semua :). Apa khabaq? Sihat? Ya Allah lama rasanya tak update entri kat blog ni. Last kisah cekodok milo yang hitam manis pandang tak jemu tu 😅. Sebenarnya tak pernah terlintas pun nak share tentang kisah kehamilan aku kat sini tapi mungkin pengalaman ini sedikit sebanyak dapat membantu para wanita dan isteri serta bakal ibu dekat luar sana yang mungkin senasib atau tiba-tiba jadi senasib dengan aku mungkin buat sementara ataupun sakit itu akan kekal sampai korang melahirkan. Kenapa ayat aku tiba-tiba? Sebab bila pregnant, tup-tup korang cek korang ada kencing manis lepastu tinggi pula. Aku bukan mendoakan cuma ini pengalaman aku dan akak-akak yang dah banyak makan garam gula dulu dari aku.

Tapiiii sebelum tu bagi lah aku nak bebel sedikit. Kalau korang tak kenal aku lagi dan apa sakit aku boleh baca dekat SINI. Mungkin yang dah lama follow blog aku kenallah aku dari dulu dengan panggilan Yayanya dan sekarang lebih suka bahasakan diri 'aku'. Bukan apa la, rasa macam feel dia tu lebih sikit nak menulis. 


Ok lah, habis tang situ. Berdasarkan sakit yang aku hidapi, untuk hamil tu bagi aku 50/50 sebab memang kebanyakan pesakit diabetis ni sukar untuk hamil tapi kalau kita jaga pemakanan dan kesihatan kita dengan izin Allah semuanya boleh. Nak meletakkan harapan yang tinggi takut nanti jatuh sakitkan teramat sangat. Lagipun sebelum kahwin, sebenarnya lepas je dapat tahu aku sakit memang aku dah baca segala macam dekat google dan dengar pengalaman orang. Disebabkan suami pun seorang yang redha dan menerima apa aku adanya, jadi aku pun legalah sedikit hati ini. Yela isteri mana yang tak mahu beri zuriat pada suami kan? 

Aku ingat lagi ada sorang makcik ni dia pernah tanya aku masa lagi beberapa bulan je nak kahwin "adilah, kau sakit ni boleh ke ada anak". 😒 makanya aku pun tidak mampu berkata-kata dan membalas balik soalan makcik itu. Kang kalau bersuara jawapan yang keluar menyakitkan hati. Aku senyum je la mampu.

Habis cerita tentang makcik tu, makanya aku selamatlah dinikahkan oleh abah pada 7/7/2017. Memang saje nak amik tarikh tu sebab mcm cantik dan senang je nak ingat kan 😝. Kehidupan aku macam biasa tapi lama-lama (tak la lama manapun) perasaan nak ada anak itu muncul, bulan pertama aku lewat period dah 10 hari tapi memang aku sejenis yang period tak menentu tapi buat jugak la ujian upt tu. Mengada kan sampai 3 kot aku beli tapi hampa. Kan dah cakap jangan mengharap. Jadi bulan seterusnya aku macam biasa period lewat 3 ke 5 hari macam tu. Tapi masa tu tak mengharap pun, perasaan pun rilex-rilex je kan tapi beli jugak upt (kes mengada simpan upt test bebanyak). Lepas je balik dari farmasi gigih buat ujian dan sekaliiiiiiii DOUBLE LINE. Haha.. dengan tak sabarnya telefon suami lepas tu nangis tapi dia sempat tanya 'double line tu apa maknanya'. Kahkahkah, aku dah dok menangis dia boleh tanya soalan gitu. Tak pelah bang, aku faham. 

Ok la, sampai sini je entri kali ni. Kita sambung next entri pula eh pasal kena marah dengan doktor sebab pregnant 😢

6 comments:

  1. Mula2 kak PC nak ucap tahniah...alhamdulillah bakal jadi ibu...amin..
    Sebenarnya segalanya mungkin bila Allah berkendak sesuatu itu berlaku..siapa pun tidak boleh menidakkannya...jaga diri..tawakkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakak :) alhamdulillah..
      betul tu, segalanya dengan kehendak dan izin Allah

      Delete
  2. Replies
    1. hahahaha..kan..takpelah bukan semua lelaki tahu pasal double line tu kan..

      Delete

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.