Entri Terbaru

Aku dan diabetes | Takdir Allah

Aku dan diabetes | Indahnya takdir Allah sampai kita merasakan ianya beban yang amat berat. Semput, lelah, tak mampu nak hadap. Mendapati aku menghidapi penyakit kronik, ia memang sukar pada mulanya untuk bertatih. Untuk menghadap segala macam tanggapan orang. Ye, tak semua orang akan berfikiran positif, negatif tetap akan ada. Dan aku mencari kekuatan sedikit demi sedikit untuk menghadap orang yang sebegini. Ini baru kekuatan untuk menghadap orang, belum lagi cerita kekuatan untuk terima dan sentiasa berfikiran positif. 

Siapakan kuat? Lemah kan tetap muncul disebalik celahan kekuatan dan senyuman. Air mata kan tetap mengalir. Aku mula mencari maklumat mengenai penyakit ini. Cari dan gali, terus dan terus. Dari asal usulnya sehingga kesan yang timbul daripada penyakit ini. Mata yang kabur adalah kesan kepada salur darah kecil. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan aku penglihatan walaupun masa awal aku pakai cermin mata, aku sedih sebab Allah dah tarik salah satu nikmatNya dari aku. ^_^ Takpe, bersangka baik dengan Allah. Allah tak nak dan mahu kurangkan daripada aku melihat perkara yang tidak berfaedah.

Aku bersyukur walapun sedang belajar mencari kekuatan. Satu kekuatan yang tidak mudah dan bukan semua mampu dapat. Allah. Sejak check up kedua ni, hanya sekali tu saja aku mengalirkan air mata, selepas doktor memberitahu keputusan. Sampai sekarang aku masih kuat. Dengan izin Allah, aku akan kuat dan cuba untuk terus kuat. ^_^

Aku dan diabetes | belajar meredhakan

Aku dan diabetes | aku belajar untuk redha dengan apa yang Allah bagi. Aku belajar ikhlaskan diri bila aku tahu tak semua impian aku akan tercapai selepas ini. Perlahan-lahan aku rela melepaskan. Sedikit-dikit pergi bersama sakit. Sakit yang lebih sakit. Melepaskan sesuatu yang kita sayang. Allah.

Aku dan diabetes | Second check up

Aku dan diabetes | Second check up : Hari ni adalah kali kedua keputusan tentang sakit aku selepas ambil darah dan urine test semalam. Memang aku mengharap akan ada keajaiban tapi mungkin belum lagi masanya. Allah nak aku usaha, Allah nak aku bangun dari leka. Kali ini, tangisanku seperti makin bertambah. Keputusan yang aku dapat kurang baik dan aku diberi masa 3 bulan lagi makan ubat, selepas itu jika keputusan aku masih lagi tak bagus, aku terpaksa cucuk insulin. Seperti yang doktor kata "kami bagi ubat sebab nak bagi insulin kamu berfungsi, tapi kalau masih tak boleh, kena cucuk insulin"... Doktor kata aku masih muda. Depan doktor masih lagi mampu mengukirkan senyuman. Tapi bila tengah tunggu nurse nak setkan temujanji 3 bulan lagi, masa tu air mata ni dah keluar-keluar dah, tak mampu nak control.. Cepat-cepat aku sekang, dalam hati "nanti ye Yaya kalau nak nagis pun, bukan dekat sini" Makin buat aku bertambah lah sedih bila dapat ubat sekali 6 kotak. Fuuuh, aku tahu 2 kotak untuk sebulan tapi perasaan tu lain. 

* * * * *

Harini lepas check up pergi makan dengan kecik dan syu, lepas tu siap-siap merempit ke setia alam ambil kereta dekat abang. Dalam perjalanan pulang tu, tiba-tiba lagu "Season in the sun" buat aku mengalir air mata..setiap lirik yang ada itu berkait. Allah.. 
"Goodbye, my friend, it's hard to die
When all the birds are singing in the sky
Now that the spring is in the air
Pretty girls are everywhere
Think of me and I'll be there

We had joy, we had fun
We had seasons in the sun
But the hills that we climbed were just seasons
Out of time"
Sebahagian lirik yang dan buat aku jatuh air mata. Allah...aku tak kuat..lemahnya seorang khilaf ini. Namun aku cuba untuk terus kuat. Sakit ini kalau dibicarakan pada yang lain pun takkan mampu bagi mereka rasa. Hanya yang mengalami yang tahu bagaimana sakit itu. Walaupun aku masih bisa ukirkan senyuman, namun aku kerap mengalirkan air mata tatkala sendirian.
Tuhan, jangan biar aku mengeluh
saat aku sudah mula menerima dengan redha perancanganMu,
Tuhan, jangan biarkan aku lemah
saat aku sedang mengumpul kekuatan,
Tiuhan, jangan biar aku putus asa
saat aku telah kuat mengharungi segalanya,
Tuhan, aku tahu perancanganMU ini Maha Indah,
jadi biarkanlah aku terus kuat walau disaat-saat akhir nafasku.

Aku pinta pada Allah agar jangan biarkan aku lupa,
Ya, Allah beri sesuatu yang membuatkan aku untuk terus tidak lupa hingga akhir nafasku.
TeguranMU ini Ya Allah, buat aku sentiasa ingat bahawa telah banyak dosa yang aku perbuat dan kau masih dan sedang memberikan aku peluang. Peluang untuk terus memperbetulkan diri ini. TeguranMu ini buat aku sedar bahawa cerita hidup ini akan tamat bila-bila sahaja. Indah teguranMu ini dengan kasih sayang, walaupun pada mulanya aku sudah mahu rebah. 

Allah uji dengan sakit untuk lihat sejauh mana aku redha, untuk lihat sejauh mana aku mampu bertahan daripada tidak mengeluh. Allah uji kerana sayangNya pada hambaNya. Aku bersyukur dengan sakit ini. Sungguh, sakit itu kifarah dosa. Kifarah dosa-dosa kita yang dahulu dan sekarang. Dosa yang tiap hari kita tak rasa. Dengan sakit ini, aku belajar untuk memperbaiki lagi diri agar jauh dari dosa, agar semakin sedikit dosa yang aku lakukan dan makin kurang dan kurang. 

* * * * * 

Aku menjalani hari ini tanpa air mata didepan emak. Ya, emak tak pernah lihat air mata kau kerana sakit ini kerana aku tak mahu dia merasa sakit yang aku rasa. Sungguh aku takut. Untuk 3 bulan ini, aku mencuba agar aku kuat dan tidak akan kena insulin untuk seumur hidup aku. Kalau korang ada tips atau perubatan, sharelah eh. Terima kasih. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian yang Allah beri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...