Wednesday, September 13, 2017

DIY| Beg Make Up


Assalamualaikum semua..
hai u alls 😗
Meh sini hari ni aku nak kongsi cara buat bag make up sendiri.
tak payah la pergi beli kat kedai yang mahai-mahai tu melainkan test korang memang tinggi lah kan memang kena beli yang mahal jugak 😆 (ampun la jangan kecam aku)


hari-hari dok hadap kain je pun jemu gak kadang.
sesekali nak gak jahit benda lain pula ye dak?

Act aku nak guna beg ni buat letak duit, senang bawa pergi beli barang dapur tak de la nak kena bawa dompet yang kembung-kembung penuh resit tu je 😂

Ni kes rambang mata tengok kain perca customer lawa-lawa lepastu dok tersimpan je.
Tukang jahit ni, dia nampak perca kecik yang orang lain rasa boleh buang je pun dorang punya akal panjang dan fikir nak buat macam-macam.

Asik membebel je, jom lah kita mula.
Gambar bahan-bahan sebelum potong tak sempat nak snap, gejoloh sangat kan lepas tu lupa.
Bahan-bahan yang aku guna kain perca (untuk bahagian luar) agak rasa nak cantik, pergi la beli kat kedai kain cotton yang lawo coraknya. jangan beli banyak pula. Dalam 1/2 meter pun cukup (tu pun boleh dpt dalam 2 bag)
Bahan lain, kain untuk bahagian dalam, aku guna kain belacu (lebih kain buat bengkung customer). Aku ni semua guna yang lebih kain je senang dan kita perlukan kain gam serta zip.


Inilah dia kain utk outer, inner dan kain gam (kain gam ni terpulang kau nak guna yang buat lapik leher boleh, tapi kalau rasa lembut sgt cari la yang keras sikit). Aku pakai kain gam buat leher kemeja, buat leher kemeja tau bukan yang buat leher baju Melayu tu. Ada beza. Untuk zip, aku taram je zip kain, tak kuasa nak pergi kedai beli yang lawa-lawa. 😂


Mula-mula jangan lupa buat pola. Boleh la rujuk gambar.

Beginilah rupa pola dia selepas digunting, Lepas tu tekap la dekat kain outer, inner dan kain gam. Setiap bahagian ada 2 helai. Macam dekat gambar yang kedua tu aku tunjuk.

Ambil 2 pcs kain gam kemudian buat garisan suku inci di bhg mulut dan trim. Ini utk mengurangkan ketebalan masa menjahit zip pd mulut bag.

Bolehlah mula menggosok kain gam dekat belakang kain outer tadi. Tekan sedikit semasa menggosok dengan kadar gerakan yang perlahan sebab kain gam susah sikit nak melekat.

Taraaaaa !!! Inilah rupanya.

Ambil zip dan letak di atas outer dlm posisi yang terbalik.

Letakkan inner atas dia dan pin dengan teliti setelah itu mulalah menjahit.

Inilah rupanya setelah dijahit.

Kemudian jahit pula kain untuk bahagian lagi satu seperti tadi.

Dah siap. Lepastu jahit tindih kasih di kedua-dua kiri dan kanan zip untuk kemasan.

Sebelum pergi ke langkah seterusnya, buatkan tali utk beg (bagi yang nak je la ye)

Ambil kain sepanjang itu

Lipatkan sama besar kiri dan kanan ke bahagian tengah. (paham ke idok ayat aku ni)

Lepastu lipat lagi jadi mcm dlm gambar.

dan jahit

dan siap!!!

Ok. Sambung jahit beg pula, temukan kain outer dgn outer dan inner dgn inner, yang nak psg tali jangn lupa selitkan tali mcm dlm gmbr tu ye. Lepastu jahit keliling mcm dlm gambar di bawah

Tinggalkan sikir ruang pd kain inner utk terbalikkan beg nanti. Jangan kecik sgt karang azab pulak nak terbalikkan beg. Bahagian bucu tu pun jangn jahit lagi.

Lipatkan ke empat2 bucu utk buat tapak beg, pinkan dan jahit. 

Anggaran basi dalam 1/2 inci

Trimkan lebihan basi tu bagi tinggal sedikit sahaja utk kemasan


Seluk ruang lubang yang ditinggalkan tadi dan keluarkan kain bahagian dlm. Terbalikkan.

Jahit bahagian lubang tadi. Siap!!

Ini adalah dr pandangan atas utk bahagian dlm beg.

Taraaaa!! Gigih kau menyiapkan 😆
ok sampai sini je entri kali ini.
Jumpa next entri. 





4 comments:

Assalamualaikum. Jangan lupa komen ya nanti aku jenguk korang pula.